Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Spam merupakan istilah daripada Stupid Pointless Annoying Message, maksudnya pesanan yang bodoh. Spam adalah sejenis gangguan dalam perhubungan internet dan spam yang paling terkenak adalah emel spam. Kebanyakan Spam adalah dibentuk melalui pengiklanan komersial, promosi produk, skim cepat kaya, skim cepat miskin dan lain-lainnya lagi. Menurut sumber, perkataan Spam berasal dari sketsa Monty Python yang bertajuk “SPAM”. Jalan cerita sketsa ini adalah mengenai sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging lunceon SPAM.
Spam juga mempunyai kategorinya yang tersendiri. Klasifikasi yang diberikan berpandukan kepada medium yang digunakan. Dibawah ini aku senaraikan beberapa jenis Spam secara umum yang mana ia sentiasa aktif di sekeliling kita. Antaranya :-
- Spam surat elektronik. Surat elektronik mungkin nama saintifik. Tapi biasanya aku panggil e-mel jer. Senang kan?
- Spam pesan instan. Mungkin ada juga pembaca yang belum mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pesan instan. Bahasa orang putih dipanggil Instant messaging. Nak senang faham, ingat chatting, ingat Instant messaging. Sebut chatting baru faham yer?
- Spam mesin pencari. Yang ini pula mungkin ada yang sudah memahaminya. Mesin pencari ni mengikut makna Bahasa orang putih dipanggil search engine. Search engine ni ada banyak. Dan salah satu yang tersohor yang selalu aku guna adalah Google. Yang ni la tempat korang cari maklumat yang korang kehendaki tu.
- Spam blog. Spam blog ni lebih kurang macam yang Akismet Stat duk halang tu la. Akismet Stat ni apa pula? Akismet Stat ni merupakan satu perisian yang dibangun bersama dengan platfon WordPress. Tujuan utama adalah untuk menghalang Spam dari terus merebak ke dalam blog. Keselamatan katakan.
- Banyak lagi jenis Spam yang terdapat di pasaran. Cuma aku tak berkesempatan nak study lebih.
Statistik Spam by Akismet Stat
Ok. Cukup dah aku rasa mukadimah berkenaan dengan Spam ni. Sekiranya korang rasa tak cukup, korang boleh la study nanti yer. Masa yang ada agak terhad untuk aku terangkan segalanya. Maklumlah, aku ni koya sibuk jer. Lepas update blog, buat taik mata. Tu yang sibuk memanjang tuh. Berkenaan dengan tajuk, Spam Is Now Registration On Your Site, aku ada sesuatu yang ingin disampaikan. Mungkin juga aku akan dapat sesuatu daripada perkongsian ni. Korang semua pandai-pandai. Kan?
Hari ni aku ada buka emel. Aku nampak emel yang bertajuk [Pondok Kecil] New User Registration. Lepas bukak emel tersebut, aku pelik dan hairan. Kenapa ada juga emel yang macam ni?
E-mail: oszcz8e4p@interia.pl
E-mail: arni@sld.gniezno.pl
Tak pernah aku jumpa emel macam ni. Ini kali pertama. Cari punya cari, gali punya gali, akhirnya aku jumpa la satu laman ni. Dia kata emel ni adalah emel spam yang mana berasal dari Negara Poland. Menurut statistik, Poland merupakan negara ke lapan yang terkenal dengan aktiviti Spam. Dibawah ni aku senaraikan negara yang mana menjadi top 10 dalam aktiviti Spam.
- Brasil
- Amerika Syarikat
- India
- Korea Selatan
- Turki
- Vietnam
- Republik Rakyat China
- Poland
- Rusia
- Argentina
Sekiranya korang nak tengok emel-emel lain yang berkaitan dengan spam ni, boleh la rujuk di sini. Mana tahu emel korang pun di anggap Spam. Itu sebab la selalunya bakul comment dalam blog aku kadang-kadang ada jugak emel korang yang Akismet anggap spam. Jenuh aku nak klik Not Spam. Tapi tak apa lah. Sekurangnya korang rajin tinggalkan komen di blog Pondok Kecil. Rajin singgah membaca walaupun artikel yang disediakan tidak sesedap nasi minyak lauk ayam merah. Tidak sesedap cendol banting. Tidak sesedap iphone 5 gadget impian. Kan? Terima kasih banyak-banyak.
Akhirnya aku mengambil inisiatif untuk membuang sahaja user yang daftarkan diri tu.
Satu lagi pengalaman berharga dalam dunia blogging. Terima kasih kehidupan kerana menghadiahkan satu pengalaman berharga ni.
Jika WP tak dimatikan fungsi register memang akan di salah gunakan mengingat blog ini boleh di akses siapa sahaja dan di mana sahaja.
Encik H-a-c-k juga senang masuk lewat pintu ini
Oneblogsocial recently posted..PC Dan Hosting
Ooo mcm tu ke?baru saya tahu..hehe..jangan la en hack tu lawat blog ni..blog ni tak ada yang menarik pun..huhu
spam basuh pinggan…spambob…hahaha
kalau takde spam tak meriahlah emel/blog…ke guane?
yusri recently posted..Wordless Wednesday #28 – Wanna Kiss Me?
Haha..jolo doh kalih..spam ni po penyeri lah dop..
po ajino…penyedap blog…
yusri recently posted..Hadiah Daripada Contest Pertama
Hahahaha..sedap laluh la ayat dia..
sedap kalu bab namboh ni..haha
yusri recently posted..Hadiah Daripada Contest Pertama
Haha..namboh bini hok sedap sengoti boh…hahahahaha
demo buwi hok parok selalu..haha
Haha..kawe mulut jah..hati dop brani..
tahu doh..hahaha
yusri recently posted..Hadiah Daripada Contest Pertama
dulu pun pernah jadi mcmni kat blog saya. tapi saya disable kan ruang utk pendaftaran user tu
Ladfe Amir recently posted..Saham Naik Lagi
Ya saya pun baru disable jugak pendaftaran tuh..serabut..asyik daftar kan diri aje spam ni..
mana2 pergi web ada spam..email mmg selalu dpt tapi tak akan buka
Try la buka sekali sekala..tengok apa yang jadi..hehe
spam ni satu industri pulak yek… dia org cari makan dgn buat spam ni kot 🙂
auc recently posted..Malaysia vs Arab Saudi | Perlawanan Persahabatan
Mungkin la kot..dah tugas dia nak buat mcm mana..hehe
Burger SPAM tu buat tertarik la pulok.. Haha
Hazmin Hamudin recently posted..Guru Hina Anggota Keselamatan Di Lahad Datu Telah Ditangkap
Hahaha..tertarik dan menarik ke?makan sebiji kenyang sampai ptg nih..
Yalah banyak yg memperkatakan spam tapi tak duulas secara detail, tahniah Hafizul memberi penerangan tentang SPAM ni, Sedikit sebanyak bolehlah berhati-hati dengan lebih lagi terhadap blog kita atau emel kita.
sensasi2020 recently posted..Apa Itu Usahawan Kecil?
Terima kasih saudara kamil..hehe..saya pun search dalam google jer maklumat ni..
sesekali dapat spam, penghibur hati
beribu kali spam, memang sakit hati
haha
TehR recently posted..Siapakah Yang Benar
Betul tu bro..harap jangan ada effect lain sudah la..
malaysia ni pun ramai gak spammer. haha..
titan recently posted..TeamHanna – Sudah berkubur. Selamat tinggal.
Entah la..semalam ada lagi yang daftar masuk..spam ni memang saje jer nak uji kesabaran org..haha..
aduyai..ada gak kedi berger spam ya..
blog sy bukan setakat spam..hacked pun selalu..huhu..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Google Adsense : Now Re-Enable
Mintak jauh la dari hacker ni..tak keruan hidup kalau blog kena hack..hehe
spam la sampai pecah selagi aku tak approve jangan harap akan tersiar heh
onlajer recently posted..Jom Ke Zoo Johor
haha..kasar nampak..saya kadang2 kena approve jugak..sebab yang kena spam tu emel rakan blogger..adoiii…
kalau rakan blogger dan yang kita kenal takpe ini ntah apa-apa ntah
onlajer recently posted..Terima Balasan Nanti
Hehe..tu la pasal kan?kalau kenal siapa yang punya kerja kan best…
memang menyusahkan spamming ni…
hafiz recently posted..Dapat cabutan bertuah dari Perodua
Emm jangan menyusahkan sampai tahap kritikal sudah..hehe
Spam ni mmg memeningkan kepala. Nasib baik jugak ada akismet..hehe
p.s: baru ambe tahu nama panjang SPAM =)
thanks bro PK berkongsi
hafizmd recently posted..5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!
Sama-sama..saya pun sekadar berkongsi apa yang saya cari sahaja..nak lebih, saya sendiri tak mahir bab spam ni..hehe