Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1438H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Diberi kekuatan dan kesempatan untuk meneruskan hidup dibulan Ramadan, bulan yang penuh dengan kemanisannya. Selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih baik dan yang terbaik dalam hidup kita semua. InsyaAllah.

Sekadar hiasan : Google Images
Sekadar hiasan : Google Images

Korang ada azam sempena Ramadan kali ni?

Mesti ada kan? Aku pun sama. Seriously… Sudah bertahun aku repeat azam yang sama. Asal bulan Ramadan, mesti buat azam macam ni. Tapi sayang aku tak leh nak share kat sini apakah azam aku sempena Ramadan tahun ni. Haha.

Tapi itulah. Kadang-kadang hangat tahi ayam je. Sebab itulah aku tak pernah berjaya untuk melaksanakan azam dengan sempurna. Biasanya awal Ramadan sahaja azam berkobar-kobar. Bila dah masuk seminggu puasa, azam entah kemana la jadinya.

Dan apa yang aku harapkan, Ramadan kali ini ialah Ramadan yang penuh dengan kenangan yang tak mungkin dilupakan. Dan semoga Ramadan tahun ini aku berjaya melaksanakan azam dengan sempurna.

Bulan puasa ni, korang meniaga tak? Aku cadangnya nak berniaga dekat pasar ramadan. Nak buat bisnes air balang. Permulaan ni nak buat dua jenis air balang sahaja. Nak buat jus mangga dan jus tembikai. Nak jual dua tiga jenis air balang kot tak menang tangan pula nanti.

Maklum la, bisnes air balang ni kencang juga dia punya permintaan. Tambahan pula, Ramadan kali ni aku nak meniaga sorang-sorang.

Tak nak share dengan orang lain. Kot tak sampai raya dah berbalah. Haha.

Bisnes yang paling senang nak buat duit adalah bisnes air balang. Modal kasar tapi untung tebal. Masyukkkk beb!!!

Apa yang penting, air yang dibancuh itu mestilah sedap, cukup rasa dan mampu memukau pelanggan. Hari ini cuba, esok datang repeat lagi. Tak ke seronok kita yang menjualnya? Haha.

Ok. Aku malas nak sembang panjang bab bisnes air balang ni. Kalau korang berminat, boleh klik gambar dibawah. Baca, fahami dan buatlah keputusan yang bijak.

18 thoughts on “Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1438H”

  1. Samalah kita…
    Saya pun tetap ada azam yang sama pada setiap tahun… Setiap kali bulan Ramadhan…
    Cuma seperti biasa juga, ada Azam yang berjaya jadi kenyataan, ada yang tidak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *