Selamat Tinggal Nuffnang Pondok Kecil Ucapkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat tinggal Nuffnang. Tajuk diberi berdasarkan kepada jawapan untuk persoalan aku selama ini. Mungkin ini adalah keputusan muktamad aku sebagai peneraju bahtera pondok kecil. Satu tajuk yang telah mendapat jawapan yang pasti selepas meminta pandangan daripada rakan blogger, saudara Eizil. Terima kasih kepada saudara Eizil kerana begitu yakin menjawab persoalan yang terbuku selama seminggu dua ni.

gambar menyokong iphone 5 gadget impian

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Sepertimana yang korang semua perasan, bahagian atas header tu aku telah gantikan iklan nuffnang dengan banner insentif tunai denaihati. Di bahagian sidebar pula aku letakkan iklan berkenaan dengan hartanah yang mana iklan ni sangat popular di kalangan rakan blogger sekalian. Manakala di bahagian tengah antara entri pertama dan kedua, aku juga letakkan iklan berkenaan dengan samseng Facebook. Siapa yang nak jadi samseng Facebook, klik la iklan tu dan belajar macam mana nak jadi samseng media sosial. Haha.

Semasa proses menggantikan semua iklan nuffnang tu, ada satu jer masalah yang mana aku sukar nak center kan banner insentif tunai tu. Terima kasih aku ucapkan kepada pakcik Google kerana berjaya menyelesaikan masalah aku ni. Dan tempat rujukan yang pakcik Google bawa adalah di halaman blog aynoranur dot com. Tajuk artikelnya adalah Tutorial Center Align Gadget/Widget Di Blog. Akhirnya malam ni aku boleh menarik nafas lega kerana satu persoalan telah pun mendapat jawapannya. Sekarang masa untuk tumpukan perhatian pada contest semua SEO yang telah aku sertai.

Kalau korang semua ada masa dan rasa nak sangat membaca artikel contest tu, aku senaraikan kat bawah ni yer. Semoga korang semua bergembira. Hehe.

Contest SEO yang disertai pondok kecil :-

1. 2012 Tahunku Yang Kacak

2. iPhone 5 Gadget Impian

3. Blog Popular

Tiga contest SEO yang pondok kecil sertai dengan harapan, selepas ini pondok kecil mampu untuk menguasai kemahiran SEO dengan baik. Walaupun bukan ketegori pakar, ketegori mahir pun dah kira ok. Hehe. InsyaAllah selepas ni ada la tuah yang akan memihak kepada pondok kecil sekaligus menaikkan semangat aku untuk berjaya dan menjadi popular dalam arena blogging. Usaha tangga kejayaan. Ya, akan aku pegang kuat-kuat dan akan aku semai baik-baik kata-kata ini agar kelak ia menjadi pokok yang lebat dengan buah-buahan yang ranum. InsyaAllah.

Masa 24 jam sehari akan aku aturkan sebaik mungkin agar setiap saat aku bersama pondok kecil tidak menjadi sia-sia. Ilmu tak datang bergolek. Rajinnya aku maka majulah pondok kecil ini. Yang penting setiap usaha yang kita lakukan mestilah diakhiri dengan doa dan tawakkal. Aku hanya merancang, tuhan yang menentukan. Buat kesemua peserta contest SEO, jom gegarkan halaman google dengan keyword yang telah ditetapkan. Hehe.

68 thoughts on “Selamat Tinggal Nuffnang Pondok Kecil Ucapkan

  1. Pemikir

    Lakukanlah yang tuan rasakan lebih baik. Tidak salah untuk mencuba perkara baharu. Saya yakin pendapatan tuan mesti lebih baik dari nuffnang memandangkan trafik dan ranking tuan pun sangat baik dikalangan blogger.

    Tahniah dan jemput ke blog saya yang tak seberapa.
    Pemikir recently posted..MAHA International 2012My Profile

    Reply
  2. lepakk.com

    Nuffnang tu apa? Mcm huduh je nama..booooo sama nuffnang…
    Blog pro tidak menggunakan perkhidmatan org tengah utk pengiklanan…
    Bro dah jadi blogger profesional yg berdiri diatas kaki sendiri.

    Reply
    1. hafizul Post author

      haha..macam dalam jer ayat pertama tu..emm bagus la bro dah jadi mcm tu..mesti sekarang tgh berbahagai kan..mana tidaknya usaha selama ni, penat lelah selama ni, memang berbaloi-baloi kan bro..hehe..tahniah buat kejayaan bro tu..

      Reply
      1. yusri

        gak demo letok ad tu baru berapo bule…gak loni UV demo mesti tinggi doh dok?kalu dang dapat BE sedap lah sikit income tu masuk…cerito memey sedap dok?kawe pun dok pernoh dapat cash out pun lagi padahal letok kat blog ad tu dari 2011 lagi…hahaha…keno cari alternatif ni…
        yusri recently posted..Wordless Wednesday #22 – Top Speed?My Profile

        Reply
        1. hafizul Post author

          ooo like that…baru sy tahu..tak apa blog cik tom memang puas hati kan tgok graf2 tu..macam sy pulak rasa menyampah kot bila tgok yang pondok kecil punya..hahaha

          Reply
  3. Pingback: 10 Blog Pilihan Terbaik | 3 Blog Pilihan Terbaik November — HAFIZMOHD.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge