Rindu Sangat Kat Awak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rindu sangat kat awak. Satu lagi keyword yang masuk dalam bakul pencarian untuk blog Pondok Kecil. Sememangnya keyword sebegini akan memberikan aku semangat untuk terus bermaharajalela dalam dunia blog. Entah lah. Mungkin perkara sebegini adalah diluar jangkaan. Ia hadir tak di jemput dan pergi tak di suruh. Keyword pelik macam ni kadang buat aku terfikir juga. Entah mana datangnya dan kenapa tersasar sampai ke blog Pondok Kecil.

rindu

Anonymous : “Rindu sangat kat awak.”

Aku : “Jap. Awek ke balak ni?”

Anonymous : “Anonymous”

Aku : “Sory. Aku dah kawin. Ada anak sorang. Isteri aku selayaknya merindui aku. Woittt aku jenis SETIA lahhhh”

Ok. Sambung cerita balik yer. Aku tak kesah kalau korang cari dan jumpa hasil yang betul. Serius. Sikit pun aku tak kesah. Tapi bila korang cari dan jumpa perkara yang tak sepatutnya korang cari, itu perlu aku kesahkan.

Masih tak faham ke? Betul ni korang tak faham?

Ok. Meh aku cerita. Kalau aku klik pada perkataan rindu sangat kat awak, korang tahu tak dia pergi ke mana?

Tak tahu kan? Gambar tu lah hasilnya.

Kayap

Kredit : Aku Naik Kayap Vs Ombak Rindu

Oiitttt. Ini bukan gigitan cinta ni. Ini kayap tapak anjing nih. Apasal lah korang anianya aku macam ni sekali. Aku tak bersalah. Tak semestinya korang rindu, korang perlu buat semua ni. Aku pun naik hairan. Makin hairan. Kenapa lah gambar ni sinonim sangat dengan keyword pelik tu. Tak rasa macam kebetulan lah pula.

p/s : Seperti ada yang sedang memerhatikan blog Pondok Kecil jer ni. Jangan hack sudah. Ok. Pendek kan artikel aku ni. Nak pergi lepaskan rindu ni. Dah tak leh tahan dahhhhh. Hahaha.

67 thoughts on “Rindu Sangat Kat Awak

  1. Pingback: Dalamnya Manis Luarnya Pahit - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge