Scan Virus Melalui Safe Mood

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak bekerja sebagai Technician Computer sehingga kini, tidak banyak yang aku ketahui berkenaan dengan cara untuk menghapuskan virus dengan berkesan. Selalunya aku akan menggunakan Safe Mood untuk mengesan dan menghapuskan virus. Sebut sahaja Safe Mood dah terbayang-bayang yang tempat ni adalah zon selamat.

Kebanyakan virus memang tidak aktif apabila berada pada Safe Mood. Sebab itu aku selalu menggunakan cara ni apabila hendak menghapuskan virus dalam komputer. Cara ni la yang paling senang untuk aku. Ada jugak cara lain seperti run melalui Whizz CD tapi bagi aku cara tu agak merumitkan.

Dari segi Antivirus pula, boleh jer buat sendiri. Guna aplikasi winzip file dan extract dalam bentuk Zip. Cara ni akan aku ajarkan pada entri yang berikutnya. Untuk masuk ke Safe Mood, senang saja. Aku bagi 2 cara :-

Cara Pertama

Turn On komputer dan tekan butang F8 pada keyboard.Tekan, tekan dan tekan F8 tu sampai keluar ayat dibawah ni.

Sumber : Google

Cara Kedua – Dalam Windows

Cara kedua ni tak payah nak tekan butang F8 dah. Cuma ikut langkah seperti dibawah sahaja.

Run > msconfig > Tab Boot > klik pada Safe Mood (macam gambar dibawah) > Ok > Restart Komputer.

p/s : Seandainya ada penambahan, sila la tambah di ruangan komen yer.

28 thoughts on “Scan Virus Melalui Safe Mood

    1. hafizul Post author

      yup betol tu..tapi cara tu agak rumit sikit…dan kadang2 ada masalah jugak spt antivirus tak cukup space untuk di extract dalam space CD…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge