Senarai Peserta Giveaway Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dalam pertandingan yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu saudara Eizil. Alhamdulillah, pondok kecil juga tersenarai walaupun mendapat hadiah saguhati, namun aku bersyukur sangat. Tugasan yang aku siapkan mampu juga memenangi hati pihak juri dan juga penganjur. Hehe. Walaupun keputusan telah lama diumumkan, mungkin ada juga mereka yang belum mengetahuinya. Oleh yang demikian, sekiranya rakan pembaca ingin melihat siapakah pemenang-pemenangnya, boleh la melayari laman ini. Tahniah sekali lagi aku ucapkan pada mereka yang telah berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih, jangan berdukacita. Biasa la kan adat pertandingan, ada menang, ada kalah.

giveaway

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Sejujurnya sehingga hari ini emosi aku untuk kemaskini halaman pondok kecil sedikit terganggu. Kayap yang bertahta di badan aku semakin hari semakin menyerlah keaktifan dia. InsyaAllah esok aku dah buat temu janji dengan seseorang untuk mengambil daun herba untuk merawat kayap ini. Ubat yang doktor berikan mungkin makan masa yang lama untuk pulih. Oleh itu alternatif lain terpaksa aku ikhtiarkan agar penyakit ini segera sembuh. Begitu rindu untuk melawat rakan blogger sekalian. Korang semua doakan aku cepat sembuh yer. Petang tadi dapat mesej dari seorang kawan. Isi kandungan mesej berbunyi macam ni.

[quote style=”1″]xsoh agah r kyak blh bwk maut..pse2 la ank bni 2..ini uje pyh nk gli kbo..[/quote]

Haha. Punya baik hati kata-kata kawan sorang ni. Tak apa. Aku tahu dia memang suka mengusik. Never mind.

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang sudi menyertai giveaway pondok kecil. Dibawah ni aku senaraikan peserta giveaway pondok kecil. Kepada mereka yang dah simpan artikel penyertaan tu dalam draff, jangan simpan lama-lama. Kot nanti terlepas tarikh tutup pula. Hehe.

Senarai Peserta Giveaway Pondok Kecil :-

1. Sensasi2020

2. Fendy

3. Onlajer

4. Ohcikgu

5. Budak Felda

6. Akma Omar

7. Hatiputera

8. Hafiz

9. Wan Kaze

10. Ibu Mifzal

11. Anak ulu Cheka

12 . Dah Tamat

p/s : Terima kasih sekali lagi pada mereka yang sudi singgah membaca di blog pondok kecil. Sokongan korang semua amatlah bermakna dalam hidup aku sebagai seorang blogger sambilan.

25 thoughts on “Senarai Peserta Giveaway Pondok Kecil”

  1. Assalamualaikum…
    Salam sejahtera…..
    Salam 1 Malaysia….saudara Hafizul (PK).

    Saya doakan agar anda cepAT sembuh dengan penyakit (Kayap) yg anda hadapi. Carilah ikhtiar supaya ia tidak merebak lebih parah. Insya Allah…jika kita ikhtiar dan tawakal pasti menemui kejayaan.

    Wah…nama sensasi2020 di atas sekali, ingatkan dah jadi pemenangnya. Tahnaih yg dah menyertai, hanya tunggu masa tamat je, dan peniliaan drp juri (Hafizul sendiri kot). Semoga ada tuah untuk saya di sini.

    Tahniah juga buat Hafizul (PK) kerana kita sama-sama dapat saguhati di contest eizil.com tu. Dapat juga hadiah, setelah penat lelah, masa dan tenaga dicurah pada contest tu walaupun saguhati.

    Wassalam……..Good Luck.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *