Banner

Selamat Hari Raya Aidilfitri

by hafizul on August 18, 2012

in Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tinggal sehari jer lagi umat Islam akan meninggalkan bulan yang penuh mulia ini iaitu Bulan Ramadhan. Ramadhan tahun depan andai dipanjangkan umur, akan berjumpa lagi. Akan menikmati kegembiraan bersahur dan berbuka, kegembiraan menunaikan Solat Terawih dan kegembiraan shopping dekat Bazar Ramadhan. Air katira mungkin next year baru dapat merasai pula. Hehe. Bagi peminat setia air katira, harap bersabar yer. Tahun depan pula pakat minum sakan. Huhu.

Sumber : Google

Berbagai persiapan raya yang dibuat sampaikan nak update blog pun tak ada masa. Haha. Raya sakan ker tahun ni? Tak la. Pergi layan jem jer dekat Jerteh. Haha. Baju raya aku dah beli awal-awal lagi. Beli dekat Jakel Kota Bharu. Murah dan selesa memakainya. Sajer beli awal-awal supaya nanti tukang jahit tak tertekan sangat nak menyiapkan baju raya aku sekeluarga nanti.  Rasa gembira jer sebab tahun ni dapat pakaikan anak aku baju melayu. Tahun lepas tak boleh pakai lagi sebab badan dia kecik. Sekarang dah boleh pakai dan tak sabar aku nak pergi beraya bersama kat rumah jiran-jiran serta sanak saudara.

Tak sabar rasanya nak beraya bersama si kecik ni. Hehe.

Tahun ni aku tak belikan kasut untuk anak aku. Sebabnya kasut yang dulu masih ok lagi dengan kaki dia. Ada jugak aku survey harga kasut tu. Memang murah, cantik dan menarik. Melihat telatah anak aku apabila melihat sepupunya ada kasut raya, rasa kesian pula. Apa tak nya. Mulut kata nak, tapi mata pandang kat ayah dia. Haha. Cerdik sungguh anak ayah sorang ni. Nanti raya tahun depan ayah belikan yang baru yer. Hehe.

Emm bab-bab mercun aku tak nak cerita lah. Macam orang berperang dah ni. Dummm… Dammm.. Boommmm.. Macam-macam bunyi yang kedengaran. Bising semacam jer. Sabar je la. Selagi tak kena, selagi tu la tak serik. Kepada semua rakan blogger yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, aku ucapkan Selamat Hari Raya. Andai ada komen-komen yang aku tulis tu tak memuaskan hati korang, aku mintak maaf yer. Kalau korang rasa ada la komen aku yang menyampah tu, harap korang sudi-sudi la tegur aku melalui emel. Jangan buat entri khas untuk kutuk aku sudah ler. Tak pasal-pasal glamour aku nanti. Hehe.

Sekali lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan salam kemaafan dari aku, owner Pondok Kecil. Raya ni makan jangan over sangat. Kan tak pasal-pasal berat badan naik mendadak. Tak pasal-pasal juga kena berguru dengan Puanbee untuk minta tips kuruskan badan. Hehe.

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri. Harap lepas raya ni banyak la entri-entri yang menarik pasal raya.

Share it now!

{ 12 comments… read them below or add one }

budak felda August 18, 2012 at 10:15 am

selamat hari raya aidilfitri bro…:)
budak felda recently posted..Rancangan Menarik Sempena Aidilfitri 2012My Profile

Reply

hafizul August 22, 2012 at 1:13 pm

selamat hari raya juga buat rakan kongsi aku ni..hehe..mana duit raya untuk aku???huhu

Reply

budak felda August 27, 2012 at 7:11 pm

duit raya hehehe..kena la dtg beraya dulu kan
budak felda recently posted..Samsung Galaxy Player 5.8 DilancarkanMy Profile

Reply

hafizul August 28, 2012 at 1:39 pm

hehe..kena datang ke??bila la agaknya nak sampai..hehe

Reply

Blog Asyraf August 18, 2012 at 3:08 pm

selamat hari raya..mohon maaf..
Blog Asyraf recently posted..Apabila Van Persie Ke Manchester United, Semua Jersi Tertera Namanya DibakarMy Profile

Reply

hafizul August 22, 2012 at 1:13 pm

aku pun sama..kalau ada salah silap tu.maaf yer..hehe..selamat hari raya..

Reply

sop August 19, 2012 at 12:54 am

Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin dari Sop dan keluarga

http://www.sop.name.my/2012/08/ucapan-selamat-hari-raya-aidilfitri.html

Reply

hafizul August 22, 2012 at 1:12 pm

Emm selamat hari raya jkuga buat sop dan keluarga..hehe

Reply

muazfaris August 24, 2012 at 9:25 am

selamat hari raya juga bro !!
muazfaris recently posted..Sejarah Universiti TantaMy Profile

Reply

hafizul August 25, 2012 at 1:09 am

terima kasih bro..selamat hari raya juga buat muaz..

Reply

suri November 16, 2013 at 10:50 pm

pk pernah minum air katira. sedap tak ke air ini berperisa pandan?
suri recently posted..Tolong Jatuh Cinta Pada Hasil Penulisan AndaMy Profile

Reply

hafizul November 17, 2013 at 9:31 pm

Emm tak pernah minum lah Suri..hehe

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: