Sebenarnya Kita Sangat Beruntung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya kita sangat beruntung. Dalam kehidupan ini, kita dah memiliki keuntungan sebenarnya. Tapi dalam sedar ataupun tidak, kita seringkali tidak menghargai keuntungan yang kita sedang nikmati saat ni. Apa yang kita nampak hanyalah keuntungan melibatkan wang ringgit sahaja. Juga keuntungan melibatkan urusan perniagaan. Mungkin benarkan apa yang aku cakap kan ni.

sebenarnya kita sangat beruntung

Dalam kehidupan ini, kadang kala kita lupa untuk mensyukuri apa yang telah kita ada. Kadang-kadang tu, sempat pula merungut apa yang telah kita perolehi dalam hayat ini. Kita ada kereta Viva 1.0 cc. Boleh ke sana dan kesini. Boleh bergerak walaupun hujan sedang melanda. Boleh bawakan orang yang kita sayang kemana-mana sahaja. Tapi kita merungut gak. Keciklah. Tak lajulah. Make up habis puluhan ribu ringgit dah. Tapi masih nampak tak menarik.

Kita ada rumah yang selesa. Rumah yang mencoretkan beribu kenangan dan pengalaman manis dan pahit. Tapi kita merungut gak bila tengok rumah orang lain lagi besar dari rumah kita. Sedangkan kita lupa. Rumah itulah yang menumpangkan kita dari panas dan hujan, dari ribut dan angin kencang. Rumah tu juga lah yang menyorokkan kita daripada perasaan takut dan sebagainya lagi.

Kita ada isteri yang baik. Isteri yang mampu memberikan kita kebahagiaan yang cukup sempurna. Segala makan dan pakai disediakan dengan begitu lengkap sekali. Baju kerja tak pernah terlupa untuk digosokkan. Stoking untuk kita pakaikan, tak pernah jumpa yang busuk-busuk. Semua pakaian baunya wangi-wangi belaka. Rumah sikit pun tak ada habuk. Sarang labah-labah lagi la. Susah nak kelihatan. Tapi kenapa kita terdetik gak untuk mencari bini nombor dua?

Pekerjaan kita, setiap bulan mampu memberikan pendapatan yang mencukupi untuk menyara kehidupan sekeluarga. Baik layanan bosnya. Baik layanan rakan sekerja. Tekanan kerja pun sekali sekala sahaja kita merasainya. Rakan-rakan sekerja semuanya baik-baik belaka. Ramah tamah dan tak ada yang mulut longkang. Tapi kenapa terdetik lagi perasaan malas untuk bekerja?

Pendek kata, dalam setiap hal kehidupan ni, kita sebenarnya sangat beruntung. Jadi, hargailah ia sebelum terlambat.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

40 thoughts on “Sebenarnya Kita Sangat Beruntung

    1. hafizul Post author

      Emm betul tu Sop..tapi saya suka tengok dua-dua..yang susah suka tengok..yang senang lagi lah suka..mereka ni macam2 ragam kehidupan yang boleh kita ambil dan jadikan panduan..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge