Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entah kenapa…
Entah bagaimana…
Dan…
Entah bila…
Perasaan pelik ini terjadi…

Dalam beberapa hari ni, rasa sayu semacam jer bila dengar lagu raya. Tambahan pula lagu yang didendangkan oleh Artis yang bernama Noor Kumalasari, dan beberapa artis yang sezaman dengannya. Hati tak ceria dan tak seronok sebagaimana sambutan hari raya tahun lepas.
Entah la. Aku sendiri pun naik hairan jadinya. Baju raya isteri dah belikan. Kuih raya pun isteri dah selesaikan. Duit raya pula baru jer dapat. Tapi RM1 aje la. Bajet tahun ni untuk anak-anak kecil yang berusia sebulan dua aje.
Yang berusia setahun lebih ataupun setahun kurang, memang tak merasa la. Haha.
Jangan bimbang. Jangan sedih. Panjang umur, murah rezeki, tahun depan aku kasi yer. Tahun ni khas untuk budak-budak yang berusia dua bulan kebawah jer. Harap maklum.
Walaupun persiapan dah cukup, tetapi hati masih terasa sedih lagi.
Entahla. Aku memang tak berapa nak faham. Korang lagi la kan.
Kadang-kadang aku rasa macam nak balik kampung dalam suasana yang lain pula. Nak lalui sebuah perjalanan yang agak panjang. Seharian perjalanan barangkalinya.
Seriously…
Aku rasa macam seronok aje bila berada dalam keadaan tersebut. Sehari sebelum balik kampung, dah buat persediaan. Packing baju banyak-banyak. Simpan itu, kemas ini. Maklum aje la. Nak balik jauh dan nak tinggal rumah untuk tempoh waktu yang agak lama.
Sehari sebelum bertolak balik, dah telefon Balai Polis berdekatan. Mintak tolong tengok rumah sepanjang ketiadaan ni.
Malam sebelum bertolak, mata mesti susah nak tidur. Seronoknya punya pasal. Tak keruan jadinya. Tak sabar nak balik berbuka dengan mak dan ayah.
Perjalanan balik raya mesti lagi best. Tempuhi jalan yang jem, dengan kereta yang banyak, dengan ragam manusia yang pelbagai rasa, dengan gelagat anak yang kebosanan duk atas kereta, dengan tekak yang dahagakan air kelapa muda dan sebagainya lagi nikmat yang ingin aku tempuhi.
Ohsem sangat kan???
Tetapi…
Aku sedar. Aku tak akan mampu kecapi semua nikmat itu. Jarak tidak mengizinkan aku untuk merasainya kenikmatan tersebut. Tak kira hari apa, tak kira waktu mana. Balik kampung mesti tak jem punya. Haishhh…
“Bila la agaknya laluan ni nak jem yer?”
Korang pula macam mana? Seronok ke tidak bila jalan JEM???
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
raya tahun ni lain sikit..sebab beraya dengan GST kot..hehe
Huhu..ada betulnya juga tu..tak apalah..sabar aje la….haha
Untung tu raya tak jauh…kurang sikit kos perjalanan tapi kan memang ohsem sekali sekala dalam perjalanan dengan semua orang mempunyai tujuan yang sama..
Ooooo
Balik kampung
Oooo
Balik kampung
Hati girang…
Huaaaa…
Huaaaaaaa….
Huuuaaaaaa….
Please don’t sing the lagu.. Menggamit kenikmatan bila tempuhi jalan yang jem…oh nooooo…
Duit raya bukan kemestian. Saya buat tak kisah aje pasal duit raya ni. Biarlah orang kata kedekut .Living cost pun dah semakin tinggi . Cheer up, kalau ikut orang boleh papa kedana. End up kita jugak yang rugi. Raya is not everthing la.Pembaziran banyak time raya ni.
Huhu..setuju dengan apa yang rahimah katakan ni..nak buat macam ni gak la..kalau tak, asyik stress aje fikirkan duit nak raya ni..
saya pun nak balik kampung jika kewangan mengizikan..insya Allah pada tahun-tahun mendatang nanti..
Huhu..kat mana kampung bro? bunyinya macam kena kumpul duit banyak jer ni..hehe
Alhamdulillah… raya tahun ni sama-sama keluarga…tak macam raya tahun lalu…raya sama rakan sekolah jak..ermmm
Huhu..mesti terlebih seronok raya tahun ni bersama keluarga tersayang..hehe
Of courselah tak seronok bila jem. Terasa lamanya nak sampai hehe
Huhu..tapi nikmatnya ada kan?haha
balek kampung biar hati senang 😀
Yup..balik kg. hati mesti senang punyalah..hehe
Makin bertambah usia, memang rasa raya ni sebab nak seronokkan anak-anak je. Tengok diaorg happy, kita pun happy.
Yup..betul sangat tu..tengok diorang hapy, kita pun hepy…..hehe
Wah.. Bestnya… Ada orang dah stand by nak balik raya… Saya dan isteri tak sempat nak fikir lagi… kelas masih banyak yang perlu diselesaikan… Sabtu ni kena kerja, ganti kelas hari Khamis minggu depan.. huhuhu..
Huhu…cikgu kan..bagaikan lilin menerangi alam semesta..hehe
kampung sy dekat jer..sejam perjalanan..tapi hari raya bila dah dewasa ni, tambah2 dh jadi mak orang..xsama dengan seronoknya beraya time kanak-kanak riang dulu..mungkin dulu kita xde apa nak fikir..sekarang lak terlajak banyak nak kena fikir..hehe
Kan? Sekarang ni macam-macam hal nak kena fikirkan.. dulu memang tak yah nak fikir apa pun..nak duit boleh..nak kuih ada..
tahun ni raya sederhana je sebab adanya gst dan ingat ringgit makin menyusut. jadi nak raya tu sederhana sebab kena beringat.
Yup..samalah dengan saya..kena beringat sekarang ni..haha
Terbalik pulak kita. Saya dah tak sanggup menempuh jem, puas di jalanan rasanya. Pernah terkena 10 jam dalam kereta.
Wahhh 10 jam..mesti seronok sangat kan..haha..bila agaknya saya nak jadi lagu tu..haha
Setiap kali balik mesti jem raya ni. Tapi mesti balik jugak, tak mau kena sumpah anak derhaka nanti hehe
Hahaha..berani tak nak balik raya??? haha
Semakin besar semakin tak seronok raya.. Masa budak-budak dulu raya lah waktu paling seronok.
Yup..samalah macam saya dulu..sekarang ni dapat tengok anak-anak aje la..yang lebih seronoknya mereka la..haha
Raya tahun ni rasa macam kurang sikit la sebab moyang dan nenek baru meninggal .mungkin aktiviti ziarah kubur je jadinya nanti.
Takziah saya ucapkan..semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang mukmin..nanti balik raya jangan lupa singgah kubur yer..
sabar saja bang, kami di Indonesia pun lebaran kali ini sikit berbeda. tak asik seperti tempo dulu-dulu..
mungkin karena kita dah dewasa dan menjadi orang tua.
salam.
Huhu..tu la pasal kan..sebabnya kita dah meninggalkan zaman remaja..zaman keanak-anakan..hehe
Aku ada dua kampung. Ada kampung yang jauh and ada kampung yang dekat. Ada kampung yang kalau nak pegi kena lalu kawasan jem, dan ada kampung yang line dia sentiasa clear
Huhu..wah seronok la..dua-dua nikmat dapat rasa tu.haha
Confirm tahun ni balik kampung nak beraya tak jammed, sebab bila time balik kampung orang dah berpusu-pusu nak pulang ke KL pula…
Huhu..bagus lah kalau itu macam kiranya.. tapi adik beradik mesti dah berangkat balik ke negeri masing-masing…ke tahun ni pakat balik raya lambat belaka?hehe
dulu saya balik ke kg di selatan dari utara memang feel dia lain macam.
dah 3 tahun ni, balik kg tak sampai 5 minit..
alahai…
tak sama macam dulu2 dah…
Ala…mesti seronok kan masa dulu-dulu balik kg.. Emm tak rindukan masa dulu2 ke?
Musim raya paling best untuk balik kampung…ada meriah sikit..
Yup..betul tu bro..balik kampung time macam ni memang tersangatlah seronok..
Hahaha.. duit raya khas tuk baby 2 bulan kebawah… haduihhh lah, tapi menarik jugak idea nih. wakakakaka…
Ha tahu tak apa.. sebab tu duit raya tahun ni banyak yang tak habisnya..hahahaha…
beraya dengan smeua keluarga besar terbaik perbaiki silaturrahmi
Huhu..betul tu..hari raya kan hari untuk eratkan silaturahim..
Pulak dah…memang ler lain bebenor sebabnya raya mintak jem…hehe
Kiter ni kalau boleh memang nak elak jem. Nak2 kalau ada anak-anak kecil.
Syukur dah tu….
Kalau camtu, semue preggy mommies boleh beraya kat umah pak Hafizul sebab anak belum sebulan pun umo…kiki
Tahun ni dapat gak duit raya, RM 50 😀
Hahaha… Saya lain pulak..rasa macam nak tempuh jem time balik raya..haha.. nampak gayanya tahun depan nak kena tetapkan syarat baru la untuk agihan duit raya ni..hahaha… ohhh dapat gak dia.. dah tua, dah jadi mak pun leh dapat lagi duit raya..jeles ni..haha
balek kampung biar hati senang
Ho..ho..ho…. balik kampung..haha