Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu ilmu yang sangat berguna, iaitu Kepentingan Mentaati Suami. Ilmu yang mungkin boleh memenuhkan lagi ruang kerohanian korang semua. Hehe. Bukan niat nak jadi ustaz tapi hanya melaksanakan tugas sesama kita iaitu saling nasihat menasihati. Entri ni aku tulis khas buat kaum perempuan yang sudah bergelar isteri. Tak kiralah isteri nombor berapa dan ilmu yang ingin aku kongsikan ini semua boleh merasa.
Sebut jer isteri nombor berapa ni, aku teringat akan satu kisah yang pernah disampaikan oleh rakan sekerja. Aku hairan, pelik, dan tak logik pun ada. Korang bayangkan, si suami ni kawin empat. Isteri dia semuanya tinggal dalam satu rumah. Tapi bilik asing-asing la. Bila si suami balik kerja, semua beratur depan pintu nak sambut kepulangan suami. Makan pun macam tu juga. Nak kena tunggu suami dulu baru boleh makan.
Haiya. Rata-rata aku dengar, hidup bermadu ni menyiksakan. Namun dalam kisah di atas, aku rasa hidup bermadu sungguh menikmatkan. Haha. Dah la aku malas nak cerita panjang-panjang bab hidup bermadu ni. Kan tak pasal-pasal ada yang tak puas hati. Kan ada lesung batu yang melayang nanti. Periuk belanga semua terbang, tak sempat aku nak tempis karang. Jurus-jurus dalam menangani kes macam ni belum aku pelajari lagi dari pak cik yang hebat tu. Haha. Ok. Ok. Aku tak cerita dah.
Taat kepada suami memang dituntut dalam Islam. Taat kepada suami juga boleh membawa bahtera perkahwinan ke alam kebahagiaan. Namun berapa kerap sahaja yang berjaya membawa bahtera perkahwinan ke alam kebahagiaan? Hidup berumahtangga, tak sama dengan hidup dengan mak ayah. Hidup berumahtangga, lebih mencabar dari hidup sendirian. Semua orang akan merasa. Aku juga sedang merasainya. Walaupun kebahagiaan selalu di impikan, namun sekali sekala ada juga kecelakaan yang timbul. Biasa la kan. Asam garam kehidupan. Tak gaduh, tak wujud la perasaan sayang tu kan.

Lagi pun tak seronok aku rasa kalau hidup ni tak gaduh. Tak ada pintu almari yang pecah, tak ada dinding yang belubang, tak ada kuali yang kemek, aku rasa tak seronok. Kadang-kadang kena juga uji tahap keganasan kita. Dah sampai tahap ke berapa. Haha. Ini semua lumrah hidup. Lagi kan lidah elok-elok jer kena gigit. Ni kan pula suami isteri. Selepas taat dan patut terhadap larangan dan perintah Allah, perkara kedua adalah taat kepada suami. Tahap ketaatan kepada Allah juga di ukur sejauh mana si isteri dapat menyelesaikan kewajipan terhadap suaminya.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :
” Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajipan terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaan, maka tidak boleh dia menolaknya. ” – Hadis riwayat Thabrani
Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar dalam ceramah beliau. Kata Ustaz, kalau suami kita nak Qada hajat, atas belakang unta pun mesti kena turuti. Dan dalam hadis lain pula diterangkan, sesiapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah, maka ia berhak memperoleh balasan syurga.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :
” Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan dia taat kepada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki. “ – Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani
p/s : Sumber hadis dari buku yang bertajuk 111 Wasiat Rasulullah S.A.W. Untuk Wanita Solehah karya Ustaz Kamsuri Selamat.
Hidup berkeluarga juga salah satu perjuangan. Jadi kena berusaha untuk mencapai kejayaan. Ada susah dan ada juga senang. Kekadang menang dan kekadang tewas…terima kasih untuk tazkirah ini…
hola..kawe pun srupo hok demo oyat jugok tuh..haha..kalu tak sir sakut masalah ngn keluarga gak, g duk dalam hute la..ko guano boh?haha..kawe tgh mencuba utk jadi yg terbaik di antara yang terbaik..haha
molek-molek…
ermm cerita palas kuato 4 ni bro..hehehe
haha..palas tu apa bro?x faham..hehe
pasal hehehe typo:)
ingatkan daun palas tadi…hehehe
amin~ santapan yang berguna untuk kebahagiaan rumahtangga
emm saling ingt mengingati..hehe
Wanita adalah golongan paling mudah masuk syurga, Caranya Taati Suruhan Allah dan Taat pada suami.. tu je….
setuju tu bro..
hidup berkeluarga memang penuh dgn dugaan dan rintangan, perlu kesefahaman bersama utk kekal selamanya dgn bimbingan suami berpandukan Al Quran dan As Sunnah 🙂
betul tu auc..sy kena perbbaiki lagi kelemahan dalam diri ni..byk sgt yang tak elok..jauh di sudut hati ingin menjadi ketua keluarga yang terbaik..tip top..
memang penting utk mentaati suami.. baru hidup bahagia dan tenang.
Betul tu muaz…dalam hidup ni nak kebahagiaan jer….haha
Dalam kehidupan segalanya perjuangan. Persefahaman, dan taat menjadi antara perkara penting dalam bekeluarga.. especially suami isteri… taat dalam bentuk pada paangan masing2 dan lebih penting taat kepada Allah s.w.t. insya-allah akan dipermudahkan urusan kita…
emm betul tu bro..terima kasih atas peringatan ini…sangat berguna dalam hidup sy…
perghh.. 4 isteri dalam satu rumah.. kalo isteri pertama merajuk boleh ke bilik sebelah.. ha.ha.ha…
tapi tu la.. kalau isteri mentaati suami selagi bukan dilarang Islam… tentu kehidupan lebih bahagia kan..
Yaaa betul tu bro..tips kebahagiaan dalam rumah tangga, jangan cetus kan masalah jer..haha..
ha, pandai bt bijak handel kata org jgn cri mslh mmg ribut sati umh nnti
hehe..mcm ni pun boleh jugak..pandai makan, pandai simpan..haha
sy pilih lebih suka bergaduh sb tang tu blh luahkan apa rasa pendam pastu bab pujuk pling best heee…
emm bagus la mcm tu..kalau kena pujukan, memang best..kalau tak kena cara pujuk, makin naik darah ler..haha
kalau mampu apa salahnya
cuma jangan hanya rasa mampu je
banyak masalah nanti
hehe..sy memang tak mampu..malas nk cari nahas..hahahaa
Sedangkan lidah lagi tergigit,
Inikan pula suami isteri,
Hidupnya bermadu hatinya sakit,
Kesannya semakin dirasai.
Taat pada suami perkara kewajipan,
Walaupun hati dipunyai dikongsi,
Mungkin ada rahsia perlu diluahkan,
Sebagai langkah yg patut diingati.
#Semoga berjaya dalam pembikinan…!!!
Nak kena ni … apa nikmat hidup bermadu tu ye ? eiii aku tak suka …
Terima kasih atas tazkirah di bahagian bawah tu 🙂
emm biasa la kaum hawa memang mcm tu..kelebihan kawin ramai ni dapat mengembangkan zuriat la..nanti makin ramai pewaris kita..hehe
🙂