Setulus Kasih Zulaika

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setulus kasih Zulaika menceritakan perjalanan hidup seorang gadis bernama Zulaika. Seorang wanita yang berwawasan tinggi, masih menuntut di kolej, belum berkahwin, anak yatim piatu, cantik, lemah lembut, sopan dan seorang ahli sukarelawan AIDS. Zulaika ataupun lebih dikenali dengan nama Ika mempunyai kisah yang sangat menyentuh perasaan dan perjalanan hidupnya boleh memberikan kita teladan yang cukup bermakna.

setulus kasih zulaikaZulaika…

Permulaan gentir hidup Ika bermula dengan kematian ibu dan abangnya dalam nahas jalan raya beberapa tahun yang lepas. Semenjak kematian emak dan abangnya, ayahnya pula telah terjebak dengan masalah sosial yang melampau. Seorang penagih dadah, peminum arak, lupa akan agama Islam dan sebagainya lagi gejala negatif yang telah dilakukan.

Akibat daripada perilakunya yang buruk, ayahnya telah diuji Allah dengan ujian yang dasyat sekali. Buta penglihatan dan menghidap penyakit AIDS. Keperitan hidup Zulaika dialuinya dengan begitu tabah sekali. Segala kos sara hidup mereka sekeluarga, Ika yang menanggungnya. Berbekalkan duit pinjaman pengajiannya, Ika gunakan untuk perbelanjaan perubatan ayahnya setiap hari.

Suatu hari, selepas Ika keluar dari bank, dia telah diragut. Dan kejadian ragut itu telah menemukan beliau dengan seorang insan yang bernama Kamil. Maka dari situ bermulah kisah cinta romantik mereka berdua. Tanpa di sangka, Kamil dan Ika merupakan penuntut di kolej yang sama. Disebabkan perkara tu, ikatan cinta mereka berdua menjadi sangat rapat dari hari ke hari.

Selang beberapa bulan, Ika membawa Kamil pulang ke kampung halaman untuk bertemu ayahnya yang sakit tu. Dari situ, tahulah Kamil siapa Ika sebenarnya dan latar belakang keluarga Ika. Tidak lama kemudian, ayah Ika telah pergi untuk selama-lamanya. Kini tinggallah Ika sebatang kara dan hidup perlu diteruskan walau gentir mana pun dugaannya.

Tidak lama kemudian, Ika menerima sepucuk surat dari kamil. Kandunganya amat-amat memilukan hati Zulaika. Cinta mereka berdua tidak kekal lama.

Selepas beberapa tahun mereka berdua membawa haluan masing-masing, akhirnya mereka bertemu. Berjumpa di sebuah pusat kebajikan bekas penagih dadah. Semenjak itu, perhubungan cinta mereka berputik kembali.

Mengimbau kembali sejarah hidup Kamil yang lampau, Kamil masih mempunyai ayah dan ibu. Tetapi ibu dan ayahnya tidak sanggup untuk mengaku Kamil itu adalah anak mereka. Disebabkan beliau seorang penagih dadah yang tegar, telah membuatkan pintu hati ibu dan ayahnya tertutup untuk menerimanya kembali.

Namun segalanya berubah dengan kehadiran Ika. Ika telah membuka pintu hati ibu dan ayah Kamil untuk menerima semula anaknya. Kamil yang dulu, dan Kamil yang sekarang telah banyak berbeza. Disebabkan oleh perbezaan yang ketara itu, Zulaika mahu menjadi sebahagian daripada hidup Kamil yang sah. Walaupun mengetahui yang Kamil adalah penghidap HIV. Cinta suci Ika itu diteruskan juga walaupun Ika tahu risiko bila mengahwini seorang pesakit HIV positif.

Enam bulan selepas perkahwinanya, Kamil telah disahkan oleh Doktor menghidap penyakit AIDS. Semenjak dari hari itu, Kamil telah membuat keputusan untuk menceraikan Zulaika dan menjodohkan Ika dengan insan yang pernah melamarnya dahulu iaitu Mikail.

Ok. Dah penat aku taip panjang-panjang. Sebenarnya kisah ni aku petik daripada cerita setulus kasih. Cerita telefilem hebat sempena Maulidur Rasul 1435h di TV3 jam 10 malam. Ada bahagian aku edit tu, sila abaikan yer.

setulus kasih zulaikaPart akhir dalam cerita setulus kasih…

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah Setulus Hati Zulaika ialah :-

  1. Jangan hisap dadah dan jangan cari jalan mudah hilangkan tekanan hidup.
  2. Jangan menilai orang lain dari luaran sahaja.
  3. Mereka yang pernah buat salah, berhak mendapat peluang kedua.
  4. Jangan hanya pandai mengungkapkan rasa cinta dan sayang jika tak pandai nak realisasikan kesucian cinta tersebut.
  5. Percayalah, cinta itu buta.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

28 thoughts on “Setulus Kasih Zulaika

    1. hafizul Post author

      Oloh…nok tengok guano?demo kan bapa mithali..balik kerja duk main ngn anak-anak..duk teman anak-anak wak kerja sekolah..malam pulok, turn orang lain pulok..hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge