Simkad TuneTalk Sangat Mengecewakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman pertama menggunakan simkad TuneTalk sangat mengecewakan. Korang pernah pakai ke tidak simkad TuneTalk ni? Ataupun korang tak kenal apa itu simkad TuneTalk? Mustahil korang tak kenal. Kalau dah pakai, apa yang korang dapat simpulkan sepanjang penggunaan tersebut?

kecewa

Sekadar hiasan : Google images

Ok la… Meh aku cerita kenapa simkad TuneTalk sangat mengecewakan.

Pengalaman Pertama Menggunakan Simkad TuneTalk

Bab simkad ni, dah banyak sangat dah yang aku guna. Baik Celcom, Digi, Umobile, Maxis, OneXox ataupun Simkad Hantu (Gost) yang duk femes dulu boleh guna Internet Unlimited dengan tawaran harga yang giler melampau murahnya.

Simkad pertama, nombor pertama yang aku guna ialah Celcom. Masa tu baru habis tingkatan 5. Entah macam mana aku tersangat gatal nak pakai telefon masa tu. Mungkin juga terjebak dalam jerat percintaan yang agak serius. Haha.

Telefon pertama yang aku pakai ialah Nokia 3210. Mood gembira bila dapat tepon tu, tuhan aje yang tahu. Memang susah nak diluahkan dalam perkataan. Hanya reaksi dan gelagat aje yang mampu menceritakan betapa gembiranya aku masa tu.

Tambahan pula, masa tu talian telefon Celcom tak ada dikampung. Hanya segelintir kawasan aje yang ada. Dalam rumah memang fail habis. Tang cari line masa tu, memang giler-giler. Nak berSMS punya pasal. Gantung telefon pada kayu dekat atap. Bila bunyi mesej masuk, panjat dinding untuk ambil telefon.

Paling celaka, bila nak sent mesej. Macam monkey duk bergayut pada kayu semata-mata nak tunggu mesej berjaya di hantar. Bila diimbas kembali, ia suatu pengalaman yang sangat manis. Haha.

Ok. Lupakan cerita bab kenangan manis tu.

Dari telco Celcom, aku beralih arah pakai Maxis dengan menukar telco sahaja. Nombor lama dikekalkan. Sayang beb nak buang nombor lama. Bertahun dah pakai nombor ni. Simkad rosak dah berapa kali aku tukar.

Dan beberapa bulan yang lepas, terdetik hati untuk mencuba simkad TuneTalk. Yang duk tengah TOP sekarang ni. Yang boleh jana pendapatan sampingan secara tidak langsung. Dan bab jana pendapatan dengan Simkad TuneTalk ni aku tak cakna mana.

Mungkin perlahan-lahan aku cuba selongkar kot. Haha.

Aku hanya nak cuba apakah kehebatan Simkad Tune Talk yang korang duk bersohor sangat tu.

Sebulan lebih aku pakai Simkad Tune Talk. Ehhhhh… Dah nak masuk dua bulan kot.

Serius!!!! Memang menghampakan!!!

Kenapa???

1 – Mobile Data

Giler. Bab mobile data aje aku boleh jadi giler. Awalnya Top Up RM30. Dapat 1GB Free. Tak puas layan Internet FREE 1GB, aku top up RM50. Dapat 1.5GB Free + RM10 Kredit. Ini yang menjadikan aku semakin giler.

Browsing Internet perghhhhh. Laju kot. Internet FREE 1.5GB pun aku rasa macam tak cukup aje. Nampak gayanya semakin menjadi-jadi kegilaan aku dengan simkad tersebut.

Tak kan nak langgan data 5GB kot…

Dulu, sebelum pakai TuneTalk, tak ada nak giler sangat layan Internet. Sekarang ni, dapat Internet FREE jadi giler Internet pula. Inilah sebab pertama kenapa aku kecewa dan hampa dengan simkad TuneTalk. Boleh bikin hidup semakin tak keruan.

2 – Aplikasi TuneTalk Mobile

Ok. Sebenarnya aplikasi TuneTalk Mobile inilah yang menjeratnya aku untuk menulis artikel yang berbaur kehampaan ni. Mana tak hampa. Korang bayang la sendiri. Siap aje install aplikasi ini, minat dan “cinta” aku terhadap simkad TuneTalk ni semakin dalam. Semakin menjadi-jadi selepas selongkar apa yang ada dalam aplikasi tersebut.

Antara kandungan yang terdapat dalam aplikasi tersebut ialah :

simkad tunetalk

Kredit masih banyak…. Point pun semakin bertambah…

simkad tunetalk

Langganan mobile data serendah RM0.88 per 50MB

simkad tunetalk

Boleh top up selaluhhhhhh… Yeahhh…

simkad tunetalk

Wahhhh.. Auto Top Up pun adowwww…

Banyak lagi. Tapi itu je yang rajin aku kongsikan dengan korang semua. Untuk makluman, ini bukan simkad TuneTalk yang biasa tau. Ini simkad luar biasa dia punya aura. Boleh EMEL untuk sebarang pertanyaan. Haha.

simkad-tunetalk

Dia punya simkad sangat luar biasa… Haha

Secara keseluruhan :

Aku amat berpuas hati dengan pelaburan yang telah dilakukan…. Hampa dan kecewa dengan simkad TuneTalk???

Yup.. Hampa dan kecewa bila berada diluar kawasan liputan aje. Sebab tak leh layan Utube kat telefon. Hahahahaha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

21 thoughts on “Simkad TuneTalk Sangat Mengecewakan

    1. hafizul Post author

      Huhu.. saya tak join TE.. Pernah dgr gak dulu bab halal haram ni.. tapi itulah.. tak cakna mana sebab saya nak guna tawaran hebat diberikan oleh pihak TuneTalk aje.. Yang penting, data itu best! Haha…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge