Produk Atau Perkhidmatan Yang Di Ingini Daripada Eizil Network

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambungan daripada tugasan ketiga untuk contest Eizil, artikel berkaitan produk atau perkhidmatan (percuma atau berbayar) yang anda inginkan daripada Eizil Network mestilah ditulis dalam entri yang berlainan dengan entri cadangan dan kritikan. Mungkin ini adalah salah satu hadiah yang bakal diberikan kepada pemenang. Hehe. Aku cuma meneka sahaja dan yang lebih mengetahuinya adalah saudara Eizil sendiri. Namun apapun tanggapan aku, entri untuk tugasan ketiga ini mesti dan perlu disiapkan.

Produk Percuma Yang Di Ingini

Produk yang aku inginkan daripada Eizil Network adalah produk keselamatan. Sejujurnya hal yang berkaitan keselamatan blog pondok kecil masih belum mampu untuk dikuasai dengan sempurna. Setakat ini, apa yang aku tahu tentang keselamatan blog hanyalah tapisan di ruangan komen sahaja iaitu anti spam. Dan keselamatan lain yang berkaitan, aku tak pernah nak ambil tahu. Kepada pembaca yang mahir dengan ilmu hacker, jangan nak coba-coba menggoda laman blog pondok kecil yer. Kan haru biru kehidupan aku pula.

Jenuh aku duk menatap syarat penyertaan dalam entri tugasan ketiga tu. Adakah produk yang Eizil maksudkan merangkumi produk yang terdapat dalam laman blog Eizil sahaja atapun luar daripada laman blog Eizil. Dan akhirnya aku membuat keputusan sendiri dan aku harap keputusan ni akan berada di jalan yang betul. Hehe.

Kemudian, dalam entri berlainan – Produk atau perkhidmatan (percuma atau berbayar) yang anda inginkan daripada Eizil Network

Selain daripada produk keselamatan yang ditawarkan di halaman blog Eizil, ada juga produk lain yang dah lama sebenarnya aku pendamkan di taman hati ini. Cuma belum cukup duit lagi untuk dilaburkan bagi mendapatkan produk tersebut. Produk lain yang aku inginkan dari Eizil Network adalah sebuah themes yang mesra SEO (Search Engine Optimization). Aku teruja dengan ranking SEO blog Eizil yang mana berada pada peratusan yang sungguh memberansangkan. Dan seandainya ada peluang dan dimurahkan rezeki, aku teringin untuk memiliki themes dari Eizil Network. Banyak kelebihan yang boleh aku perolehi apabila mempunyai themes yang mesra SEO ditambah pula dengan pereka yang arif dalam bidang pengaturcaraan. Themes yang menarik akan mendorong minat pembaca walaupun rata-rata pembaca memilih isi kandungan sebagai pilihan pertama.

Namun setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Ada yang suka kereta kancil, ada pula yang suka kereta proton. Berbagai pilihan yang boleh aku ambil untuk menarik minat pembaca. Dari pandangan aku itu, sekiranya mempunyai themes yang menarik dan mesra SEO, mood untuk menulis akan sentiasa ada. Walaupun hakikatnya kita ketandusan ideal. Berbekalkan dengan satu isu sahaja, mungkin kita boleh menjadikan ia satu jalan cerita yang boleh menarik minat pembaca. Dan itulah yang aku selalu inginkan dalam dunia blogging ini. Tidak dinafikan ada ketikanya kita akan mengalami masalah kekeringan idea.

Apa nak tulis dalam blog ni?? Blog dah lama tak update ni?? Alamak ranking Alexa.. Macam mana ni??

Berbagai persoalan lagi yang timbul apabila aku kekekeringan idea. Dan bila terpaksa hadapi hari-hari macam tu, sedikit sebanyak akan mengganggu emosi dan perasaan untuk terus melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan. Mula la melaram pergi melawat blog yang mempunyai themes yang menarik. Kononnya nak cari ilham la. Mesti korang pun ada cerita jugak kan disebalik ketandusan idea ni. Hehe.

Dan aku tahu keinginan aku amat melampaui batas. Tak salah sekiranya aku luahkan di dalam entri ini sempena syarat untuk melengkapkan lagi tugasan ketiga ini. Dan sekiranya diberi peluang, andai tidak dapat theme secara percuma pun, separuh bayaran pun dah cukup bermakna. Hehe. Harap saudara Eizil tidak kisah dengan keinginan aku ni.

Perkhidmatan Percuma Yang Di Ingini

Alamak aku ni jenis kedekut ke? Bukan kedekut tetapi bajet masih belum mencukupi lagi untuk membeli dan menggunakan perkhidmatan dari Eizil Network. Dan aku tak tahu bilakah bajet yang aku simpan tu akan mencukupi. Apabila diberi peluang dan diberi pilihan macam ni, sudah pastilah aku buat pilihan yang bijak. Hehe. Dari segi perkhidmatan pula, aku inginkan perkhidmatan khidmat blogger yang mana ia berupa nasihat dan tunjuk ajar untuk membimbing aku menggunakan theme yang dimaksudkan di atas.

Aku rasa setakat ni jer dulu apa yang aku inginkan dari Eizil Network. Seronok menulis entri produk atau perkhidmatan untuk tugasan ketiga ni. Sebabnya aku sudah berangan sedang menulis di dalam themes baru pondok kecil produk dari Eizil Network. Haha. Entri untuk tugasan ketiga ni aku akhiri dengan sebuah pantun hasil rekaan sendiri untuk menceriakan lagi emosi pembaca. Sekian sahaja penyertaan pondok kecil untuk contest Eizil dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas sokongan yang diberikan.

Lama sudah angan-angan di simpan,

Miliki themes mesra SEO impian aku,

Rekaan themes Eizil Network menjadi harapan,

Adakah sudi Eizil Network penuhi keinginan aku?

18 thoughts on “Produk Atau Perkhidmatan Yang Di Ingini Daripada Eizil Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge