Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ok. Selesema dan batuk merupakan dugaan paling sweet dalam hidup. Ini merupakan dugaan yang penuh kenikmatan yang harus ditempuhi dengan hati yang bersyukur. Tetiba teringat lirik lagu kalah dan menang nyanyian Mawi.
” Orang kita kata sakit itu bala… Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa… Bersabarlah walaupun kau sedang kecewa… “

Ofkos aku terasa sangat tidak kecewa. Dugaan itu datang dan pergi. Apa nak hairan kan. Haha.
Hari ni terasa ok sedikit. Batuk-batuk pun dah kurang setelah separuh ubat Wood ditelan. Cuma hidung dan paru-paru masih belum berfungsi dengan baik. Dia punya seksa nak menafas tu tuhan aje yang tahu.
Tapi bukan selalu. Kadang-kadang terasa macam sesak nafas. Lepas batuk barulah dia ok sedikit. Walaupun begitu, rutin harian masih belum terganggu dengan jayanya. Kerja part time dan kerja hakiki masih mampu diteruskan walaupun ada sedikit ketidaksempurnaannya.
Bila rasa tak sihat macam ni, mula la nak bermanja dengan isteri. Kelmarin isteri masak nasi lemak. Perghhh makanan kegemaran aku sejak dahulu lagi. Dah lama request nak makan nasi lemak isteri. Tapi kelmarin baru dibuatnya.
Sibuk la tu. Tang mana yang sibuknya, aku pun tak pasti. Haha.
Untung sangat dapat isteri yang pandai masak. Dulu memang tak pandai masak. Tapi lepas kawin dia punya masakan tu semakin ada kemajuan. Air tangan isteri ditambah pula dengan keikhlasan hati yang tulus mampu menjadikan hidangan itu sedap dan sangat bermakna.
Haha. Betul tak?
Dan setiap kali aku rasa kesedapan masakan isteri, terasa hilang nafsu untuk berkahwin dua. Terasa lenyap angan-angan untuk berbini muda. Terasa bahagia bagaikan dunia ini ana yang punya.
Itulah… Orang tua-tua selalu berpesan. Nak jaga suami ni senang jer…
Pertama, jaga perutnya… Kedua, jaga tempat tidurnya… InsyaAllah suami tak kan cari lain. Kecuali suami yang ada penyakit gatai tak tentu pasal. Haha.
Ok. Musim cuti sekolah dah bermula. Masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat bercuti kepada mereka yang diraikan. Bandar Jerteh macam biasa dia punya jem. Tak sampai level luar biasa lagi.
Dan aku macam biasa. Tak ada special kejutan untuk keluarga tersayang. Pagi kerja, petang kerja. Malam pula kerja layan anak isteri. Rilek bila tidur sahaja.
Tambahan pula, duit tak berapa nak rancak dia punya aliran masuk. Jadi, perancangan untuk ke Paris dan Maldives terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum pasti bila lagi. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Jaga kesihatan.. Bulan depan dah nak masuk bulan Ramadhan dah….
Hehe.. terima kasih bro… alhamdulillah.. dah sihat dah..
Sabar jela ye.. dugaan dari Allah tu
Yup..betul tu.. dugaan dari Allah untuk hamba yang Dia sayang..hehe
Jaga kesihatan dan moga-moga cepat sembuh.
InsyaAllah.. alhamdulillah dah sihat dah ni..hehe
Aloh Bro..baham batuk plok dh..tapi mujur la xteruk..hehe
Hok alohhhh… hola.. mujur sihat doh..hehe
sekali sekala batuk, apa lah salahnya.
pengubat dosa kann..
Ah ah… pengobat dosa.. biarnya hapus la ni la daripada seksa hari esoknya..haha
Penin juga kalau berbulan batuk tak lega2 ….tapi mungkin ada hikmah sebaliknya..pernah dulu batuk sampai nak tido pun payah
Yup… ada la tu hikmah yang tersembunyi..emm tak pernah lagi batuk teruk macam tu…
sekarang memang waktu selsema dan batuk.. jaga kesihatan banyak2
InsyaAllah.. terima kasih bro..hehe
sesekali tak sihat, semoga cepat sembuh
Hehe..itulah.. mujur lah jarang2 aje tak sihat..
Cuaca yang kadang panas kadang hujan macam musim sekarang ni memang senang untuk sakit kepada selesema. Mesti tidur dan minum air yang cukup untuk pulihan yang cepat.
Hehe..terima kasih atas nasihat yang diberikan…
sihat dah ke? selamat berpuasa ya
Sihat dahhhh.. Selamat berpuasa juga untuk akak..hehe
Hihi part berbini dua tu. Semua laki nak hahaha..
Mampu atau tak jelah. Mungkin mampu duit.tak tahu mampu ke tak nak melayan hehe
Duit memang kebanyakannya mampu la kan.. Tapi tang layanan tu memang tak semua yang mampu laksanakan dengan sempurna.. haha
badan suruh berehat tu bro..
selamat berpuasa…
Hehe.. dah sembuh sepenuhnya bro.. Alhamdulillah.. Selamat berpuasa juga untuk bro..hehe
Menyinggah… Ada hati la tu dok sebut³ selalu tu… Bersyukurlah isteri pandai masak. Tahniah na… Selamat berpuasa na
Hati memang ada.. cuma belum sampai masanya.. Hahahaha.. Alhamdulillah… dapat isteri yang sporting.. dan paling penting pandai jaga suami.. haha
Memula baca pasal selsema dan batuk – Alhamdulillah MJ dah sihat, sebelum puasa sakit dah terlebih dulu menyerang, BTW take care ye.
2nd part part memuji masakan isteri, wahh!! bahagia seorang isteri apabila suami makan masakan siap bertambah, walaupun masakan tu biasa2..
Betul MJ setuju suami ni 2 benda tu je paling penting kena jaga, kan? hahah
Haha.. Tahu tak apa.. memang kena jaga baik2 tu.. resepi turun termurun.. haha..
Jaga kesihatan dan Selamat Berpuasa 🙂
Hehe..terima kasih.. dan selamat berpuasa juga…
semoga cepat sembuh…
Dah sembuh dah.. ALhamdulillah.. Hehe
selamat berpuasa dan semoga kesihatan tetap terjaga…
InsyaAllah.. selamat berpuasa juga..hehe