Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ni, aku dikejutkan dengan statistik pageview blog yang meningkat naik dengan mendadaknya. Adakah ini berpunca daripada cubaan untuk hack blog ataupun korang sedang mencari sesuatu yang diluar jangkauan pemikiran aku. Semua ini tak mampu aku jawab dengan jawapan yang agak rasional.

Terkejut sakan juga sebenarnya. Selama memegang jawatan sebagai seorang blogger, inilah kali pertama aku dikejutkan dengan angka statistik yang tidak munasabah. Mungkin juga silap plugin statpress yang tersalah kira. Haha.
Aku hanyalah blogger sambilan sahaja. Blogger cap ayam yang menceritakan kisah peribadi buat duit secara online semata-mata. Bukan kisah gosip yang suka dibaca sepanjang zaman. Namun, berita yang aku terima ni, disambut dengan hati yang sangat gembira.
Lagipun, blog peribadi yang menceritakan kisah hidup seharian agak susah untuk menjerat traffic yang banyak. Aku rasa semacam jer ni. Ke ada yang tak puas hati dengan blog aku ekk? Ataupun korang sedang mencari kelemahan-kelemahan disetiap artikel yang tertulis? Ke korang nak cari tips buat duit di rumah?
Malas aku nak fikir semua ni. Janji korang gembira dan senyum selalu, itupun dah cukup baik untuk aku merasa nikmat kebahagiaan menjadi seorang blogger. Jangan pula korang berikan aku dugaan yang mengejutkan lagi.
Kesian aku nak hadap semua tu nanti. Dah la themes thesis dah rosak. Sedihnya hati ni tau.
Seram sejuk juga la aku tengok pageview blog pada tarikh 5 September 2014 yang lalu. Angka 39,816 pageview untuk sehari, itu memang tak masuk akal kalau nak dikira dengan logik. Patutla blog aku beberapa hari yang lalu susah nak masuk. Patutla juga keluar ayat “Resource Limit Is Reached”.
Nak tahu lebih lanjut pasal tu, korang boleh baca pada artikel yang bertajuk tiada apa yang istimewa hari ini. Tapi sayang, hari ni baru tahu semua ni. Haha.
Semua ini pengalaman manis sepanjang bergelar seorang blogger. Mungkin korang juga pernah lalui saat-saat manis macam ni. Betul tak?
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
hu3..tiba je mencanak naik yer…bro tak check ke keywors apa yang buat trafik banyak tu
Emm nak check lagu mana..tak tahu bro..hahaha
Fuh kejutan budaya tu. Kena maintain bro 🙂
Hehe..susah bro nak maintain ni..hehe
Statpress juga penyumbang kpd resource server. Bertukar pada jetpack stat yg lebih laju & xeffect performance website
boleh try jugak ni…tq for info boh…
Huhu..dah bertukar…terima kasih atas makluman ni..haha
boh…kalau hari-hari trafik macam tu memang bestlah…boleh tidur dgn jenerenya…huhu
Meme doh bohhhh…hok aloh..haha
Tahniah. .. sebab boleh dapat PV sampai 50K sehari. .. bilalah agaknya blog saya nak dapat PV harian sebanyak itu..
Huhu…nanti ada la tu masanya…
Ok la tu mencanak tinggi. hehehe. daripada traffik skit sahaja. 😀
Tapi ada masa fikir macam tak logik aje..macam ada menda tak kena aje..haha
Perghhhh…utk hari yg sama..berapa uv no boh? Deme try ar check entri mana yg ramai skodeng hari tu..hehe.
Terbaik boh!
Boh..themes ni lebih mesra mobile berbanding thesis..best
Hehe..terima kasih bro..lega hati tahu menda ni..haha
ambe tumpang lega boh…blog deme, sibuk2 mana pun..ambe singgoh baca jugoklah… =)
Alhamdulillah..terima kasih boh..deme meme sporting ha..hehe
waaa… kan dah kata 🙂 ada special touch on PK, menyorok lam semak kat belakang tu 🙂
Huhu..tak ada yang sorok pun..time ada kejutan, kiter citer..tak ada kejutan, senyap aje la..hahaha
mungkin trend dah berubah kot.. trend skrg suka baca artikel tentang suka baca kisah peribadi.kot.. heeee
apa2 pun tahniah bro..
Haha..mungkin juga la bro..hehe..terima kasih yer…
mungkin org dah insaf…alhamdulillah =)
not bad apa. banyak gak tu. haha
Banyak tu memang la banyak..tapi kenapa tidak hari2 macam tu..hahaha
hoho…kalu hari2..meme lene tido tu boh…
Hola..betul dah tu./.haha..tapi sayang..sekali tu jer dpt..haha
Ok la tu bro..blog aku pulak semalam jadi gila jugak dari segi trafiknya…biasanya satu hari pageview sekitar 450-550 tapi semalam lebih kurang 50 pageview je..turun mendadak tu..tak pasti apa sebab dia..
Emm kena juga ekk blog bro..mesti ada something yang kita tak tahu ni kan..haha
kurang sebab mereka lari ke blog pondok kecil ni kot? hehehehe
biasa tu kot…lumrah blogger naik dan turun adat permainan seo….mungkin Google.com sedang buat perubahan lagi…ekeke…
Hehe..mungkin la kot..kalau lepas ni dapat PR3 ke, PR4 tak apa gak..haha
ameen utk blog pondok kecil…yeayyyyh
minta curi sikit boleh heeee…kesian dekar cinta ni haa…hiiii
Haha..ambil la cahaya cinta..banyak pun tak apa..haha
terkejut sebab jumpa encik hantu ke sebab encik mimpi. bukan senang nak senang ini 😉
Haha..tak tahu lah Suri…encik mimpi tak apa..menghiburkan…
encik mimpi takpe…hehehehe
Luar biasa tu…tapi memang best kan trafik naik sampai berpuluh-puluh ribu pageviews…ohsem!
Ha ah..memang ohsem..tapi sayang..kali tu aje lah..bukan hari2..haha
Wow…terbaiklah.
Sebelum ni ada juga beberapa kali PV tetiba mencanak naik. Tapi memang jelas sebab entry yang dipublishkan tu mungkin hot tajuknya kot (heheheh…perasan).
Teruskan usaha bro.
Hehe..mungkin la tu kot..terima kasih bro..tak apa..perasan untuk kebaikan kan..hehe
itu dah cukup baik..semoga terus kekal macam tu!
Huhu..bukan senang nak kekal tu…terima kasih bro..
nak kekalkan unik mesti kental ni ahai..pk senyumlah luas bangat ya 🙂
Haha..senyum lah untuk hari tu sahaja..haha
bolehlah share apa rahsia tu ya.
Hehe..tak tahu sebab jadi lagu ni..nak share macam mana kan?hehe
Tahniah2…seronoknya 🙂
Hehe..terima kasih yer…
Tu mesti trafik dari calon exam W41 tu
Haha..entah la bro…tak pandai nak check..haha
Cerita pasal ape tu sampai berpuluh ribu pageview… semoga apa yang tercatat tu betul. Kalau macam tu suka sakan demo deh….
Hehe..entah la boh..kawe dop tahu nok check ho..rasanya silap kira je tu..haha
wahh bestnye mencanak naik..rezki tu ^_^
Hahaha..untuk hari tu aje la….