Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah semangat untuk meneruskan perjuangan bersama Pondok Kecil masih belum pudar. Walaupun sering menghadapi masalah, namun semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang blogger masih kuat. Selepas dugaan broadband kena pukul hari tu, masalah kesihatan pula datang menguji. Siapa pernah terkena cirit birit? Mesti korang rasa macam mana aku rasa. Seksa dan amat menyedihkan. Huahuahua. Bila jadi macam ni teringat pada artikel rakan blogger yang bertajuk Masalah Blog + Kekangan Masa= Malas Update Blog. Disebabkan lama tinggalkan halaman blog, kemalasan untuk update blog tu terasa la jugak. Huhu.

sepetang bersama blogger

Beberapa hari terkena cirit birit membuatkan semangat untuk menulis hilang. Terkubur begitu sahaja. Terima kasih aku ucapkan pada korang semua yang setia melawat halaman pondok kecil. Berkenaan dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger tu, banyak juga perkara yang perlu aku fikirkan. Walau apa-apa pun yang aku fikir, ia tak kan mengubah niat aku. Aku tekad untuk pergi ke majlis tu. Semoga perjalanan aku ke sana akan dipermudahkan. Cukuplah dugaan aku tanggung di kampung halaman jer. Tempat orang, biarlah berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Terima kasih pada mereka yang sudi membantu aku. Kalau bukan jasa baik korang, aku tak berani nak daftarkan diri. Semoga Allah membalas jasa baik kamu satu hari nanti. Saat artikel ni ditulis, emosi aku tak berapa nak stabil sikit. Ada suka dan ada duka. Ibaratnya seperti perasaan seorang ibu yang akan berpisah dengan anak kesayangannya. Saat susah akan dilalui oleh semua mereka yang hendak berjaya. Saat perit dah dilalui oleh mereka yang sudah berjaya.

Semua dugaan untuk ke Majlis Sepetang Bersama Blogger aku jadikan sebagai batu asas untuk berjaya. Mungkin ini termasuk dalam beberapa langkah permulaan untuk berjaya. InsyaAllah. Entah macam mana aku nanti yer. Entah macam mana nak berhadapan dengan para blogger sekalian. Agak kekok sebenarnya. Dalam kegembiraan untuk menghadirkan diri ke majlis tu, hari ni aku diuji lagi dengan satu masalah. Aku rasa masalah ni tak sepatutnya timbul di saat genting seperti ni. Akhir bulan macam ni, memang akan terasa bebannya.

Kisahnya macam ni. Hari ni aku ke kedai service kereta. Kononnya nak buat alignment tayar dan juga tukar minyak hitam. Selepas mekanik membuang tayar untuk ditimbang, aku terima khabar berita yang kurang menyenangkan.

” Bang, tayar ada masalah ni. “

” Ha??? Masalah apa? ” Persoalan yang diluahkan dengan penuh perasaan ingin tahu.

” Tayar ni gelembung tepi. Tak sesuai untuk dipakai lagi “

” Alamak… Bala apa pulak ni. ” Luahan hati yang tak terungkap di bibir. Langkah ku hayun menuju ke kereta. Aku tengok gelembung pada tayar tu.

” Macam ni la. Pasang balik tayar ni dan sekiranya saya nak tukar, saya datang balik. Saya tak bawa duit lebih. ” Hanya kata-kata itu yang mampu aku luahkan sambil kaki melangkah menuju ke kerusi. Dalam benak fikiran banyak perkara difikirkan. Majlis tu aku daftarkan diri dah. Duit akhir-akhir bulan macam ni, mana nak cari. Paling-paling murah pun RM150 sebiji tayar. Kalau nak tukar mesti tukar dua-dua. RM300 mesti kena ada. Paling-paling busuk kena sediakan RM400.

sepetang bersama blogger

Emm tetiba pula teringat akan bank. Kalau aku rompak bank ok jugak kan. Haha. Kalau boleh jadi hollow man, dah lama aku kaya raya. Di dunia aje la terlepas. Di akhirat berat nanang kena pukul nanti. Emm ligat semacam jer otak aku nak fikir macam mana nak cari duit segera nih. Pinjam pada mak? Emm tak kot. Isteri? Dia pun tak ada duit. Kawan-kawan? Jauh panggang dari bara. Loan? Mana ada slip gaji. Haisshhh. Serba tak kena dah ni. Duduk pun tak selesa jer.

Kalau pergi dengan bas, pun masalah jugak. Kalau tawakal pergi dengan keadaan kereta macam ni, rasanya kena cubit 40 kali dengan isteri. Adoiii serba tak kena dah ni. #pening-peninglalat.

p/s : Kalau pergi mana tahu boleh dapat ipad. Mesti kembang kempis lubang hidung aku nanti. Haha.

49 thoughts on “Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013”

    1. Emm dugaan kan?awalnya pahit, akhirnya manis..hehe..kopitiam jerteh?nanti sy bgtau semula yer..

      psssttt – Kopitiam Jerteh sy masuk baru sekali sejak kewujudannya sekian lama…hahahaha..

    1. Ok bereh bos.harap masin mulut deme..haha..cabutan bertuah dapat ipad..kena pulak dapat percutian 6h5m tu..memang dugaan ni sy harap terjadi lagi untuk kali berikutnya..hahaha..tamak sy ni kan?huhu

  1. Bila gelembung dengan jalan di sini yang banyak berlubang ni, berisiko kalau nak jalan jauh sampai ke kl, saya pun gi naik bas jer, kalau bro nak naik bas juga, di kl bro boleh tumpang saya untuk ke mana-mana. 😀

    semoga semuanya dipermudahkan.

    1. Emm terima kasih Eizil..menarik juga tawaran eizil ni..hehe..ooo jalan kan sana tak berapa nak ok jugak ekk..tayar gelembung tu kes kuat terjun lubang ler tu..kalau bukan kerana nak pergi KL tak kan tahu tayar tu rosak..huhu

  2. Naik bas je bro. Senang. Dari hentian putra (kalau turun sini la) naik komuter ke kl sentral. Dari kl sentral naik LRT sampai Taman Jaya. LRT Taman Jaya tu dah dekat dengan Hotel Singgahsana. Jalan kaki pun sampai. Rasanya lagi mudah macam tu.

  3. Boh, tayar kalau gelembung lagu tu memang tak boleh pakai.
    Alternatif:
    1)try tukar tayar spare dulu.
    2)kalau ada modal sikit, tukar tayar 2nd hand dulu (boleh dapat bawah RM50 sebiji). tak semestinya kena tukar sepasang…
    3)naik bas ok jugak…buleh tidor sesuka hati…

  4. setuju kata bro yusri tu.. hehehe.. jangan cari yang baru sementara tengah terdesak macam ni. den pun selalu cari yang second hand je masa tengah sesak. tapi cari yang masih elok lah.. jangan cari yang bunga langsung tak ada.. tu macam menipu diri sendiri je tu.hahaha

  5. mujurlah dah check tayar sebelum pergi ke SBB. kalau tidak berhenti setengah jalan je nnt. semoga dipermudahkan segala urusan & selamat sampai ke sana.

    mana tahu dugaan ini akan diganti dengan rezeki menang hadiah cabutan bertuah 🙂

  6. Bahaya tu bro.. jangan buat pasal dgn tayar cam tu 🙂
    x join SBB2013 sbb x berani.. masa sgt cemburui Sop.. huhuhu
    harap akan dapat akan berpeluang join event denaihati 🙂

  7. mudah-mudah semua berjalan lancar. At least bro kena bersyukur ada peluang pergi ke SBB2013. Macam saya jauh benar. Langsung tidak dapat pergi. Konpom belanjanya bukan ratusan apatah lagi jika dalam musim Chinese New Year ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *