Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ok…
Budu dan ulam sememangnya tak boleh dipisahkan dalam kehidupan aku seharian. Semenjak mengenali menu yang tersangat special ni, nafsu makan semakin bertambah. Nasi panas berlaukkan budu sememangnya satu hidangan yang sangat special.

Ditambah pula dengan ikan selayang bakar, ataupun ikan selayang kukus, nafsu makan semakin mengelepar kegembiraan. Beberapa hari yang lepas, aku berjaya habiskan seperiuk nasi. Satu periuk boleh cover 3,4 orang makan.
Penangan budu punya pasal… Habis satu periuk…
Bini jeling tak puas hati…
Apa boleh buat. Kalau dah namanya budu, memang huru hara la nafsu makan.
Tapi, bukan selalu aku makan nasi berlaukkan budu. Maklum aje la….
Aku manusia yang tak normal. Dah tak sihat sebagaimana sihatnya anak aku dua orang tu. Beberapa tahun yang lalu, aku disahkan ada resdung ataupun seduan.
Perghhhh… Sedihnya tuhan aje yang tahu.
Paling sedih bila aku dapat tahu aku akan berpisah dengan budu…. Dah tak boleh makan budu seperti biasa. Bukan itu sahaja. Aku juga tak boleh makan seafood yang berlebihan. Alah dengan habuk. Sampaikan aku terpaksa pakai mask muka apabila dipaksa menyapu lantai rumah.
Teruk kan? Resdung punya pasal.
Akibat daripada makan budu yang berlebihan, akhirnya hari ini aku berada dalam mood “bersin” sepanjang masa.
Paling tragis, hingusan tak henti-henti keluar kot lubang hidung. Hidung memang gatal. Garu hilang, garu hilang. Dahi gatal. Pipi gatal. Garu hilang. Garu hilang. Haiya. Nak buat kerja pun tak senang. Tisu dan masuk kotak yang ketiga. Masih tak henti-henti lagi hidung berair.
Mata…. Tak leh nak cerita la. Tengok screen notebook pun tak selesa. Silau aje.
Dan bermula disaat ini, aku nekad untuk tidak menjamah lagi menu special yang bernama budu.
Nekad!!!
Dua tahun lepas, pernah makan ubat resdung Sinar Permata. Memang menjadi. Tapi sayang. Ego punya pasal, aku dah tak beli ubat resdung tersebut. Ingatkan resdung dah pulih. Rupanya sukar juga untuk memulihkan resdung. Harus ambil penawar secara berterusan. Dan ada disiplin yang tinggi untuk hidup berpantang.

Berpantang dari makan budu. Ketam lembut. Udang besar. Sotong. Dan sebagainya lagi. Tapi aku tak kuat. Aku seringkali tewas bilamana diuji dengan makanan tersebut.
Nampak gayanya kalau “mood bersin” berterusan sampai ke petang, terpaksalah berhabiskan duit untuk membeli penawarnya.
Apa yang pasti, Sinar Pertama harus aku kunjungi. Haha.
Okeh. Aku nak layan mood bersin ni. Macam seronok pulak dah. Dah macam main musik.
Achooo…. Hat Aiiiii…. Eichiiiiii…. Hapsuuuu…. Acheeee…. Aaapsikkkkk…
Macam-macam bunyi bersin ni. Dah boleh buat musik dah…
[quote]Fakta Sainstifik menyatakan, budu mempunyai anti-oksidan yang tinggi dan baik untuk awet muda. Malah ia boleh mencegah kanser payudara.[/quote]
P/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
elakkan alahan amik vitamin c
Hehe.. dah ambil vitamin C.. yang amway tu. Tapi masalahnya saya memang tak berdisiplin.. kejap makan.. kejap tinggal.. haiya..
ooo Bio C tu ko boh?
Iltizam lah boh…jange hangat2 tahi ayam jah…huhu
kena ubahlah konsisten tu. sebabnya kena ambil suplemen yang selamat. takmo badan kita terima akibat
Penangan Budu memang menggugat nafsu makan…. Daripada nak berdiet, boleh terus tak jadi nak berdiet ni… huhuhu
Haha.. betul tu.. sokong sangat.. haha
samalah dengan suami saya, asal habuk, alergi makanan sure terbersin walaupun dah pernah buang tonsil dan sinus
serius, lama jugak aku tak makang budu weh.
Saya juga suka makan nasi dengan busu, setakat hari ini Alhamdulillah tidak ada resdung.
Saya doakan agar bro Hafizul sembuh dengan alah dan tiada lagi bersin.
Orang yang suka makan nasi dengan budu amat sukar nak berpantang lebih lagi berdiet.
Budu ni, masa mula-mula nak makan memang terasa susah je nak telan. Tapi bila dah masuk sekali suapan, selera dia bertambah lain macam la… Tapi tu la… kalau yang ada masalah sinus ni memang tak le nak makan sangat.
Budu memang pembuka selera, nasik panas2 dengan telur dadar n budu, maveles!
Jom Singgah Blog Saya
ya..budu memang menyelerakan ..
berkecur juga liur tengok gambar tu
haha.. tahan-tahan…
Budu memang boleh buatkan hidung gatal merenyam. Sedap dimakan seksa ditahan..hehe
Haha.. macam sedap aje ayat sedap dimakan seksa ditahan.. betul sangat tepat.. haha
Kawe lama stop makan budu boh…since sekolah rendah sehingga anak dah 3 org…huhu
Bakpo? Demo alahan jugok ko? Ooo teruk demo lagi dih.. haha
Makan budu kalau setahun 2 kali sudah cukup.
Kalau tak gatal tu usah cakap la. Tak duduk diam.
Haha.. mana leh tahan bro.. sebulan dua kali pun seksa kalau tak makan.. haha
Ini kerja gila. bahahaha …
Serius sedap budu ni. Tapi sekali makan pasti nak lagi.
Paling tak syok lepas tu gatal muka gatal hidung.
HerMMmm , lepas tu kena berpuasa la dari makan budu. Sedeyhhh resdung!
Syukurlah selalu gi wat bekam. Okay jugak laaa …
Itulah pasal.. saya makan juga tapi kadang-kadang aje la.. bila nafsu utk makan budu dah tak boleh ditahan terpaksa juga makan dengan rakusnya.. haha
Dulu saya pun macam bro juga.. silap makan je.. mesti mengaru hidung..
lepas tu pantang kena habuk, mulalah bersin dan meleleh hingus.
tapi alhamduillah sekarang dah tak de lagi…
mungkin sebab banyak masukkan bawang putih dalam masakan kot.. antibodi badan bertambah baik kot..
Ohh ye ke bro? nampak gayanya lepas ni boleh cuba bawang puteh pulak.. mana tahu menjadi.,. ikhtiar kan… seksa kalau macam ni..haha
Ada resdung memang terus pening dibuatnya maklum saja lah makan masa yang agak lama untuk betul-betul sembuh. Itu pun kena konsisten yang terbaik.
Yup.. betul tu.. kadang-kadang dah puas try dengan ubat yang ada.. masih belum berjaya menghilangkannya…
KAlau ada resdung mana boleh makan seafood kan
Memang menjadi jadi lah gatal nya kan
Yup.. betul tu.. bila ada seafood kite tengok aje lahhh.. haha