Remuknya Hati Pak Tam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Hari ni merupakan hari malas sedunia. Dan hari malas sedunia ini telah diraikan dengan begitu meriah sekali. Tak selalunya dapat diraikan sebegini rupa. Pagi lepas makan mesti tidur. Lepas makan tengahari mesti tidur. Dan petang ni, barulah ada mood sikit update blog.

Sekadar hiasan : Google images

Sekadar hiasan : Google images

Malam nanti mula nak menggatal sana, menggatal sini. Kesian isteri kesayangan. Tak lena dibuai mimpi jadinya. Haha.

Yang dah rasa miang-miang batang keladi tu, sila dapatkan isteri masing-masing. Dengan kadar yang segera. Ye?

Okla. Aku tak nak sembang bab tu. Bila dan sembang bab tu, mesti panjangnya berjela-jela. Takut nanti ada yang terliur.

Dah habis dah cerita tu…

Hari ni, aku nak kongsikan dengan korang semua. Kisah seorang pak cik yang telah remuk hatinya. Kisahnya macam ni.

Nama manja pak cik ni ialah Pak Tam. Pak Tam dulunya seorang pekerja yang cemerlang disalah sebuah syarikat terkemuka di Besut. Nama syarikat aku rahsiakan atas sebab-sebab yang tak mahu dikongsikan.

Suatu hari Pak Tam pergi kerja macam biasa. Puch card macam biasa. Lepas puch card, tekan butang lift untuk ke tingkat 10. Sampai dihadapan bilik, Pak Tam buka pintu macam biasa. Seperti biasa, Pak Tam tarik kerusi dan duduk dengan hati yang gembira.

Tokkkk… Tokkkk….

“Masuk…” Ujar Pak Tam sambil tangannya leka membelek surat khabar Sinar Harian.

“Pak Tam…” Ada surat. Bos bagi suruh Pak Tam buat keputusan.

“Errr…” Pak Tam kebingungan.

Tanpa berlengah panjang lagi, Pak Tam membuka sampul surat dengan rasa gembira. Mana tak gembira. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat, inilah kali pertama Pak Tam menerima arahan bos untuk membuat keputusan. Jauh dilubuk hati, Pak Tam merasa dirinya sangat dihargai. Sedetik cuma ada rasa kebanggaan dalam diri Pak Tam.

“Tak sangka bos bagi aku kepercayaan ni…” Terdetik di hati Pak Tam.

Pak Tam hampir pengsan selepas membaca isi kandungan surat tersebut. Pak Tam hilang arah. Ditoleh kanan nampak dinding. Ditoleh kiri, nampak pokok bunga raya. Pak Tam semakin tidak keruan.

Remuknya hati Pak Tam pada masa dan ketika itu.

Pak Tam bangun dari kerusi empuknya. Dengan rasa tidak puas hati, Pak Tam sekali lagi membaca isi kandungan surat tersebut.

Dan Pak Tam semakin buntu untuk membuat keputusan. Lalu di “selfie” nya isi kandungan surat tersebut untuk dipanjang kepada isterinya melalui Whatsapp.

Pak Tam

Terpaksa diblurkan atas sebab-sebab tertentu.

Seminit telah pun berlalu…

“Sakitnya tuhhh disiniiii… Di dalam hatikuuuu…” Telefon Pak Tam berbunyi.

Petanda si isteri telah membalas mesejnya di Whatsapp.

mesej-isteri-pak-tamSekali lagi hati Pak Tam kecewa. Remuknya hati Pak Tam. Hanya Pak Tam yang rasai.

Dan secara tidak disengajakan, Pak Tam melontarkan telefon pintar Samsung 6 yang baru dibelinya. Kelakuan Pak Tam itu telah disaksikan oleh Fatin yang setia menunggu keputusan dari Pak Tam.

Secara tiba-tiba Fatin bersuara…. “Pak Tam… Jadi suami pertama saya nak???”

Ok. Sekian sahaja untuk cerita Pak Tam yang remuk hatinya.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

33 thoughts on “Remuknya Hati Pak Tam

    1. hafizul Post author

      Haha..InsyaALlah..semoga Pak Tam berjaya mendapat “TUAH” diluar sana.. U I, U I tak apa lagi.. Jangan darling, hubby, biey sudah la..hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge