Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni aku ada terbaca satu tajuk. Bunyinya sampai bila nak ikat perut? Dan kandungan dalam tu berkisar kisah kehidupan seorang pemuda yang miskin dan sukar untuk penuhi keperluan hidup seharian. Keinginan dan keperluan sangat membataskan dan situasi ini memaksa beliau untuk ikat perut sendiri menahan lapar semata-mata untuk berjimat. Situasi ini terpaksa dilakukan sedemikian rupa bagi mencukupkan keperluan hidup seharian.
Sekadar gambar hiasan : Google Images
Dalam ekonomi hidup yang semakin mendesak, timbul kesedaran untuk mengubah corak kehidupan kearah yang lebih baik. Dan juga keluar dari kepompong kemiskinan. Walaupun beliau sedar tahap pendidikan yang dimiliki tak mampu untuk memberikan kesenangan dalam hidup, namun beliau cuba bangkit dan berusaha dengan apa yang termampu.
Kehidupan yang lepas, beliau jadikan panduan untuk menempuh hidup yang seterusnya. Ada ketika beliau terasa akan penyesalan yang teramat sangat. Namun sudah ditakdirkan beliau dengan takdir sedemikian rupa. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Beliau sedar dan yakin. Tiada apa yang mampu mengubah hidup keluarganya melainkan dia sendiri yang mengubahnya.
Jatuh bangun, berjaya dan gagal, itu sudah lumrah kehidupan sebelum mencapai kejayaan yang sebenar. Daripada kegagalan itu akan mewujudkan sebuah kejayaan yang sangat bermakna seandainya disulami dengan usaha dan semangat yang tidak mengenal erti putus asa.
Akhirnya… Beliau kini hidup dengan penuh kegembiraan dan kesenangan.
Aku sendiri pun jadi terfikir. Sampai bila nak ikat perut untuk memiliki sesuatu yang diimpikan dalam hidup. Aku juga punya hasrat dan impian yang masih banyak belum tercapai. Dan semua hasrat itu perlukan sumber kewangan yang kukuh. Kalau diri sendiri makan tak menentu, aku tak kesah mana.
Tapi bila masuk bab anak bini, terasa juga la. Itu baru masuk bab makan. Belum masuk bab keperluan asas yang lain. Sebab tu sekarang aku lebih serius buat duit dengan blog. Sekurang-kurangnya duit blog boleh disimpan untuk melengkapkan hasrat dan impian aku. Nak harapkan satu sumber, memang susah. Ibarat kata, hari-hari hidup kena ikat perut aje.
Tak. Aku bukan nak merungut hidup dalam keadaan macam ni. Susah-susah aku pun, aku dah ada kereta. Dah ada kerja dan sudah ada anak dua. Orang lain? Belum tentu ada sepertimana yang aku ada. Ada hari, aku terasa macam aku dah hidup senang. Dan ada hari, aku rasa macam orang susah.
Lagi best, aku ada blog. Dan blog itu setiap bulan kasi aku duit sampingan. Walaupun sikit, tak kesah la. Asalkan masyuk. Pendek kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Semoga apa yang dilakukan sekarang, akan ada hasil yang memberansangkan kelak. Biarlah masa yang menentukan selaras dengan usaha yang ada.
Mesti korang pun ada ketika rasa macam ni juga kan? Walaupun realitinya bukan ambik tali, ikat perut sendiri, tapi korang akan lalui situasi macam ni. Betul kan?
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Siapa lagi nak ubah nasib kita kalau bukan diri kita sendirikan. Takkan nak terus berapa dalam kemiskinan. Kena bangkit dan usaha untuk dapatkan kesenangan dan kebahagiaan tu.
Yup..betul tu bro..hehe..dan pengorbanan itu sentiasa perlu dalam mencapai kebahagiaan dan kesenangan yang berkekalan..
jomlah bangun dan gerakkan jentera anda kalau malas payah gak ni
Haha..jom-jom..lambat2 kan nanti menyesal pula..haha
Ye Betul..
Ikut perut tapi versi yang lain..
Iaitu kemahuan dan kehendak kena ketepikan dahulu, ambik yang penting dahulu..
Dari situ kita akan bekerja keras lagi 😀
Haha..betul juga tu kan..terima kasih atas nasihat yang berguna ni..insyaAllah..saya cuba ikuti..hehe
senak perut ikat boh…huhu
sudah sampai masanya untuk kita keluar bebas dari belenggu kemiskinan…
Ramai antara kita yang Nampak macam kaya tetapi sebenarnya miskin…
Haha…tu la pasal..kawe nok jadi lagu ni boh..nampak miskin tapi kaya raya..hahaha…
button like tak dok ko boh…haha
kawe setuju macam demo royak tu…huhu
Ado..tapi gak..ada masa dia main tang nusut gok..hahaha
haha…main tang nusuk owk…
anok wek dok jadi…hehehe
basically yg puterij boleh comment is… kita memerlukan ilmu yg cukup untuk melayari hidup yg penuh dgn dugaan ni. dengan ilmu segala nya akan diurus dgn teratur, nak kena ikat ke, tak yah ikat ke.. mesti tau punyaaa weiii… 🙂
Hahahaha..yup..betul tu puteri..terima kasih atas perkongsian yang cukup bermakna ni..
nak kena ikat dengan batu sekali tu bro hahaha
Hahaha..batu tu pulak pilih yang besar sikit.kecil2 susah nak merasa..hahahaha
terima kasih..artikel ini memberi inspirasi dan motivasi kepada saya
Alhamdulillah..terima kasih bro..
masih ikat perut.
demi bini tersayang.
Ya..untung sesangat bini encik titan tu…jeles I tau..hahahaha
haa..camana hang boleh jeles plak?
Entah..sebab encik titan baik kot..hahahahaha
Pakai tali pinggang ketat-ketat. Bila itu yang patut dibuat untuk kesenangan masa hadapan, memang patut dibuat tanpa rungutan.
Yup..bukan untuk diri orang lain..untuk kita sendiri juga..terima kasih bro..
Bila kita melihat ada yang lebih susah dari kita…barulah terasa betapa bersyukurnya dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah… Carilah kebahagiaan akhirat itu lebih utama dari ikat perut utk kenikmatan dunia.
Nice sharing bro!
Hehe..itulah yang terbaik yang harus dilakukan..terima kasih bro atas pandangan yang sangat bermakna ni..
Guru Ainon Bisnes School ada menyebut..
Jika buat bisnes kena ikat perut 3 tahun. Selepas 3 tahun jika bisnes masih survie.. Ada harapan untuk maju..
Saya juga sedang ikat perut untuk bisnes online tudung labuh dan yang lain lain.
Sama sama kita usaha..
Lebih kaya.. lebih banyak zakat dan sedekah boleh beri.
Nak berbakti pada ibu dan ayah pun senang.. belanja pergi haji ke
Yup…betul tu..setuju sangat-sangat dengan apa yang diutarakan..hati pun lagi gembira dan bahagia jika kita dapat berbakti pada ibu bapa seadanya..
Delayed satisfaction kan.
Biar susah sekarang.
Huhu..tu la pasal…terima kasih mazni..hehe
Tak mengapa bersusah-susah dahulu..nanti bersenang-senang lah kemudian..
Hehe..betul tu ibu..terima kasih atas nasihat yang berguna ni..
Ikat perut=puasa=kesihatan terjamin=pendapat lebih terhasil=boleh uruskan hidup dengan lebih baik 🙂
Hahaha..suka formula tu..tapi bukan senang nak amal ni..hahaha..terima kasih bro..
Aisyah ikat perut sebab nak diet.. hihihi..
Haha..yang ni pun bagus gak…banyak leh jimat dahhh..haha..tapi jangan keterlaluan yer..kan kesihatan terganggu pula..hehe
Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Ikat perut engan cara yang betul takpe, berjimat bagus, jangan sampai jadi kedekut, berbelanja boleh, jangan sampai membazir
Wahhh..sangat menarik komen yang diberikan..huhu..terima kasih ye..hehe
Kadang-kadang disebabkan kita terlalu mengejar kesenangan, kita terlupa yang sebenarnya kita ni mungkin tergolong dalam kategori yang memang dah senang..macam yang bro cakap..kita dah ada kereta, ada rumah, ada keluarga..hanya mungkin sumber kewangan sahaja yang tidak mencukupi..
Dek kerana terlalu mengejar sesuatu,dalam pada tu kita selalu terlupa yang di luar sana ada orang lain yang keadaannya lagi susah daripada kita..tanpa rumah, kerja dan makan minum yang tidak menentu..
Saya pun sama macam bro..kadang-kadang lalai dan terlupa.. 🙂
Haha..sebab tu kita ni tak sempurna kan?ada jer yang silapnya..terima kasih bro atas kata-kata yang membina ni..hehe
Betul cakap Hafizul, pendapatan sampingan dapat bantu dalam kehidupan seharian kita.
Hehe..tu la pasal..sebab tu sekarang rasa lebih terjaga sikit dengan adanya pendapatan dari blog ni…
Kadang-kadang kena juga berkorban untuk penuhi keinginan 🙂
Yup..betul tu kan..hehe
Solusinya, jom bisnes.
Huhu..memang ada idea nak buka bisnes..tapi macam biasalah…ada kala rasa macam hangat-hangat tahi ayam jer..