Sumber : Google

Rakan Blogger Baca Ni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa Bulan Ramadhan. Berbagai ragam dan kerenah manusia dapat diperhatikan tak kiralah di bandar, di kampung, di pasaraya, kedai runcit, pasar borong dan sebagainya. Banyak telatah yang sengaja dibuat bagi menyambut bulan yang penuh dengan kenikmatan ini. Tak lupa juga pada telatah mamat ni.

Sewaktu aku sedang makan tengahari tadi adala sorang mamat tu. Ada ke patut dia tanya tauke kedai macam ni “Bang, minggu depan kedai bukak tak??”

Dengan penuh bersemangat, tauke kedai tu pun jawab “Kedai kita buka sokmo. Kenapa? Nak buat tempahan majlis ke?”

Dan aku dengan selamber, penuh dengan perasaan yang tak malu terus gelak. Muahahahaha!!!

Layan jer la bang. Cari duit sampai tak ingat minggu depan dah nak  puasa. Adoiii kalau kedai bukan melayu ok jugak nak cakap macam tu. Mamat tu pun satu. Yang gatal pergi tanya kenapa. Hahaha. Bila teringt kisah ni secara automatik aku rasa nak ketawa jer. Hahahahaha.

Sumber : Google

Lupakan kisah lucu tu. Aku lihat banyak juga blog-blog yang dah bercerita tentang kehadiran bulan puasa ni. Dengan tarikh melihat anak bulannya, dengan pasar ramadhan nya, dan dengan berbagai-bagai santapan lain lagi. Bersemangat korang yer nak menyambut bulan ramadhan ni.

Dan aku macam biasa bersemangat juga untuk menyiapkan banner flash aku. Walaupun tak cantik dan menarik tapi aku berpuas hati. Lepas ni boleh belaja lagi. Buat menda ni sampai lupa nak melawat blog rakan blogger. Sory yer rakan blogger. Aku tak pernah melupakan blog korang. Cuma masa yang selalu mencemburui aku untuk terus bermanja dengan blog korang. Hahaha.

Tambahan pula sekarang ni, yang aku tahu blog puanbee ada buat contest. Blog Cik Tom pun ada buat contest juga. InsaAllah lepas ni aku boleh la bagi tumpuan pada contest diorang pulak. Aku masuk contest ni tak letak pun harapan untuk menang, tapi aku mahu mempromosikan Pondok Kecil ni jer. Mana tahu dapat backlink percuma kan. Hehe.

Bagi rakan blogger yang beragama Islam, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Time makan ikan bakar tu, ingat la kat Pondok Kecil yer. Time pergi ke bazar ramadhan tu, mata control sikit yer. Jangan membeli ikut hawa nafsu jer. Nanti membazir. Kita ni senang doh. Ingat-ingat la juga pada orang yang susah tu. Makan dua kali sehari pun belum tentu.

Ok???

Flash Banner Ramadhan Khas buat Rakan Blogger

51 thoughts on “Rakan Blogger Baca Ni

    1. hafizul Post author

      Emm apa boleh buat kak ct..memang betul jugak kata ka ct tu..semangat dalam menyambut bulan ramadhan ni tak sama macam zaman sy kecil2 dulu..dulu best jer..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha.. sekali ingt kelakar jugak pak cik tu..tpi apa boleh buat..maybe dia betul2 tak ingt…maklumla..org dah berumur..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..macam-macam orang kan cikgu..kita yang jadi pemerhati ni kadang2 epy jugak melihat gelagat diorang..layan jer la..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Laaa…nak cari ideal lagu mana??hehe..buat jer entri spontan..nanti masa duk karang tu ideal secara automatik datang..aku pun mcm tu la..hehe

      Reply
        1. hafizul Post author

          emm mungkin la..haha..isi sikit jer..tapi bila start menulis,byk pulak ideal datang..sampai kacau bilau penulisan dibuatnya..haha

          Reply
    1. hafizul Post author

      hahahaha..setuju sgt le tu..belum berbuka, tgok tu sedap,tengok ni sedap..bila berbuka air dulu yang jd mangsa..bila perut dah buncit, makanan lain dijeling jer..haha

      Reply
  1. puanbee

    Tak ingat nak puasa gamaknya … ok nanti join contest sy naa , lg beberapa minggu je .. backlink haruslah dapat .. sebenarnya nak dapat ranking alexa ini adalah satu2 nya cara
    puanbee recently posted..VirusMy Profile

    Reply
        1. hafizul Post author

          Puanbee….cool down..let me settle kaca yang tergantung ni dulu yer..kan nanti jatuh pecah pulak..haha..nak buat contoh ekk..ok2..aku akan buat secepat mungkin..ha ah..kenapa ekk???org nak bagi sabun percuma, setahun pulak tu kenapa tak sudi pulak..mesti rakan blogger sibuk kan puanbee..tak apa..nanti last2 minit ada la tu yang buat kalut ribut..hehe

          Reply
    1. hafizul Post author

      ai…ye dop lawa???puanbee jer yang puji lawa..nak percaya ke tak ni..hahahahaha..nk satu???malu arr nak buat…kang hodoh, sape yang malu..

      Reply
        1. hafizul Post author

          hehe..terima kasih puanbee..ikhlas betul2 ke??nanti pergi ambik hadiah yer sebab sudi puji flash banner ni..hadiah dekat jusco Kota Bharu kaunter bayaran no. 3..hehehe..hadiahnya secebis doa supaya blog puanbee dan puanbee sekeluarga dimurahkan rezki selalu..AMINNN…

          Reply
  2. hafizmd

    Selamat berpuasa bro!

    p/s-lawo jugak banner tu bro…aku jamin, kalau bro asah lagi bakat buat banner ni, mau ada org nak beli…tahniah bro!

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..terima kasih bro…masih dalam proses belaja lagi..yang gambar tu buat melalui photoshop..yang tulisan gerak tu jer guna flash..haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge