Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ragam isteri mengandung adalah perkara normal yang ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri. Pelbagai ragam ataupun alahan ibu mengandung yang akan korang rasai tak kiralah isteri mengandung anak pertama, kedua ataupun ke sepuluh. Dan ragam tersebut ada coraknya tersendiri yang mana sedikit sebanyak akan menjadi kenangan manis dan pahit dalam menjalani hidup berumahtangga.
Gambar asal : Ragam Isteri Mengandung Part 2
Antara ragam isteri mengandung yang korang akan rasai adalah :-
- Isteri tak boleh bau badan suami. Bau badan ok lagi. Kalau dah masuk bab ketiak tu, memang haru biru gak la.
- Isteri tak boleh tidur sekali dengan suami.
- Ada masa isteri akan mintak makanan yang pelik lagi sukar untuk diperolehi.
- Isteri tak boleh berada dalam kumpulan yang ramai. Mungkin rimas agaknya dengan pelbagai ragam dan juga suasana semasa.
- Ada ketika isteri akan minta kita mandikan dia. Kononnya nak bermanja la tu.
- Isteri suka menyuruh itu dan ini. Termasuklah perkara yang tersangat senang dan mudah untuk dilakukannya sendiri.
- Emosi ada kalanya terumbang ambing. Kadang kala isteri sporting. Kadang-kadang isteri mudah tersentuh. Walaupun dengan hanya sepotong ayat “Ayang, tolong ambilkan abang tuala boleh???”
- Isteri hanya selesa makan nasi berlaukkan budu dan ikan rebus sampai seminggu lamanya perangai pelik macam tu. “Nak makan sedap-sedap, abang masak sendiri ekk”. Kita bukan rajin sangat pun masak. Nak tak nak, telan aje mana yang ada.
Dan pelbagai lagi ragam isteri mengandung yang akan korang tempuhi. Walau bagaimana pun, kita selaku suami mithali, suami yang faham jiwa, memang tak akan ambik hati dengan isu-isu macam ni. Yer la. Perasaan gembira dan teruja nak dapat anak mengatasi semua perit dugaan tu semua.
Bukan senang nak dapat rezeki macam ni. Kan? Dan ragam isteri mengandung ni tak lama pun kita akan rasai. Paling lama 9 bulan 10 hari. Tapi aku, tak ada lah sampai kena hadap dugaan macam ni. Alhamdulillah. Tahun ni, isteri mengandung tak banyak songehnya.
Jangan buat permintaan “Abang, ayang nak PAYUNG EMAS boleh???”
Yang tu memang aku tak dapat nak penuhi lah. Gaji pun cukup-cukup makan mulut sendiri aje. Nak tambahkan beban lagi, memang sengaja cari nahas la. Haha. Tapi, ada ke ragam isteri mengandung buat permintaan macam tu ekk??? Kalau ada, mesti senyum lebar suami dia tu.
Isteri mengandung anak kedua ni, aku tak dapat berikan layanan terbaik sepertimana mengandung kat anak sulong dulu. Balik kerja, habiskan masa melayan kerenah anak yang sorang tu. Punyalah banyak ragamnya mengalahkan ragam isteri mengandung. Namun semua itu adalah coretan manis dalam hidup kami sekeluarga. Yang mana ia akan dijadikan kenang-kenangan yang abadi.
p/s : Korang pulak macam mana??? Kena hadapi tak dugaan ni semua???
Teringat cerita yg pernah saya baca sebelum nie… Isteri mintak kueh dorayaki doremon.. X pening plak kepala suami macam tu. haha 😀
Hahaha..memang pening gak tuuuuu
Tau x pe.. punya lah pelik permintaan isteri.. Minta benda yang x wujud dan takkan tertunai… Alahai… Hehe
Seram wei baca ragam isteri mengandung nie.. Persoalannya skg, bersediakah aku untuk semua itu??
mesti boleh punyalah…sayang bini oooo
In shaa Allah bro… x kawen lg nie… doakan semoga cepat2 bertemu jodoh.. Huhu 😀
haaa…tunggulah..insyaAllah adalah tu nanti…ameen
Amin… Jodoh kan rahsia Allah.. Hanya mampu berdoa semoga ditemukan jodoh yg comel dan baik hati.. Haha 😀
Emm dah bersedialah kot..haha
In shaa Allah.. Doakan saya bro.. 🙂
hahah yang part payung emas tu, memang tak la kan nak bagi. cincin seketul pun lama kita nak kumpulkan duit.
Haha..tahu tak apa..mahal tuuuu
alhamdulillah isteri den mengandung dulu tak banyak ragam mintak makan yang bukan2…
Emm bagus lah macam tu bro..kita pun selesa dan senang aje..haha
wahh tahniah bro isteri mengndung lagi….aku baisa dgr part yg x leh bau badan suami jer…
Terima kasih bro..hehe..
itu perkara normal tak boleh nak lari hiii
KB biasa je..cuma wife tu bila time mengandung amat sensitif..
Emm biasalah bro..lepas mengandung nanti ok la.cuma jangan ambik hati sangat..ye?
diri sendiri pon dah byk kerenah bila dah kawin nnt…double kerenah.haha
Haha..biasalah tu..kena tanganinya dengan penuh kasih sayang..hehe
Pernah ambe dgr, isteri mengandung mintak nak asap bas.
Pening suaminya….
tu dia, asap bas! Kalau macam tu, tak payah layan la. Boleh bawa maut tu.
itu yg ambe dgr…kesian betullah..
terkadang dugaan benda bukan suka buat ada kata normal heeee
memamg maut agaknya lepas bersalin anak jadi chef kot dok dapur bikin asap jadi kek heee
orang tua kata pembawa budak ada kata itu masalah kalau hamil pantang sebut depa akan teringin pelik -pelik gheeee
Alahai.. xde benda lain ke nak mintak.. Wkakaka (gelak guling2) 😀
apa guling kalau dah itu takdir dia nak heee…
Wau…memang fisrt time dgr nih…haha..bahaya gak ni..
ha eh ada jugalagak begitu tak pernah pula saya mendegarnya
eh, yg no 5 tu…ambe ok jer…keh3
Hahaha..ambe punggg..sukeeeeeee…hahaha
hahahahahahaha…rase nok guling2 atas meja waseang…haha
Bini kawe ok. Setakat ni takde minta yang pelik-pelik lagi.hoho
Haha..bagus lagh kalau macam tu…
kalau pelik mesti di usahakan mencari juga payah kalau tak nanti leleh air liur bila babay keluar
payung emas tu memang lelaki nak tetapi lelaki sendiri secara amnya susah nak laksana atas faktor kewangan dan juga “masalah” dan bebanan pada diri sendiri
Yup..betul tu bro..tahu tak apa..hehe
betul….isteri mengandung ni sensitip…
Sensitif xpe.. jgn mintak benda2 yg pelik yg x dapat suami buat sudah.. 🙂
Emm tu la..kalau tak kena cara, hari2 leh makan hati jer..hahaha
sensetip soal apa ya boleh bagi tahu tak? saya tak tahulah
Perubahan hormon isteri ketika mengandung. Perlu bersabar sahaja bagi pihak suami.
Yup..betul tu bro..jangan ambik hati sangat..hehe
ak sabar kalau tak payah nanti anak dapat waris sifat lagu tu payah.berat kesnya nanti
Macam best jer haaa…layn jangan tak layan
Haha..memang best pun layan kerenah macam ni..hehe
kalau isteri mengandung, elok hantar rumah mak dia.. so selamat si suami.. dan isteri pun tak berani nak mintak lebih2 kat emak dia.. heeee
Haha..pulak dah..saya takut nanti makin lebih jer ragam dia ha…hahaha
keh3…ini teknik mmg bagus tapi tak patut…hahha
jangan mengelak baik ikutkan dapat pahala tau
SA dulu x leh bau badan suami, x leh duk dekat…x leh tengok muka dia…keluar2 jer anak…terus photostat muka dia..sebijik…tp itu kenangan silam la..hahahahaha….
haaaa…ini cerita benar ni…mmg kesianlah kat suami tu kan SA?
Emm kenangan yang mana akan dijadikan memori indah yang tak mungkin dapat dilupuskan..emm macam2 ragam SA ni..saya mujurlah tak terjebak dengan dugaan macam ni lagi…hahaha
kesian jangan dia tidur luar.wahualam,ragam manis namanya
aku dah lali dengan ragam isteri mengandung ni
macam2 warna dan gelombang yang ada
haha
Emm yeahhhh…orang dah pengalaman lebih katakan..hahaha
mr tehr lagi tambah ilmu dan arif akan hal itu
Hamboi.. kena banyak belajar ngn Tehr kalau macam nie.. 🙂
Haha..belajar lah selagi ada orang yang berpengalaman lebih tu..hehe
Tu la pasal… bukan senag nak jumpa otai2 rumah tangga nie.. Huhu 😀
Orang yang tak kahwin lagi macam saya ini pun kena ambil tahu hehe
Yup..betul sangat tu bro..tambahkan pengetahuan semasa orang kata..hehe
ambil baca dan ingat sampai bila-bila tak salah punya
kena get ready nih… mau dimintaknya tengah2 malam… menjajau nak cari
Yeahhh..memang kena siap sedia sepanjang masa..mesti isteri tu sayang giler kat bro nanti..haha
haa.sayanglah sangat apa lagi suami mestilah jaga sama-sama nak bahagia.
kalau dah ada rasa tanggungjawab benda akan di permudahkan punya
geram pula tengok gambat kartun itu apa tiada gambar yang cun lagi ke heee
Ni yang cunnn dah ni..haha
syoknye masa pregnant…sume nak makan huby g cari…anak nak makn laaaaaa…..hikhikhik
Tu la..tak apa..kami kaum lelaki bila sebut aje mengidam memang tak kan banyak songehnya..hehe
hihi comel aje….so far dh 3x sy pregnen blom la penah mengidam ke atau buat perangan pelik2.cuma alahan tu ada la.itu biasa
buat para suami layankan aje isteri tu.tu pengalaman yg manis utk dikenang nnt.kalau 3x pregnen…means 3x je suami berhadapan dgn ragam isteri tu.pastu tu xde dah…
ms2 pregnen ni la isteri nak dimanjakan lebih ckit.kenangkn mcmn ibu kita pregnankn kita dulu.
all the best buat sume mummy
Haha..terharu pulak baca komen akak ni..tu la kan..kena telan dengan penuh rasa syukur..lepas isteri beranak ringan la sikit beban emosi ni..hahahaha