Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sedapnya makan jeruk bunga dala hasil tangan mak aku. Mak aku memang pandai jeruk menda ni. Entah la dia belajar kat mana pun aku tak tahu. Internet kat kampung tak ada lagi masa tu. Tak kan layan youtube kan? Haha. Sudah lama sebenarnya tak makan benda ni. Keluarga aku semuanya suka makan pucuk dala jeruk. Rasanya susah nak digambarkan dengan kata-kata.
Namun, aku cuba olah kesedapan tu supaya korang dapat merasai sebagaimana yang aku rasai. Ada masam, ada pahit dan ada manis. Benda ni berkuah. Bila makan bunga dala, tak rasa kepahitannya. Tetapi bila hirup kuahnya, ada la sikit rasa pahit. Pahitnya tak sepahit buah peria. Pahit ala kadar macam tu la. Masih boleh hirup dengan enaknya.
Leka pulak dia kutip bunga dala ni…
Petua mak ayah aku ni, bila makan jeruk bunga dala ni, mesti nak kena ada ikan rebus. Perisi ikan tu, lepas tu letak sekali dengan kuah. Kacau-kacau sikit. Lepas tu makan la. Perghhhh. Memang sedap mengalahkan makan nasi berlaukkan ikan kakap berempah.
Haha. Ini aku punya selera la. Kalau korang rasa sendiri mungkin tak sama. Kan? Makan nasi berlaukkan pucuk dala jeruk ni, boleh habis 3 pinggan nasi. Tu la. Kalau aku cakap ni korang tak percaya. Kan? Kena rasa sendiri baru tahu.
Isteri aku yang tak pernah makan pun, bila makan sekali, nak dua kali.
“Sedap tak makan pucuk dala jeruk ni?”
“Sedap banggggggg”
Meh… Pakat-pakat rasa sikit sorang. Sedap ke tak. Haha.
Haha. Tu la. Kalau tak rasa sendiri mana nak tahu sedap ke tak. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Nama saintifik untuk pucuk dala ni, aku tak tahu. Nama pokok selain pokok dala pun aku tak aku. Mereka duk panggil pokok dala jer. Kat belakang rumah ada sepohon. Tu pasal boleh makan sebab musim dia sekarang ni. Musim bunga dala lah katakan. Hehe.
Korang pernah makan tak jeruk pucuk dala ni?
Sedappppppp. Betul.. Tak tipu. Haha.
yang ini conform aku tak pernah makan
onlajer recently posted..Domain Untuk Blog Tak Terkalah
Sedap bro..cer makan sekali…haha
samelah ambe…napok gayanya..ambe kena singgoh jerteh sekali ni..
hafizmd recently posted..Lepasan SPM:Semak Status Program IPTA, IPTS dengan MQA sebelum Hadir Temuduga Kemasukan!
Hantar sini bro,
Abdur Rozak recently posted..Hosting Rajawali Diskaun 50%
Haha..suka makan gak ke???
Tak pernah makan jeruk-jeruk. Tak kena dengan tekak.
Bahrain recently posted..Beg dan Pandangan Tentang Speaker Terbaik
Emm betul ke bro?tapi bagi saya sedap la menda ni…kalau jeruk pauh yang kuning tu tak makan sangat…kuah rasanya ibu jeruk tu..hehe
Rasanya macam mana bro? Err
profhariz recently posted..Kecewa dengan TIME Fibre dan UniFi
Emm rasa msedap la..masam pahit masin manis..hehe
tak pernah makanlah pk, sedap ke? nasib baik tak menagndung tau hehehe, kalau tak confirm kene pos ke sini
ajumohit recently posted..WW ~ DIY cute teddy bear
Haha..emm sedap gak..saya suka makan jeruk dala ni…haha..nanti kan mengandung sungguh, mengidam pulak menda ni. jenuh la aju nanti..hahaha
haaa ker sis aju hantu jeruk orangnya?
suri recently posted..Andai Itu Takdirnya
sungguh..ambe dok pernah lagi dgr..rase jauh sekali…
jadi, insyaAllah ambe singgoh jugok jupe deme satu hari nanti deh..buleh tunjuk pokok ni..
ambe doklah wape wehi sgt jeruk2 ni..tp kalu kena gaya…layan jugoklah…hehehe
hafizmd recently posted..Lepasan SPM:Semak Status Program IPTA, IPTS dengan MQA sebelum Hadir Temuduga Kemasukan!
Hahaha…pulak dah..tapi tak tahu lah kena gaya ke tak jeruk ni dengan bro..kena cuba lu baru tahu..haha..emm insyaAllah…ada ketika, ada rezeki boleh jer datang sini..kenal-kenal pokok dala ni..hahaha
ini first time dgr. teringin pula. kena dtg jerteh baru dpt rasa kot 🙂
Annisa Biz recently posted..CORELLE: Sistem Kutu Basic 1 dan 2
wah payah kalau dia duduk kat satu tempat sahaja mana achi
suri recently posted..Cara Mengelakkan Kucing Membuang Hajat ìê¸ìê¸
Emm kat Jerteh pun susah nak dapat ini makanan..kebetulan rumah saya ada pokok ni..dan kebetulan juga dia berbunga..hehe
Ble makan plak ye benda nie.. Siyes x penah makan..
Aniq Bukhary recently posted..Nilai disebalik sebuah gambar
nama dia saya tak pernah dengar uih…pelik tapi serius wujud dan boleh pula makan tu
suri recently posted..Andai Itu Takdirnya
Emm boleh aje..sedap..hehe
tak pernah makan kalau cuba mahu juga saya cecah sambal belacan..kalau suami cin calok haaa
suri recently posted..Andai Itu Takdirnya
Emm cencaluk..dah lama benar rasanya tak makan..sedapppp…tapi kalau ada seduan, memang sakit gak la makan ini cencaluk..boleh bersin sampai tak ingta dunia..haha
ini sah anak lelaki heee… mak yang mengidam atau papa yang idam nhgeee
suri recently posted..Andai Itu Takdirnya
Emm entah la..hahaha..biarlah rahsia..hahaha
Susah juga nak cari jeruk ni
Pendekar Berkuda recently posted..MH370, Boikot dan Balik Kampung
Ha ah..memang susah..mujurlah ada..leh gak merasa..hehe
Rasanya tak [ernah makan, rasa macam sedap je… Terliur nak makan ni..
Kamil Salleh recently posted..Keputusan Terkini Liga Super 29 Mac 2014
pk minta pos sini ipoh mali boleh tak?
suri recently posted..Cara Mengelakkan Kucing Membuang Hajat ìê¸ìê¸
Emm kalau tak pernah makan, susah la kan..hehe..emm limited edition punya ni..hahaha