Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sayonara 2013. Nak sedih ke tak ni ekk? Haha. Kalau zaman sekolah dulu, memang rasa sedih gak kalau sebut “SAYONARA”. Yer la. Perkataan tu merupakan perkataan keramat untuk menggambarkan keadaan sedih kerana akan berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan. Berpisah untuk meneruskan halatuju dalam hidup masing-masing.
Mungkin lepas ni akan berjumpa lagi dan mungkin juga tak. Segala pengalaman dan kenangan pahit manis sepanjang tahun 2013 ni, bakal disemadikan terus dalam diari kehidupan harian. Segala apa yang baik yang dilakukan sepanjang tahun 2013 akan aku jadikan ikutan untuk meneruskan kehidupan di tahun 2014. Yang buruk tu, biarkan ia berlalu dengan seribu satu panduan dan pengajaran yang sangat berguna.
Seandainya aku buat korang semua terasa, maafkan lah. Ye? Aku ni bukan baik sangat pun. Kadang-kadang tu terlepas cakap perkara yang menyakitkan hati. Ada masa tu pernah gak komen membuat tuli macam tu aje. Kejar masa katakan. Ada ketika tu, kalau korang rasa aku kutuk korang belakang-belakang, maafkan juga lah. Aku bukan sengaja. Suara hati yang jahat ni memang susah nak kawal selia dengan baik. Haha. Dah, 0-0 ekk.
Dikesempatan ini, aku mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua rakan blogger merangkap pembaca setia blog Pondok Kecil. Jutaan terima kasih yang tak terhingga diatas segala sokongan dan pertolongan yang pernah diberikan sepanjang aku bergelar seorang blogger. Maju dan mundurnya blog Pondok Kecil, korang tetap hadiahkan kata-kata semangat untuk aku terus mekar di arena blogging tanahair. Terima kasih yang tak terhingga.
Rasa sekejap jer masa berlalu. Rasanya baru jer tulis artikel yang bertajuk Azam Tahun Baru 2013. Tut-tut dah masuk hari terkahir tahun 2013 dah. Azam tahun ni belum sempurna sepenuhnya lagi. Jadi, untuk tahun 2014 ni, aku tiada azam baru. Yang mana tertunda tu, aku forward ke tahun 2014 nanti. Haha.
Penghujung tahun 2013 yang agak suram. Aktiviti blogging sepanjang bulan Disember ni banyak yang tak terurus menyebabkan statistik Alexa berada pada tahap yang agak mendukacitakan. Begitu juga dengan pagerank blog Pondok Kecil. Tak mengapa. Lumrah kehidupan seorang blogger pastinya akan melalui semua dugaan macam ni.
Untuk bab buat duit dengan blog, tahun 2013 ni merupakan tahun yang sangat kacak dan tak terkalah. Haha. Berbanding dengan tahun 2012. Semoga kehadiran tahun 2014 nanti, aku mampu menjana lebih pendapatan dengan blog. InsyaAllah. Tamatnya tahun 2013, bermakna dah setahun 5 bulan aku bergelar seorang blogger. Wahhh dah lama rupanya. Haha.
Ok. Sayonara 2013. Semoga kita semua akan lebih maju di tahun 2014 nanti. Dan semoga korang semua tak kan lupakan blog Pondok Kecil sampai bila-bila. Aminnn. Hehe.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Kejap je dah habis tahun 2013. Masa yang makin pendek ke atau dunia yang dah semakin kehabisan masa.. Selamat menghadapi tahun 2014 yang penuh cabaran bro.
Itulah. Masa ttp 24 jam. Tapi mungkin ambe yg rasa pendek dan terbatas sbb byk ‘buat kerja kurang berkualiti’ =) huhu
Orait…terima kasih cikgu atas kata-kata nasihat dan peringatan ni…selamat tahun baru gak untuk cikgu…
semuanya wat cerita akhir tahun ni. hehe..
ohcikgu bila lagi? mesti byk citer menarik awal sekolah ni..hehe
Emm biasalah la..akhir tahun punya ceritakan..hehe
Moga ketemu lg pd thn hadapan 2014.
Haha..dah bertemu pun kita di tahun 2014 ni..
SA pun sama..forward azam 2013 mana yang x tercapai tp tahun ni up satu lagi azam, Ingin mendirikan rumahtangga untuk kali ke 2..semoga azam tahun ni tercapai…doakan utk SA ye..
InsyaAllah.semoga semuanya berjalan seprtimana yang diharapkan…aminnn
“Jangan ucap selamat tinggal, ucaplah sampai jumpa lagi” – kah kah, aku cedok dialog filem hindustan ni. BTW, selamat maju jaya untuk pondok kecil tahun 2014 ni.
Terima kasih bro..insyaAllah..amboi brehi nustan nampak gayanya..haha
Blog ni macam yg ambe ulang, mmg boleh pergi jauh dan sukses!
Moga apa jua azam deme, ambe doakan yg terbaik!!!
salam 2014!
betul tu boh…bukan sekadar blog biasa ni…memang ada kualiti…
Salam 2014 juga..deme memang selalu bagi sokongan dan kata-kata semangat untuk saya..terima kasih banyak2..tak sia-sia ada rakan blogger macam ni..hehe
thn 2014 boleh memperkayakan lagi blogger… amin
Aminnn..insyaAllah bro..hehe
uish, kejap lagi pun aku nak buat la entri akhir tahun. hehe
Haha..ok2..nanti saya terjah yer..hehe
Selamat tahun baru 2014.
Selamat tahun baru juga..hehe
memang sekejap saja masa berlalu…
semoga tahun baru akan memberikan lebih kemanisan ddan kebahagiaan dalam hidup…
Bereh Boh…
Kawe nok kemanisan jah..kepahitan kalau buleh dop sir..tapi kalu ado jugok, kawe telan po tulo..haha
takpo boh…hok pahit tu adalah penawar…meme keno tele jugok untuk kebaikan diri sendiri…huhu
Orait..terima kasih boh atas nasihat berguna ni…
samo2 boh…kito dgn gu2 dok kiro lah mano….huhu
Selamat menyambut tahun baru 2014…semoga lebih maju ke depan lagi. Insyaallah!
InsyaAllah..terima kasih bro..
Selamat tahun baru 2014 bro.. Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai pada tahun 2014 nanti… In Sha Allah…
InsyaAllah..terima kasih bro..hehe
Yeah selamat tahun baru bro hafizul 🙂
Hehe..terima kasih bro..selamat tahun baru juga..
Selamat tahun baru 🙂 Semoga tahun 2014 menjanjikan tahun yang lebih sukses di dalam dunia blogging
Orait..terima kasih bro..aminnn
semoga tahun 2014 lebih menceriakan dan membahagiakan, semoga apa yang diimpikan menjadi nyata, tahniah atas pencapaian 2013
Terima kasih aju..insyaAllah..semoga tahun ni lebih bermakna dalam hidup pondok kecil..hehe
tahun 2013 meninggalkan kita dan sekarang kita akan berhadapan 2014 yang bakal memberi cabaran baharu
Yup..semoga ianya lebih bermakna di tahun baru ni..
Semoha tahun 2014 akan menjadi lebih berjaya..
InsyaAllah..terima kasih bro..harapan saya macam tu lah..hehe
selamat tahun baru 2014 bro..semoga tahun ini lebih gempak lagi
InsyaAllah…itulah yang dirancangkan..hehehe
selamat tahun baru..semoga kita semua akan berjaya dalam apa juga yg diceburi
InsyaAllah..aminnn..terima kasih bro.hehe
ya. tahun 2013 dah tiada. tahun 2014 dah tiba.
Selamat tahun baru encik titan yang kacak..hehe
Semoga hr nie lebih baik dari semalam dan tahun nie lebih baik dari tahun lepas…. Amin
InsyaAllah..thanks bro..hehe
salam masih ada masa untuk yang terbaik lagi
Yup..betul tu Suri..hehe..terima kasih yer…
pondok kecil cantik berpagar
blog kecil bersemangat besar
biarkan harga naik di pasar
kita berusaha sambil belajar
blogger boleh!
Yeahhhh..jutaan terima kasih atas pantun ni..sangat menarik bro..nak tulis lekat dekat whiteboard ehhh..kasi tambahkan semangat ni..hehe
Yup.. Semoga tahun 2014 nie membawa satu sinar baru buat kita…. Amin
Aminnn..dan semoga tahun 2014 ni juga kita lebih bersemangat untuk berusaha..hehe
slmt tggl 2013…slmt dtg 2014..semoga lebih baik dr sebelumnya…yeah..
Yeah…semoga ada sinar baru dalam kehidupan kita semua..hehe
Selamat tinggal 2013. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi….
Yup..kenangan masa lalu biarkan ia tersemat indah untuk dijadikan kenangan di masa depan..
Selamat tahun baru bro – semoga semakin sukses selepas ini 🙂
Orait bro..terima kasih banyak2..insyaAllah..hehe
pergi tak akan hadir tapi kesan cukup mendalam uh..
Yup..betul tu Suri..hehe
bro mesti tahun ni ceri sebab akan sambut orang baru.cewah..
Haha..sudah semestinya Suri..Semoga semuanya selamat..aminnn
tetap semangat dalam menjalani kehidupan yang semakin sulit ni, semoga selalu sukses,
amin
Aminnn..terima kasih yer..hehe