Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini, 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434h adalah merupakan hari untuk kita melakukan ibadah korban. Selaku pengasas blog Pondok Kecil, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga pembaca blog Pondok Kecil khasnya peminat-peminat aku diluar sana tu. Walaupun korang semua segan silu untuk mengakuinya, tak apalah. Aku sedar diri yang aku ni ramai peminat. Terutama dari Encik dan Puan Spammer yang kacak lagi kiut.

selamat hari raya aidiladha

Aku memohon kemaafan kerana agak terlewat menerbitkan artikel ini. Masalah gangguan talian internet telah menyebabkan aktiviti blogging aku terganggu. Makna disini, selepas ni comfirm dan comfirm kekasih hati Alexa akan naik melampau lagi. Haha. Korang semua berayalah puas-puas ekk. Makan daging lembu tu tak yah la duk ingat blog Pondok Kecil.

Kepada mereka yang berada di kampung halaman, kalau tiada liputan 3G dan YES 4G, jangan susah-susahkan diri mencari talian. Tak payah susah-susah panjat bukit bukau yang tinggi semata-mata nak dapatkan akses 3G yang belum pastinya akan dapat walaupun satu bar sahaja. Korang tak payah la buat semua tu. Tak payah susah-susahkan diri buat kerja baik tu semata-mata nak jenguk blog Pondok Kecil.

Sejujurnya, aku amat-amatlah hargai semangat dan minat yang korang tunjukkan pada Blog Pondok Kecil. Ok?

Ok setakat ini sahaja yang mampu aku siarkan. Ringkas, padat dan selamber. Haha.

celoteh anak di hari raya aidiladha

celoteh anak di hari raya aidiladha

celoteh anak di hari raya aidiladha

celoteh anak di hari raya aidiladha

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

13 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge