Sport Check Telefon Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Korang selaku isteri yang solehah, suka sangat ke sport check telefon suami? Sehari berapa kali? Haha.

Sport Check Telefon Suami

Macam-macam jawapan bila ditanya soalan : Salahkan seorang isteri check telefon suaminya???

Kita selaku suami mithali pula, cer cakap dengan jujur. Suka ke tidak isteri buat aktiviti macam tu? Sila bisikkan jawapan yang jujur di telinga isteri tersayang. Agar dia merasa sebuah kejujuran yang mungkin dah lama tak dirasainya. Haha.

Kita suami yang mithali ni, bukan suka sangat hipokrit ni. Tak seperti kata pujangga ‘depan isteri, pijak semut pun tak mati…’

Kita suami penuh dengan ciri-ciri teladan. Kita suami yang senantiasa memperbaiki kekurangan dalam mendidik isteri dan anak-anak. Kita juga suami yang mahukan sebuah keluarga yang berjaya dari setiap aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Jujurlah. Suami mana yang tak suka isteri selongkar telefon kan? Aku suka jer kalau isteri selongkar telefon bimbit. Berpegang pada berani kerana benar, takut kerana salah. Nak tengok, tengok la. Nak baca mesej baca la. Nak check call masuk dan keluar pun, sila check dengan hati yang gembira.

“Abangggg… Kenapa banyak sangat nombor telefon yang masuk tak ada nama ni??? Pempuan ke?”

“Ha ah… Masih muda dan suara serak-serak basah gitu…”

“……………………………………….”

Selagi ada kejujuran. Selagi itulah suasana aman dan damai mewarnai hubungan yang terjalin ini. Sekaligus akan menjernihkan lagi kepercayaan di hati masing-masing.

Aku dan isteri kalau nak ikutkan aku lagi kuat selongkar telefon bimbit. Maklum aje lah. Sekali sekala bimbang juga. Kot ada yang tersalah mesej “Hye awakkkk… Rindula… Jom breakfest sama-sama nak???”

Masa ni la kalau nak gaduh manja pun. Sebulan tak jamah masakan isteri, sikit pun tak rasa rindu. Haha.

Tapi aku percayakan isteri. Dia seorang yang baik hati. Dia juga seorang ibu dan isteri yang caring orangnya.

Kadang-kadang tu aku rasa:

“Ohhh luckynya saya dapat kawin dengan awakkkk…”
“Apa abang niiii.. Dah buang tabiat ke? Nak speaking la pulakkkk…” Sekali kena potong macam ni.

Hangin satu badan.

Ok. Terima kasih untuk keyword kat bawah ni. Siapalah yang kejam sangat tu buat isteri macam ni. Meluah rasa di laman google dia haa.

“Sabar aje la awak yer. Nanti kita sama-sama sekolahkan suami awak tu.”

Haha.

Sport Check Telefon Suami

Siapa yang punya kerja ni haaa???

Ok. Selamat membaca. Artikel yang merepek ini sekadar untuk menghiburkan. Tak kurang dan tak lebih.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

57 thoughts on “Sport Check Telefon Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge