Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Adakah anda sedang mencari software akaun untuk syarikat anda sendiri?
Tension dengan harga perisian akaun di pasaran?
Anda sekarang berada di tempat yang betul jika jawapannya adalah YA.
Dan anda sebaliknya jika jawapan anda adalah SEBALIKNYA. Haha.
Okeh. Straight to the point. Straight to the title…
Software Akaun Untuk Syarikat
Aku tahu, kebanyakan korang yang ada perniagaan sendiri, baik SDN. BHD ataupun Enterprise mesti ada sekurang-kurang satu akaun syarikat. Betul kan? Sila jangan tipu. Dan pelbagai aplikasi, teknik dan gaya yang boleh dilakukan untuk menghasilkan sebuah akaun yang ringkas. Cukup kemas dengan ada segala “PERKARA” yang diperlukan.
Baik Invoice, Cash Bill, Quotation, Peti Cash, rekod aliran duit keluar dan masuk dan pelbagai lagi.
Syarikat jenis Sendirian Berhad sememangnya tidak memerlukan kepada perisian akaun yang murah. Sebab depa semua ada modal yang cukup. Kebanyakan yang aku jumpa, mereka menggunakan Aplus Account System yang mana boleh diguna pakai untuk lima ke enam komputer.
Cukup lengkap dengan sistem pos.
Sejujurnya, aku sendiri agak kecewa dan terasa ada kedengkiannya disitu. Namun haruslah membuat kira-kira yang berhemah dan berjimat cermat. Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri. Jangan fikir tekak sendiri aje. Tekak anak bini pun nak kena jaga gak. Haha.
Walaupun begitu, tiada modal yang cukup untuk membeli perisian akaun syarikat bukanlah satu penghalang yang agak besar. Banyak lagi kot tawaran yang ada. Yang murah. Yang percuma pun ada.
Sebagai contoh, perisian yang diberi nama “MANAGER”. Intuit Quickbooks dan ada banyak lagi yang murah. Aku jer yang lupa namanya. Ada yang percuma juga tau. Tetapi kapak sungguh dia punya susah nak setup.
Akhirnya aku reda dan pasrah.
Terpaksa guna Microsoft Excel sampai la ni.

Kalau korang tak tahu cara nak buat akaun dengan Microsoft Excel, korang tak yah sedih-sedih la yer. Tak yah nak tension sana dan tension sini. Meh aku kongsikan dengan korang semua. Sebuah akaun dicipta khas daripada perisian Microsoft Excel.
Apa yang best sangat dengan sistem perakaunan ni???
- Tak perlu keluarkan kos membeli yang mahal. Jimat kos!
- Renew setiap tahun/bulan pun tak payah. Sekali bayar untuk seumur hidup.
- Menggunakan Microsoft Excel. Mana-mana komputer pun dah ada aplikasi ni. Tipulah kalau korang cakap korang tak ada Excel.
- Boleh jana laporan kewangan tau. Sila jangan buat muka tak percaya.
- Rekod debit dan kredit setiap urusniaga.
- Boleh diguna pakai lebih daripada satu perniagaan.
- Boleh mengubahsuai nama akauan mengikut citarasa korang. Tak ada batasan. Unlimited!
- Dah cukup tu. Nak lebih lagi? Boleh baca sendiri yer. Haha.
Ok. Aku malas nak sembang lagi bab ni.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah ni. Baca, fahami, dan buatlah keputusan yang bijak.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
ok nanti nak cuba tengok
Hehe.. Ok. Ada masa leh cuba-cuba tengok..
oh dah open balik ek..nanti nak terjah la..
Haha..sila terjah cepat2 cik tom yer..