Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah akhirnya sempat juga aku menulis Review Buku Blog + Google Adsense = Duit, yang dinanti-nanti oleh rakan blogger sekalian. Berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada Muaz Fariz pemilik blog muazfaris dot com kerana sudi menganjurkan contest dengan memberi hadiah penghargaan yang sangat bernilai. Kemenangan contest Muaz memberikan aku ilmu berkenaan dengan Google Adsense. Memang banyak ilmu berkenaan Google Adsense kalau dicari dalam internet. Tapi kesahihannya belum pasti lagi. Tambahan pula aku ni jenis malas nak mencari. Dengan adanya buku ini, sedikit sebanyak telah memberi aku gambaran keseluruhan berkenaan dengan Google Adsense. Walaupun belum sempat untuk menghabiskan pada mukasurat yang terakhir, namum malam ini aku cuba juga habiskan semata-mata nak kongsi dengan rakan blogger sekalian. Bak kata sweetkurma dot com, berkongsi itu indah.

Buku Blog + Google Adsense = Duit hasil karya Mohd Shamsuriyadi pemilik kepada shamsuriyadi dot com, sangat mudah untuk difahami. Gaya penulisan yang santai dan tidak menggunakan ayat yang sukar difahami, menjadikan aku tertarik untuk membacanya. Walaupun hakikatnya aku sorang yang malas membaca. Itu pasal la Sejarah aku tak pernah nak dapat A. Kalau dapat pun sekadar cukup-cukup makan sahaja. Buku Blog + Google Adsense = Duit mengandungi 10 bab kesemunya dan mempunyai 110 muka surat tidak termasuk kulit. Dalam entri ini, atau entri akan datang, aku akan ceritakan kesemunya dari bab satu sehinggalah bab yang terakhir, bab 10.

Bab Satu – Pengenalan

Mungkin ramai di antara rakan blogger yang sudah mengetahui bagaimana bentuk Google Adsense. Dibawah adalah merupakan contoh iklan Google Adsense yang aku petik dalam blog Muaz. Harap Muaz tak kisah la yer. Hehe.

Contoh Iklan Google Adsense

Dalam bab ini juga ada diterangkan beberapa pihak yang terlibat dalam program Google Adsense. Antaranya Publisher ( Gelaran yang diberikan kepada pemilik blog yang menggunakan Google Adsense ), Advertiser ( Pengiklan ) dan Google ( Syarikat Search Engine terbesar di dunia ketika ini ). Untuk membuat permohonan Google Adsense, pemilik blog mestilah memilik blog dalam Bahasa Inggeris. Google akan membayar antara USD0.01 sehingga USD50.00 bagi setiap klik yang terhasil. Setelah permohonan untuk Google Adsense di luluskan, laman Google Adsense sudah boleh di login. Dan dalam laman Google Adsense ini, kita hendaklah memilih jenis dan bentuk iklan yang ingin disiarkan dalam blog.

Bab Dua – Bermula Dengan Google Adsense

Kandungan blog mestilah yang asli dan baru bagi menarik minat enjin carian. Kandungan yang dicetak rompak tidak disarankan kerana ia boleh mengganggu proses permohonan Google Adsense. Sekiranya terdapat artikel pemilik laman blog lain, boleh juga nak copy paste dengan syarat menyatakan sumber rujukan atau dengan memberi kredit kepada penulis asal. Seeloknya kandungan blog mestilah hak cipta sendiri, dan menulis berdasarkan satu topik sahaja. Ini memudahkan hanya iklan Adsense berkaitan kandungan dalam blog sahaja disiarkan.

Buat masa ini hanya terdapat dua jenis cara pembayaran sahaja iaitu cek dan Western Union. Kebiasaannya cek akan mengambil masa selama dua minggu untuk sampai dan memerlukan tempoh 30 hari untuk ditukarkan kepada wang tunai manakala Western Union pula mengambil masa sehari sahaja unuk kita mendapatkan wang tunai. Google Adsense juga mempunyai beberapa polisi yang perlu difahami. Antaranya : –

1. Satu akaun Google Adsense sahaja untuk seorang. Bagus Google Adsense, secara tak langsung boleh menghapuskan sifat tamak haloba. Hehe.

2. Jangan minta orang klik iklan anda.

3. Memberi insentif apabila klik iklan. Contonya, “Setiap klik iklan Google Adsense di blog aku, aku bagi RM10/klik”

4. Klik iklan anda sendiri. Biasanya yang suka klik iklan sendiri ni jenis yang tak sabar nak jadi jutawan. Haha.

5. Statistik penting akaun Adsense anda adalah dilarang sama sekali untuk menjadi isu penulisan dalam blog.

6. Kandungan pornografi. Haha.

Bab Tiga – Menjana Idea

Dalam bab ini, aku tak nak ulas panjang boleh? Sebabnya rata-rata yang memilik blog sudah mempunyai idea sebelum menulis. Jarang-jarang jer berlaku krisis idea ni. Dan dalam buku ni ada bagitau beberapa aplikasi untuk membantu menjana ideal. Antaranya adalah Youtube, Google Trends, AOL Hot Searches dan Google Keyword Tool. Mungkin lepas ni banyak idea korang yang akan mencurah-curah membasahi laman blog korang semua. Hehe.

Bab Empat – Membina Blog

Ala bab ni senang jer bagi rakan blogger semua. Tak perlu aku terangkan kesemua dari A-Z. Untuk membuat permohonan Google Adsense, seeloknya daftarlah dengan akaun gmail. Selepas mendaftar dengan akaun gmail, korang semua boleh la buat blog melalui laman blogger.com.

Bab Lima – Mengubahsuai Templat

Haha. Dalam bab ini pun aku rasa tak perlu nak terangkan. Diceritakan macam mana nak tukar templat blog seiring dengan citarasa diri sendiri.

Bab Enam – Menulis Kandungan Blog

Aku sambung pada entri akan datang yer.

**********************************************************

Selesai sudah lima bab Buku Blog + Google Adsense = Duit. InsyaAllah entri akan datang akan aku ceritakan sambungannya. Hehe. Aku tak pandai nak review ni. Tak macam saudara Sop. Bab review memang terbaik. Andai ada yang tak faham boleh la kongsi di ruangan komen dibawah yer. Kalau ada yang nak tambah pun aku alu-alukan. Bersama kita kongsi ilmu dalam dunia blogging. Hehe.

p/s : Diharap penulis Buku Blog + Google Adsense = Duit, Shamsuriyadi tak kisah dengan review buku beliau ni. Aku rasa ni bukan review tapi ni cerita isi dalam buku. Haha. Tak kisah ler. Janji korang semua dapat ceduk apa yang aku hidangkan ini.

Alamak, terlepas peluang nak buat entri contest yang menawarkan hadiah penginapan di Legend Cherating. Tu la asyik duk tangguh-tangguh jer. Last-last terlepas. Huhu.

46 thoughts on “Review Buku ‘ Blog + Google Adsense = Duit ‘

    1. hafizul Post author

      menurut dalam buku ni, boleh pasang iklan adsense dalam blog BM..tapi syarat dia masa nak buat permohonan google adsense, kena melalui blog BI..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haiya..kenapa boleh jadi mcm tu..sy masih tak sempat lagi nak buat semua ni..rasa geram jugak nak angkat permohonan google adsense ni..

      Reply
  1. Eizil

    Samalah kita bab matapelajaran sejarah tu bro… memang lemah betul bab-bab membaca fakta dengan banyak ni, antara sebab juga tukar dari ambil biologi kepada prinsip akaun.

    Menanti review lanjutan untuk buku ni, kalau menarik isi kandungannya bolehlah dibeli untuk dijadikan rujukan.
    Eizil recently posted..Kejutkan daku pabila september berakhir.My Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      wahh eizil pun lemah jugak bab sejarah??kalau bab ingat hal-hal wordpress ok jer kan..hahaha..prinsip akaun kena strong add math kan? emm nanti akan disambungkan reviw buku tu..bagi sy menarik la jalan isi kandungan tu..tapi tak tau la bagi eizil menarik ke tidak..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      hehe..ok cik tom..nak cuba tapi masa tak mengizinkan lagi..adoiii…lagi satu bab BI ni lemah semangat sikit..tak papa nanti memang nak usaha jugak buat menda ni semua..hehe

      Reply
  2. yusri

    terima kasih kerana sudi buat review tentang buku tu…bukan senang nak dapat ilmu free begini…kawe pernah apply sekali GA pada tahun 2010…saje gatal gelenya…bahang reject lah sebab tak memenuhi syarat…hahaha…sampai ke loni dok apply2 lagi…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge