Semakin Aku Sayang Nokia E71

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Zaman semakin maju. Teknologi pula berkembang dengan begitu pesat sekali. Begitu juga dengan perkhidmatan Internet. Sudah banyak pilihan. Pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Serta memuaskan hati apabila menggunakannya.

Aku Nak Beli Iphone 5s
Iphone 5S – Gadget Impian Setiap Blogger

Begitu juga dengan peredaran telefon pintar. Daripada reka bentuk sehinggalah kepada spesifikasi penggunaan, semuanya disediakan dalam pelbagai pilihan yang mana pilihan itu boleh mengaburkan mata sesetengah pihak. Juga boleh memporak perandakan kedamaian hawa nafsu.

Begitu juga dengan kehidupan aku sekarang ni. Kalau ikutkan hawa nafsu, nak pakai Iphone 5s dan juga Iphone 6 tu. Biar ketat poket kiri dan kanan. Sampaikan nak duduk pun susah. Itu kalau aku ikutkan kehendak hawa nafsu.

Tapi kalau ikutkan keperluan, aku dah cukup selesa dengan apa yang ada sekarang ni. Nokia E71, dah lama berkhidmat dan ada 1001 kenangan aku bersamanya. Lebih 3 tahun aku memakai telefon nokia E71. Kena lempar kat anak. Jatuh 10 anak tangga pun, masih lagi berfungsi dengan baik.

Walaupun tercampak bateri keluar. Masih ok dan paling seronok, housing tak pecah. Cuma tercalar aje.

Tetap boleh menerima dan menghantar mesej, buat panggilan, dan yang terbaru, boleh guna whatsapp. Itu yang membuatkan aku semakin sayang Nokia E71. Kelmarin, aku ke Kota Bharu. Aku singgah di KB Mall. Macam biasa. Bila masuk ke sini, aku akan pergi terus ke tingkat 3. Kawasan yang jual telefon bimbit sahaja.

Angan-angan nak beli smartphone ni, dah lama sangat terbuku di hati. Setiap kali aku tengok telefon kat kedai, setiap kali tu la aku tanya isteri.

“Ayang… Abang nak beli samsung Galaxy V boleh. Harga dia bawah RM300…”
“Tak boleh!!!”

Bila isteri kata macam tu, aku diam aje la.

Kelmarin, masa di KB Mall, aku call isteri.

“Ayang… Abang nak beli smartphone PHL buatan Malaysia tu boleh? Murah je. Tak sampai RM300…”
“Tak boleh!!!”

Ok. Masih tak lepas lagi.

Punyalah lama aku duk tenun smartphone PHL G-7 tu. Jenuh juga melayan kerenah promoter telefon tu. Haha.

“Awakkkk. Beli laaaa… Murah ni… Lagipun ini stok terhad. Tinggal satu ni jer… Beli untuk isteri ok juga…”

Aku pun balas dengan selambernya.

“Kalau nak beli untuk isteri, tak boleh dah la. Telefon ni satu jer tinggal…”

“Laaa… Kenapa pula tak boleh? Kan ada ni….” Promoter bertanya dengan penuh kehairanan.

“Ye la.. Isteri dua. Kalau nak beli, kena beli model sama. Kan nanti merajuk pulak diorang tu…” Jawap dengan muka yang serius. Haha.

“…………………………………………” Si promoter diam seribu bahasa

Aku pun seluk saku. Nokia E71 yang cute itu pun dikeluarkan. Ambil gambar telefon PHL G-7 tu.

Semakin Aku Sayang Nokia E71
Inilah dia PHL G-T buatan Malaysia

Selepas ambil gambar tu, aku tenun kembali Nokia E71. Tetiba hati aku terusik.

“Nokia E71 aku ni lagi canggih. Dah la cantik bentuknya. Kenapa aku tak perasan selama ni?”

Haha.

Dari saat tu juga, aku kuburkan angan-angan untuk beli smartphone. Sekarang ni, aku lebih sayangkan Nokia E71. Dan kasih sayang aku terhadap telefon tu semakin bertambah apabila nombor Celcom yang aku pakai sudah berjaya ‘Port-In’ ke Maxis.

Berbekalkan janji Maxis yang menawarkan penggunaan INTERNET PERCUMA sepanjang hayat, aku ‘on’ kan pakej data di telefon. Aku install perisian Whatsapp. Dah berjaya install. Juga berjaya hantar mesej kepada isteri.

whatsapp-nokia-e71
Nampak ganas ayatnya… Tapi inilah resepi kebahagiaan kami… Haha

Dalam beberapa jam lepas tu, aku pun check balance kredit. Wahhhh betul la janji Maxis ni. Tak terusik walaupun satu sen kredit aku. Leh guna whatsapp dengan percuma tanpa melanggan plan internet Maxis.

Ok. Daripada apa yang berlaku hari ni, semakin aku sayang Nokia E71 ni. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

30 thoughts on “Semakin Aku Sayang Nokia E71”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *