Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pulangan pelaburan melebihi 2000% setahun?
Antara realiti dan fantasi. Mampukah aku mendapat pulangan pelaburan sebegitu rupa? Jauh aku merenung masa hadapan. Mengimbau kembali saat-saat dan detik-detik indah yang dibina bersama blog Pondok Kecil. Ada yang duka dan ada yang suka. Namun kejayaan yang sebenar adalah bermula daripada keperitan tersebut.
Perit dan jerih pengalaman hidup bersama Pondok Kecil, sedikit sebanyak membantu aku mengenal erti kehidupan. Walaupun baru berusia setahun lebih bergelar seorang blogger, namun ia bukanlah alasan untuk aku gagal mencapai impian aku. Perjuangan hidup seorang blogger masih panjang dan tahun ini merupakan tahun kedua aku melangkah maju bersama blog Pondok Kecil.
Dulu…
Aku ada blog worpress yang percuma. Buat blog bukan untuk menjana pendapatan sampingan keluarga. Sekadar menjadi tempat rujukan dan informasi yang berguna kepada para pembaca. Namun semua itu tak kekal lama. Keputusan aku untuk membeli domain sendiri, adalah keputusan yang sangat bermoral dan tepat. Walaupun masa tu aku tak tahu banyak perkara tentang domain, hosting, wordpress (wp-admin) dan sebagainya lagi.
Semua itu aku abadikan dalam artikel yang bertajuk Setup Blog Pondok Kecil. Korang boleh baca dengan riang gembiranya. Artikel lama, mungkin tak seindah artikel sekarang ini.
Dulu…
Aku tak sangka pun yang aku boleh menjana pendapatan dengan blog. Program Affiliate yang pertama sekali aku join adalah program Affiliate Jobdirumah. Aku daftar disebabkan terpengaruh dengan mereka yang berjaya. Enam bulan pertama, memang tiada sebarang hasil. Alhamdulillah. Bulan pertama tahun 2013, Pondok Kecil mula menjana pendapatan dengan program Jobdirumah.
Masuk bukan kedua, pun dapat lagi. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku laburkan duit RM50 untuk dapatkan panduan dan ilmu yang sangat berguna ni. Paling seronok, setiap bulan pastinya akan ada duit yang masuk.
Korang bayangkan…
RM50 pendaftaran – Sekali seumur hidup.
Komisen Jobdirumah paling minima RM20.
Sebulan 1 komisen = RM20
Setahun 12 komisen = RM20x12 = RM240
Tolak pelaburan RM50 = RM190 (Keuntungan)
Setahun paling busuk pun akan dapat RM190 untuk satu program Affiliate. Ini adalah hasil daripada orang yang buta kayu dalam bab mempromosikan produk, teknik tak terkalah SEO, teknik mengumpan pembaca, ayat-ayat yang menggoda dan sebagainya lagi.
Kalau lelaki kacak yang ego tu, aku rasa lebih lagi. Rasanya dah boleh berstatuskan Pulangan Pelaburan Melebih 2000% Setahun.
Oleh yang demikian, aku tak pernah pun rasa rugi, rasa tertipu dan rasa kecewa selepas menyertai program Affiliate. Walaupun ada masa aku rasa macam menyampah jer dengan semua ni. Namun aku teruskan juga. Berbekalkan ilmu yang sekangkang kera ni, aku redahkan juga.
Berani ambil risiko, itu yang terbaik. Bak kata rakan blogger “Redah aje”. Dan sekarang ni, aku redah aje la. Apa yang sempat, aku redah dengan megahnya. Yang tak sempat, aku biarkan peluang tu pergi begitu sahaja.
Jadi, kesimpulan yang dapat disimpulkan adalah seperti di bawah.
Kredit : Coretananuar.com
Untuk menjadikan Pulangan Pelaburan Melebih 2000% Setahun itu realisasi bukan fantasi, aku kena lakukan :-
- Jangan sayangi duit untuk melabur kepada perkara yang kita yakin dan orang lain yakin bahawasanya perkara tersebut adalah perkara benar, jelas terang dan nyata.
- Jangan selalu berputus asa. Sekali aku melangkah, tak kan ada lagi istilah “UTurn”.
- Belajar dan perhatikan apa yang orang berjaya suka lakukan.
- Tanamkan dalam diri, “Aku boleh buat”.
- Bila dah tersesat, ringan-ringankan mulut untuk bertanya.
- Membuat pelaburan pada kos yang minima dengan keuntungan yang maksima.
- Dah panjang sangat dah ni.
- Haha.
Ok. Sedikit cerita untuk aku jadikan ia semangat dalam melangkah ke tahun 2014 yang penuh cabaran dan rintangannya. Semoga artikel ini membantu mereka yang memerlukan.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. .. Saya tunggu lagi 13 pemenang sebelum saya mengeposkan buku yang dimenangi oleh setiap pemenang sekaligus. .
Orait…boleh la tambahkan ilmu di dada ni..hehe..terima kasih bro sebab adakan GA yang bermanfaat ni..
Moga tahun ni lebih cemerlang…ameen
eh, ada GA ek…hoho…
Ada..sila lah join..hehe..terima kasih bro..aminnn…
Blogging sangat mengasyikkan, hanya dari menulis di blog dan mengikuti program afiliasi dan lainnya kita sudah dapat menikmati pasif income yang besarnya berkali lipat dari biaya domain dan hosting
Makin sukses terus ya …
Yup..betul tu Rina..terima kasih yer..
Semoga berjaya dan terus sukses dengan Pondok Kecil bro..dan menang GA ni..
Aminnn..harap menang lah Pondok Kecil nantinya..terima kasih bro…hehe
ok ko.. menarik menarik… thn 2014 ni boleh banyak lagi tuh
Ok..hehe..insyaAllah..kalau ada rezeki dan usaha tak kan kemana..kan?hehe
fuhh..2000% setahun? wahhh…
Apa yang wahhhnya??hehe..tak mustahil kan?
mudahan bro capai sasaran dan semoga sukses bro untuk kontes ni.
Terima kasih tuan Denaihati..insyaAllah..hehe
semoga berjaya mendapat pulangan yang diharapkan..
InsyaAllah..terima kasih bro..hehe
2000% setahun…banyak tu.
Haha..tak apa..angan-angan kearah merialisasikannya..hehe
BARANGAN PUN SEKARANG NAIK , SEBAB ITU LAH KITA PERLUKAN PELABURAN YANG SENTIASA MENINGKAT NAIK
Yup..betul tu..setuju dengan komen yang bro berikan ni..hehe
oh entry untuk contest ke nih , semoga berjaya yer bro!!
Ha ah..contest mudah senang ringkas dan padat..hehe..
baguslah tu.. dapat masyuk dari program jobdirumah..
semoga bertambah ye
InsyaAllah..terima kasih bro..hehe
Ada harapan menang ni…
Haha..ada harapan lah sebab jadi orang kedua join..hehe..thanks bro..
Seronok dengar pengalaman bro dengan Job Di Rumah. Rasa macam nak register jer. Ingat ke free, rupanya ada yuran RM50 yer…
Apapun, nak berjaya buan mudah kan? Kepayahan itulah yang manis sebenarnya, apabila kita kenangkan kepayahan itu bila dah berjaya.
Yup..betul tu bro..emm kena banyar rm50..nanti akan dapat panduan beserta dengan video sekali..tak rugi kalau betul2 buat kerja dengan program Jobdirumah..saya ni, asyik malas aje..tu sebab susah nak dapat kerja dengan syarikat yang ada di Jobdirumah..hehe
untuk mendapat keuntungan pelaburan itu perlu..mana ada benda dtg percuma
Yup..betul tu bro..setuju sangat-sangat..hehe
Hafizul,
Nanti jangan lupa berikan butiran seperti berikut kepada saya untuk tujuan penghantaran hadiah:
Nama :
Alamat :
No. Telefon :
Emailkan butiran tersebut kepada saya menerusi email nuargto@gmail.com
TQ.
Ok..nanti saya emelkan..terima kasih bro..hehe
Wow, hebat!
Moga terus sukses PK. 🙂
InsyaAllah..aminnn..terima kasih bro..hehe
waduh, banyaknya dapat komisen.
Ala..sikit aje ni..ada orang tu lagi banyak..hehe
Bukan mudah nak capai pulangan sebanyak itu…tapi tak mustahil
Yup..betul tu bro..hehe..thanks bro..
Saya pun kena belajar macam mana nak buat pelaburan melalui blog 🙂
Yup…belajar lah dari sekarang…nanti tak rasa kerugian sangat..