Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
“Kenapa menun semacam je banggg?”
“Lain macam jer sari dua ni…”“Stress tak ada duit la ni…”
“Nak beli apa-apa yang patut pun tak boleh… Nak bayar hutang PTPTN pun tak lepas. Dua bulan dah tunggak…”“Ooo tak ada duit ekk… Nak kawin dua ada duit pulak???”
“……..”

Jujur aku bagitau. Boleh jadi giler duk fikirkan duit. Mau tak stress. Nak tidur pun susah sekarang ni. Fikiran asyik melayang jer. Entah apa yang aku fikirkan pun tak tahulah. Boleh baca artikel yang bertajuk Cerita Seram Blogger Sepenuh Masa. InsyaAllah korang pun akan rasai keseramannya. Walaupun tak banyak, sikit pun jadilah. Haha.
Sebenarnya ada pekerjaan yang boleh membawa aku kearah hidup yang lebih senang. Antaranya :
- Belajar menjahit pakaian.
- Jual Burger.
- Jual panduan buat sistem perakaunan.
- Jual putu kat pasar malam.
- Jual baju kurung dan tudung neelofa ke rumah jiran tetangga.
- Dan sebagainya pekerjaan yang halal yang boleh menjamin masa depan keluarga.
Tapi itu semua tak kena dengan jiwa aku. Bukan susah sebenarnya nak meniaga dipasar malam. Tambahan pula, bulan puasa dah dekat. Boleh jer kalau nak berniaga di Bazar Ramadan.
Sekarang pun tempahan tapak untuk berniaga di Bazar Ramadan dah dibuka.
Cuma tak kena dengan selera aku jer.
Maklum la. Orang selalu cakap. Nak buat sesuatu biarlah ada minat. Kan?
Aku dah ada matlamat sebenarnya. Dah ada jalan untuk berniaga. Dah daftar pun dengan SSM. (Nama syarikat aku rahsiakan. Belum cukup syarat untuk diwar-warkan).
Tapi tersangkut pula dengan modal. Perniagaan yang ingin dilakukan ni, harus ada modal yang cukup. Modal tak boleh sekadar cukup-cukup makan jer.
“Bro… Komisen blog dah tak memberansangkan?”
Masih memberansangkan. Masih dapat komisen walaupun sikit. Tapi aku rasa macam nak ubah haluan kearah perniagaan offline pula. Komisen blog berkemungkinan akan menjadi sumber pendapatan kedua pula.
Buat duit dengan blog sangat menyeronokkan. Hampir dua tahun lebih berkecimpung dalam bidang ni. Hasil yang diperolehi, kalau dihitung balik, cecah RM5k untuk tempoh tersebut. Dan sejujurnya aku cakap, banyak yang sweet daripada yang sour.
Cuma sekarang ni, nak cari pengalaman baru dalam bidang perniagaan offline.
Hampir dua bulan jadi blogger sepenuh masa, ada beberapa perkhidmatan yang terpaksa aku tamatkan. Seperti perkhidmatan Autoresponder dan beberapa perkhidmatan online yang lain. Paling parah, ada perkhidmatan yang tersangkut dengan hutang. Kalau tak bayar dan terminate dalam masa terdekat ni, memang bertambah la hutang tu.
Dan berkemungkinan blog-blog mengarut yang aku ada terpaksa terminate dengan hati yang lara. Termasuk hosting hostgator. Dan hanya beberapa blog sahaja yang akan dikekalkan.
Serius. Aku sekarang ni betul-betul tak ada duit. Haha.
Sebelum keadaan bertambah parah, sebelum hutang piutang bertambah banyak, ada baiknya aku buat keputusan macam ni.
Inilah penyelesaian aku kepada masalah stressnya tak ada duit ni. Haha.
Jauh disudut hati, aku memang kecewa dengan diri aku sendiri. Tapi aku tak boleh nak terus menerus salahkan diri sendiri. Kena terima qada’ dan qadar dengan hati yang rela. Mungkin inilah dugaan yang harus aku tempuhi. Teruskan berdoa, teruskan berusaha, insyaAllah pasti ada jalannya.
Lagipun, masalah tak ada duit ni, bukan masalah besar sangat pun. Selagi cukup makan dan cukup pakainya, masih dalam kalangan mereka yang teruntung dan bertuah sebenarnya. Kan?
Ok. Aku malas nak sembang panjang bab duit ni. Hati ada rasa tersentuh dan mata ada rasa air yang akan mengalir. Jadi, pepandailah korang baca dan rasainya sendiri. Haha.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Berniaga sesuatu yang sangat best. Semoga berjaya dalam apa jua yang bro pilih. Good luck
Sabar.Itu adat orang bekerja sendiri.Saya dah rasa turun naik income dan time meletup.Walau tak minat pun kadang kadang terpaksa minatkan juga.Buat back up dan ingat yang pemberi rezeki tu selalu walau macam mana susah sekali pun.
Memang stress sangat.
Nak-nak nak kuar rumah pun dah kena stadby duit dah.
Takpe rezeki ada di mana-mana sahaja.
semoga demo selalu tabah dengan dugaan ini…
err…mcm tahu je company tu…hehe
jangan stress bro..saya faham keadaan dan keseraman bro ketika ini..
minta sahaja pada Allah SWT..bangun malam dan merintih berdoa agar segala perancangan dipermudahkan..
soal dunia kecik je bro..
betul bro kita memang stress bila banyak benda nak guna duit nih… botak kepala dibuatnya.. apepun jangan putus asas, kipidab
Ohhh… ada isteri seorang pun dah stress, inikan pulang beristeri dua. lagi la double stressnya… huhuhu
Jangan stress kalau takda duit, cari penyelesaian dari mengeluh tanpa tindakan…betul tak PK?
pk masih kerja lagi ek idak ini.konpius jap…
wah blogger sepenuh masa kita part time jer…
jom buat baju kurung macma saya heee..jibah ke idka stress katanya…
Betul, kena bangkit! Berusaha pasti ada jalan
PK, dhuha juga bantu untuk murah rezeki 😀
lu macam suruh gua berpoligami aje ni.
haha..
jgn kata nk poligami, nak monogami pun belum lagi aku ni.. hahaa…
banyakkan sedekah..insyallah Allah akan sentiasa mencukupkan apa yang ko rasa tak cukup..:D
Rezeki ada kat mana-mana. yang penting usaha. Try buat bisnes online, rasanya lagi masyuk kot dari offline,
Jangan putus asa bro…
Saya pun tak larat nak jaga banyak-banyak blog, melainkan kalau blog-blog yang dijaga boleh bagi duit tiap bulan. 🙂
kalau tak ada duit, jangan stress.
kena kerja. baru duit mari.
Bro . Moga dipermudahkan segala urusan tu yan bro..Insyallah kena usaha lebih sikit. Allah swt akan tunjukkan jalan Nya..
Tak cukup duit tidak mengapa, asalkan hutang tidak ada.
Tak ada duit memang stress.. lebih2 lagi kalau anak dah mula bersekolah… hari2 nak kena bagi duit belanja sekolah… berniaga secara offline kena istiqamah… kena berani berhadapan risiko… ada masa untung, ada masa rugi… kalau tak mampu nak bersabar, boleh tutup kedai dibuatnya.. apa2 pun good luck.. semoga berjaya dalam perniagaan yang bakal diceburi..
haha..mmg stress bila xde duit..jadi kena stiasa rajin..
Sabar, pasti ada jalan…
nah tunggu apa lagi smeua dah diberi jalan habis ini tak boleh ada lagi yang stress karena duit
duduk rumah ke keluar rumah ke semua guna duit hahaha mana tak stres 😛
zaman sekarang ni memang kena ada poket tepi
serius memang ngeri kalo takde duit, usaha betul2 mesti ade jalan kita mampu mengubahnya…
nak tergelak aku pada mulanya, tgk tajuk stress x da duit, tgk gambar penyelesaiannya adalah POLIGAMI, hehehe
kene buat bisnes sendiri klau nak lebihkan income dan hidup senang.. hehe
all the best untuk biz offline bro 😀
Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri, tidak terkecuali dengan kewangan. Berniaga secara offline adalah jslan terbaik. Kalau online ianya tak menentu. Apa pun semua itu perlukan usaha.
biasalah hidup ada naik turun. yang penting keep going on. dugaan yang datang unuk jadikan kita lagi hebat. moga bertambah lebatlah rezeki kita semua.
Betul tu, nak meniaga ni kena ada minat, baru la kita akan buat bersungguh2..
Sama la MJ pun kekadang ada merasa stress sebab bilamana nak beli sesuatu tapi tak dapat, kena tunggu dulu..hehee
Tapi takpe asal lepas makan minum semua perbelanjaan seharian dah bersyukur 🙂
Dah jadi blogger sepenuh masa ke boh? Apa pun tahniah.
Huhu..Sekarang dah jadi blogger part time semula..hehe..
Lama sudah tak menjenguk blog PK. Tetiba je artikel masalah kewangan yang memang sinonim dengan semua orang zaman sekarang. Takpe janji tak pening kepala menanggung hutang. Best of luck dengan bisnes baru.
Huhu..setakat ni, kena tanggung hutang pulak dah..haha..terima kasih azimah…aminnnn…
ni boleh buat hati wanita sakit… ki ki ki…
Haha..sakit sikit aje kakk…
macam mengajak orang kahwin banyak aje ni. hehe
tu lah, dah selalu sangat kempen pasal poligami. hahaha…
Haha..silalah kalau mampu..
kalau bisnes offline ni, better yang cepat sikit repeat order. contoh : (makanan mcm goreng pisang. )
nak lagi rare, goreng pisang cheese. 🙂
Huhu..saya tak pernah makan lagi goreng pisang cheese…tak tahu la macam mana rasanya..haha
saya pula terlebih pula duit.. sampai tak tahu nak guna duit utk apa. .heeee.. gurau jeee. haaaa
Hehe..mak aii..macam seronok aje gurauan macam ni..haha
masa komen tu, baru baca separuh artikel.. jgn mareeee. heeee
Try jual air kat bazar ramadhan bro.
atau tepi jalan.. bulan puasa nie kekadang org malas nak ke bazar sebab ramai sangat org.. so jual tepi jalan pun akan dapat sambutan..
bisnes air margin tinggi.. so mmg bagus buat duit….
Huhu..terima kasih bro..Akan dipertimbangkan..hehe..
sekarang ni semua benda perlukan duit, insha allah jika rajin usaha pasti ada hasilnya
Yup..betul tu aju..kena rajin-rajin lah cari duit kalau nak duit..hehe
Berniaga apa akhirnya tu..?hehehe..semoga segala masalah dipermudahkan hendakNya.
Berniaga barang-barang komputer aje kak..haha..Aminnn…
tambahkan isteri maka rezeki akan masuk cepat..teringat saya kisah para sahabat dulu-dulu..
kesempitan rezeki boleh diatasi dengan kahwin baru..tapi plz jangan ambik serious pulak
Hahahaha..macam sedap aje statement bro ni..nak kena praktik barulah tahu hasilnya macam mana..haha
duit mana duit aku nak duit nak beli itu ini hu…
Ada celah bantal tu Suri..pergi la ambik..hahaha
Mmg pandai lelaki.. nak kawen dua ada duit pulak yeeee…
Hahaha… Kawin dua.. Memang selalunya akan ada duit..haha
Setuju sangat-sangat yang penting adalah usaha kita perlulah kuat dan kental dengan ilmu secukupnya
Yup..betul tu kan..hehe..terima kasih atas nasihat ni..
inilah namanya, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
kadang-kadang bila time tak ada duit ni lah macam-macam idea keluar kat kepala fikir macam mana cara nak buat duit.
Yup..betul gak tu..hehe..tapi pelaksanaannya tu belum tentu buat lagi..hehe
kalau pikirkan duit sangat memang tak lalu makan nanti.. yang penting kena usaha
tapi bila takde duit jangan lah cuba2 nak berpoligami.. kopak duit nanti
Tahu tak apa..jangan dicuba-cuba..kan merana jiwa raga..hehe
Yup..usaha itu yang penting..hehe
Memang perlulah duit-duit sampingan di zaman ekonomi yang kurang best sekarang ini.
tu la..memang betul walaupun duit bukan segala-galanya.. tapi segala-galanya perlukan duit.