Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Haru biru hidup aku sehari dua ni dek terkena selsema. Terkena pula semasa contest iphone 5 gadget impian sedang hangat berlangsung. Sebenarnya selsema yang dialami tak ada la teruk sangat. Tapi disebabkan oleh ketidakselesaan pada hidung, aktiviti blogging terganggu seketika. Nak fikirkan idea rasa terganggu jer. Duk main sok sek-sok sek. Bernafas pun macam tak lepas je. Untung juga selsema ni, boleh merehatkan badan sikit. Walaupun hakikat sebenar, di musim yang hangat dengan contest SEO ni, memang tak sesuai untuk aku terkena selsema ni. Entah ada harapan ke tidak untuk mengejar keyword tu. Masa yang ada tak sampai sebulan jer lagi.

Tak… Aku bukan minta simpati pihak penganjur, tapi luahan ikhlas dari pesakit hidung berair. Hehe.

Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian

Source : Google

Tidak mengapa kerana 3 contest SEO yang telah aku join untuk bulan ni. Ada la tu rezeki diantara 3 contest tersebut. Hehe. Untung aku menyertai contest SEO ni. Antara kelebihan yang jelas lagi nyata adalah pada kedudukan kekasih hati, Alexa. Memang cun habis. Hehe. Terima kasih kepada korang semua kerana dengan kehadiran korang semua membuatkan kedudukan Alexa pondok kecil berada di tahap yang baik. Terima kasih daun keladi buat korang semua.

Buat semua rakan blogger dan silent reader yang rindukan akan cerita di halaman pondok kecil, aku mintak maaf yer. Laman pondok kecil dah lama tak kemaskini. Harapan aku agar pembaca setia, sentiasa menantikan artikel terkini di halaman ini. Haha. Ayat ni macam ayat dari tuan punya blog yang dah popular kan? Emm mengada-ngada tak? Haha. Walau apa-apa pun persepsi korang semua dengan ayat tu, aku ucapkan terima kasih yer. Sebabnya berjaya juga aku buat korang semua tersenyum sinis dan rasa loya di anak tekak tu. Ishhh macam ayat dari lelaki kacak jer.

Serius…

Sekali – sekala dugaan datang menguji macam ni, terasa sedikit keinsafan. Keinsafan daripada dosa-dosa yang pernah aku lakukan dahulu. Mungkin dugaan macam ni boleh mengurangkan azab aku di hari pembalasan nanti. Ya aku terima dengan redha setiap dugaan yang di berikan. Ini bermakna aku adalah di antara berjuta-juta insan yang disayangi oleh Allah. Haha. Jangan jeles yer. Memang hakikat, dan aku harap korang semua terima dengan hati yang terbuka dan pasrah seadanya.

Buat mereka yang belum klik G+ untuk artikel iphone 5 gadget impian, sila lah bagi sokongan dengan menambah bilangan klik G+ yer. Sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban yang aku pikul ini. Hehe. Terima kasih.

Pondok kecil terkena selsema,

Terkena selsema bukan pada waktunya,

Apa nak kesah dugaan ku terima,

Ku hadapinya dengan hati yang gembira.

Alamak!!!

Tugasan ketiga untuk contest Denaihati dah keluarla. Terima kasih buat rakan blogger yang sudi memberikan infonya. Memang korang antara yang terbaik dalam bab menyetuh hati dan perasaan. Rasa terharu, rasa teruja dan rasa nak mengalir air mata. Ada juga yang perihatin pada pondok kecil, blog cincai ni. Hehe. Alamak, undi macam pilihan raya tuh. Tak apa nanti aku usahakan macam mana nak dapatkan undi tu. Emm nak letak poster ke, atau nak raih simpati dari rakan media sosial? Adoiii nantila aku fikirkan. Buat semua peserta contest iphone 5 gadget impian, jangan lupa undi pondok kecil yer.

p/s : Terima kasih pada kalian yang sentiasa singgah membaca di halaman pondok kecil. Korang nak selsema tak? Ni ada yang lebih ingat nak kongsikan dengan korang semua. Hehehehe.

38 thoughts on “Selsema Semasa Contest iPhone 5 Gadget Impian”

    1. Terima kasih ibu…memang tergugat aktiviti blogging bila kena mcm ni..adoiii..sekarang masa tulis komen ni pun masih semput untuk bernyawa..batuk jer yang belum lega lagi…selsema dah ok sikit…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *