Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Peribahasa yang membawa maksud sebelum melakukan sesuatu perkara, hendak lah difikirkan dahulu baik dan buruk agar tidak berlakunya penyesalan di hari kelak. Dalam kehidupan ini, kita sering berhadapan dengan situasi seperti ini. Walaupun telah difikirkan semasak-masaknya namun perkara yang tak ingin berlaku tetap juga berlaku.

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak bergunaGambar : Google Images

Adakah ini namanya takdir? Mungkin ini adalah ketentuan dan suratan yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Terima dengan redha dan pasrah atas setiap apa yang berlaku. Tak guna kita merungut dan mengeluh untuk setiap perkara yang berlaku yang tak mungkin dapat kita perbetulkan kembali.

Tiada manusia yang sempurna dalam hayat ini. Terima lah hakikat yang diri kita memang tidak sempurna walaupun kita merasakan diri kita cukup sempurna. Akan ada juga cacat dan celanya yang kita sendiri tidak perasaan pada hakikat tersebut. Dulu, aku pun pernah melakukan kesalahan juga. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah. Seksanya waktu tu memang tak seorang pun yang dapat rasai.

Walaupun sedar akan hakikat ini, masih ramai lagi yang buat tak kesah dengan pribahasa ini. Adakah ia sudah tidak relevan untuk digunakan pada masa kini? Dah tahu apa yang kita buat tu salah, jangan lah cuba untuk mengulanginya lagi. Ada masa aku macam menyampah jer dengan mereka ni.

Masa buat salah tu, memang tak rasa bersalahnya. Tapi lepas kantoi, barulah nak menyesal. Selang beberapa hari, ulangi juga kesalahan yang sama. Tak ke tension namanya tu? Macam-macam perangai budak zaman sekarang ni kan? Selepas tu, mula lah nak menuding jari. Bertengkar pulak satu sama lain mempertahankan pendirian masing-masing. Ibarat kata, masing-masing cuba nak tegakkan benang yang basah. Mana lah tegang benang yang basah tu. Adoiii.

Korang mesti tak faham kan apa yang aku cuba merepek ni. Ok. Moral of the story, sebelum lakukan sesuatu perkara, tak kira baik dan buruk, fikir dulu semasak-masaknya. Fikirkan dulu kesan dan akibat daripada perbuatan yang bakal di lakukan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

p/s : Selamat membaca dan renung-renungkan.

29 thoughts on “Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna”

  1. Terima kasih di atas nasihat yang berguna…. Jadi, pengajarannya kena fikir dengan semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan…. Kalau tak…. Tanggunglah sendiri akibatnya….

    1. Emm tapi jangan lah selalu buat..biasanya kesalahan yang berulang ni, jenis kesalahan yang suka kita buat..hehe..kalau tak buat kesalahan tu sari, rasa macam tak aman jer hidup ni..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *