Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Mata seakan mahu dibelai namun kerja yang perlu aku siapkan masih belum boleh mengizinkan mata untuk beradu. Hehe. Esok aka hari ini adalah Hari Raya Aidiladha. Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca entri ini,  yang mengenali pondok kecil atau tidak, kawan rapat atau jauh, musuh atau kawan, semuanya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya. Memang sedikit terasa akan kemurungan mood untuk berhari raya esok. Suasana Hari Raya Aidiladha tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri.

Tapi yang bestnya raya ni, dapat makan daging dengan sepuas hatinya. Paling best makan daging bakar la. Rasulullah pun suka makan daging bakar dan bahagian yang paling Rasulullah suka adalah bahagian paha kanan. Hehe. Bagi mereka yang darah tinggi tu, yang tak boleh makan daging banyak-banyak, aku nak nasihatkan ni. Kalau makan daging tu, makan sikit jer. Kurangkan darah tinggi, tingkatkan emosi. Haha. Ya betul kali ni jer makan daging banyak. Tapi fikir la sikit untuk masa depan tu yer. Ingatlah insan yang tersayang.

Kredit : muhamadyusri.com

Bagi mereka yang balik ke kampung dan tempuhi perjalanan yang jauh, selalu-selalu la singgah dekat kawasan rehat dan rawat. Kasi tenagkan mata tu dulu bersama segelas air teh tarik ke, kopi ke. Dan yang paling best aku nak sarankan, sampai sekat kawasan camera AES tu, korang pecut la kereta laju-laju. Bukan apa cuma mahu menguji kepantasan AES tangkap gambar yang di ambil jer. Haha.

Sempena Hari Raya Aidiladha ni, aku nak sampaikan satu lagu jer. Sungguh sayu mendengar lagu ni.

66 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidiladha

        1. hafizul Post author

          emm tak seberapa apanya..jenuh sy duk kira..smp mata dekat ngn monitor tuu..hehe..sy support jer bro..menang kalah, tu perkara no.2…hehe

          Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..memang stress kalau dah terkena dengan perangkap AES ni..baru tahu kehebatannya setara mana..huhu..terima kasih bro sebab sudi singgah di halaman pondok kecil…

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..demo meme la suko pong kawe..tapi betul doh boh..mok kawe meme cute…haha..ado gapo eh..ho patut la sero po bucit terik jah ni..keno pong demo ko?haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge