Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Okeh. Aku tak pasti sama ada korang masih ingatkan aku ataupun tak.
Aku pun tak pasti sejauh mana aku mampu bertahan dalam dunia blogging. Tetapi, apa yang aku pasti dan sangat pasti…
Aku tak kan terminate blog Pondok Kecil sampai bila-bila. Kecuali ada penyebab yang tak mampu dielakkan.
Tempis kanan pun kena… Tempis kiri pun kena… Yang ni memang aku pasrah dengan seadanya.
Beberapa bulan menyepikan diri. Bukan suatu tempoh yang agak manis untuk dikenangkan. Bukan tak ada cerita untuk dikongsikan. Banyak sangat ceritanya sampaikan buntu untuk membuat pilihan.
Maklum aje la…
Aku sekarang ni tengah fokus untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Impian aku kelak…
Apa yang aku sedang usahakan ini akan berterusan sampai bila-bila dan hasilnya dapat dinikmati oleh keturunan seterusnya. InsyaAllah.
Disebabkan itulah blog Pondok Kecil pun bersawang dengan jayanya. Haha.
Alhamdulillah. Walaupun blog bersawang, duit komisen Affiliates tetap ada walaupun jarang-jarang sekali merasainya. Inilah antara kelebihan menjadi Affiliates. Duit komisen tetap merasa walaupun RM10 sahaja setiap bulan. Haha.
Serius….
Jauh disudut hati, aku tersangat merindui kehidupan seorang blogger sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Tahun 2012 merupakan tahun yang paling sweet untuk dikenangkan. Tahun pertama menceburkan diri dalam dunia blogging. Tahun pertama yang ohsem sebab dapat merasa komisen Affiliates. Kalau dihitung dan dikumpul, sekarang ni dah beribu duit komisen.
Namun sebagai manusia yang hidup suka berjoli memang tak suka tengok duit dalam bank banyak-banyak. Mesti kena usik walaupun seharian sahaja berada dalam bank. Haha. Tempoh paling lama aku menyimpan duit komisen blog ialah seminggu. Selepas tu comfirm habis dalam masa sejam.
Tahun 2017 telah membuka tirai dengan jayanya. Pejam celik, pejam celik dah pun 05 haribulan Januari 2017. Cepat masa berlalu bagaikan berada dalam mimpi. Oleh yang demikian, kita pun kena harus cepat bertindak selaras dengan peredaran masa.
Nak termenun ditepi tangga pun dah tak sempat sekarang ni. Nak borak dan lepak kedai pelayan pun rasa serba salah aje. Banyak perkara yang harus diberi perhatian untuk tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya.
Tak kan nak duduk ditakuk lama kan?
Tahun 2017 mesti lebih baik dari tahun 2016. Tahun 2017 mesti upgrade kearah yang lebih baik. Mesti!!!
Oleh yang demikian, kita mesti bermula perancangan daripada sekarang. Nak dapat bini nombor 2 di tahun 2017, mesti kena usaha gigih. Sekadar sembang kedai kopi, aku pun boleh buat. Haha.
Mesti belajar daripada kegagalan di tahun 2016. Kenapa gagal perkahwinan kali kedua ditahun 2016? Tepuk dada tanyalah selera. Mesti ada silap dimana-mana.
Faktor pertama ialah tak pandai bodek bini pertama ler tu… Haha.
Ok. Itu bukan perancangan aku ditahun 2017 yer. Harap maklum.
p/s : Selamat membaca dan seoga terhibur hendaknya.
Selamat Tahun 2017..
Dah Lama betul tak singgah blog ini..
anuar recently posted..Panduan Shopping secara Online dan boleh dapat Extra Rewards daripada lebih 50 laman web Terkemuka.
Selamat tahun baru juga.. itulah saya sekarang ni agak sibuk.. jarang dah update blog.. saya pun sama juga.. dah jarang masuk blog anuar.. hehe
Semoga tahun 2017 memberikan rezeki mencurah curah nanti…bini no 2 tu kena cari cepat kalau stress bak kata P. Ramlee, isteri muda merajuk ana kahwin 3 hahaha
Elih recently posted..Baju T-Shirt Hasil Tebus Mata Ganjaran Valued Opinions
Hahaha… harapan nya macam tu la. tapi apa-apa pun kena tunggu result puan isteri.. hahaha… kawin 3 pun boleh..
jangan berhenti, kalau penat, slow down, tapi jangan berhenti 😉
siti hazreen recently posted..7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah Sementara
InsyaAllah.. tak pasti la tu andai masanya sampai kena stop juga kan.. hehe..
Teruslah bersemangat untuk memberi manfaat kat orang banyak
Ami Mulyadi recently posted..Paket Umroh Maret 2017 Penuhi Panggilan Allah
InsyaAllah… semoga dipermudahkan…
Saya pun sibuk juga. Buka akun semasa urus bisnes nampak teratur. Tahun 2017 ni fokus jual barang hot sahaja. At least tahun lepas dah boleh nampak mana yang laju mana yang pelan.
rahimah majid recently posted..Central Apartment Di Seoul Selesa Untuk Penginapan Famili
Huhu.. itulah kan.. tahun demi tahun mesti ada pembaharuan dan peningkatan.. akaun semasa itu penting jika ingin serius dalam perniagaan…
saya doakan bro berjaya dlm bidang yg diceburi…
tiada yg mustahil dlm hidup nie. hidup ponkok kecil. heeee
Hairul Hissam recently posted..Kelas Kek, Roti, Bun, Bakeri & Pastri Utk Sabah Serawak Dgn DVD Chef
Perghhh.. terima kasih bro.. membangkitkan semangat betul la.. hehe
selamat tahun baru, semoga berjaya dalam semua keazaman
raihanah recently posted..Manfaat POLYGANUM CUSPIDATUM dalam VIVIX
InsyaALlah.. terima kasih yer.. selamat tahun baru juga.. dan semoga raihanah pun berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi..
Selamat tahun baru bro, semoga tahun ini lebih sweet dari tahun sebelum nya..
onlajer recently posted..Bisnes air, Apa yang saya rasa
InsyaAllah.. terima kasih bro.. bro pun sama.. semoga lebih sukses tahun ni dan tahun ke seterusnya..
baru berupdate tahun nih..
haha
titan recently posted..Minyak Herba Asmak Penawar Asma pada Bayi
Ha ah.. baru ada mood ni.. dan mood rajin baru datang ni.. haha
salam boh. patutlah senyap..ade projek baaaaaik pnye…
moga semakin sukses utk tahun ni boh…ameen
pssst..ingt dah takde impian nak pasang 2….hahahahhaha
hafizmd recently posted..Nak tulis tajuk pun payah!
Impian tetap ada boh.. tapi pelaksanaan itu tak pasti.. hahaha
Bagus sekali artikelnya meski lama tidak nongol di dunia blogging lagi, tapi cerita dalam postingan ini bagi saya yang membacanya menjadi bangkit dalam semangat dan saya rasa ingin terus berjaya. Ini artikel yang sangat inpiratif. Terimakasih
umroh Januari
umroh Februari
Paket Umroh recently posted..Paket Tour Muslim Halal Istanbul Turki 10 Days Only 16,9 Juta
Terima kasih…
hi PK…selamat tahun baru 2017…nak buat camane keje lagi penting..boleh update waktu terluang..semoga tahun ni lg sukses dlm bisnes yg diceburi..
cik tom recently posted..Alhamdulillah Rezeki Menang Goldbar 0.5g Edisi Terhad PG
Hehe.. itulah cik tom.. kerje penting kena dahulukan.. Hehe.. terima kasih ciktom…
selamat tahun baru 2017 PK, semoga berjya dalam bidang yg diceburi
ajumohit recently posted..NeuroGain dan Obical supplement untuk ibu hamil
InsyaAllah.. Terima kasih Aju.. Selamat tahun baru juga..
Masih sempat lagi nak ucap ni.
Selamat Tahun Baru. InsyaAllah sama sama kita berdoa dan berusahah untuk apa
jua niat @ azam kita untuk tahun ni.
Asyraf Asri recently posted..Dapatkan ALBUM Zikir Muazzin Masjid Negara
Huhu.. terima kasih bro.. yup masih belum terlambat lagi haa.. haha