Puasa Oh Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okeh. Raya lambat lagi. Tapi dah kalut dengan iklan raya yang pelbagai. Baik dari pakaian, makanan, kuih muih dan sebagainya lagi. Minggu depan adalah minggu yang terakhir untuk makan tengahari. Nak lepak kedai pelayan puas-puas pun, minggu depan aje la.

Bila dah masuk bulan puasa, jangan berangan nak lepak kedai pelayan lagi. Maklum aje la. Bulan puasa bukan selalu dirasai. Sebulan aje dalam setahun. Rugi sangat kalau tidak mengambil kesempatan untuk menambah amal ibadat sekaligus menggandakan lagi tabung pahala.

Hidup ini tidak pasti bila ia akan berakhir. Entah esok, entah lusa. Ataupun hari ini. Selagi hayat dikandung badan, jangan lah leka untuk terus membuat kebaikan.

Yang lepas biarlah berlalu. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Mantaplah diri selalu agar bahagia dikecapi dihari esoknya.

Azam bulan puasa tahun ni, aku nak penuhkan solat terawih. Tahun lepas punya puasa, memang kelaut habis. Azam bukan main kemasnya. Dah sampai masa, azam entah kemana, malas pula yang bermaharaja lela.

Begitulah setiap tahun….

Dan apa yang aku harapkan tahun ini punya puasa, aku dapat buat yang terbaik. InsyaAllah. Semoga diberi kekuatan untuk terus istikomah agar azam itu dilaksanakan dengan jayanya.

Sebenarnya banyak perancangan dan angan-angan sempena bulan puasa ni. Antaranya ialah ;

  1. Nak balik kerja awal. Nak masuk dapur masak juadah berbuka sama-sama dengan isteri.
  2. Nak solat berjemaah. Kalau bukan kat masjid, kat rumah.
  3. Setiap malam nak buat solat terawih. Berjemaah ataupun sendirian. Dengan syarat, bulan puasa ni, solat terawih full.
  4. Nak tidur awal. Nak kejutkan isteri bangun sahur. Masak sama-sama. Makan sama-sama.
  5. Nak khatam Al-Quran. Tidak pada helaian pertama, tetapi nak baca yang sedia ada supaya boleh khatam diakhir bulan puasa.
  6. Dan lain-lain lagi yang tak boleh dikongsikan. Haha.

Dan harapan aku…

Semoga berjaya melaksanakan segala impian dengan jayanya. Apa yang dilakukan sepanjang bulan puasa akan berterusan sampai bila-bila. Tidak hanya dibulan puasa sahaja. Berdebar pula kot jadi angan-angan Mat Jenin.

Huhhh…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

13 thoughts on “Puasa Oh Puasa

    1. hafizul Post author

      Hehe.. tu la.. sibuk aje memanjang kan.. Sampai lupa kita di pondok kecil ni.. Hahaha.. insyaAllah.. semoga diperkenankan..aminnn

      Reply
    1. hafizul Post author

      Salam ramadan… Hahaha.. setakat ni ada perubahan la.. Yang penting apa yang dirancang tu berjaya dilaksanakan.. walaupun masih ada kekeurangannya, itu normal la… Haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge