Stroke – Ya Allah Aku Redha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Stroke atau kebiasaan dipanggil angin ahmar. Angin ahmar merupakan satu penyakit yang mengakibatkan gejala lumruh seluruh badan ataupun sebelah badan. Kejadian ini berlaku apabila salurah darah tersumbat dan mengakibat bekalan darah ke otak mengalami gangguan. Disebabkan otak tidak menerima bekalan darah yang mencukupi, ia memberi kesan juga pada bekalan oksigen. Kesan daripada kekurangan bekalan oksigen, sel-sel otak akan cepat mati dan sekaligus menyebabkan sebahagian anggota badan yang dikawal otak juga tidak berfungsi.

Kredit : Google

Angin ahmar sekiranya tidak dirawat dengan segera, peratusan untuk lumpuh akan tinggi. Angin ahmar juga boleh membawa kepada kematian sekiranya ia tidak dicegah dan dikesan di peringkat awal. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kejadian angin ahmar berlaku pada setiap 45 saat. Nisbah kematian untuk penyakit angin ahmar dikalangan lelaki dan perempuan adalah 2:3 yang mana 2 adalah dari kalangan lelaki dan 3 pula adalah di kalangan perempuan.

Sedikit pengenalan kepada gejala angin ahmar yang mampu aku kongsikan dengan korang semua. Kelmarin dan hari ni, aku rasa badan aku ni pelik jer. Kelmarin, sehari suntuk aku merasa kebas pada bahagian tapak kaki. Hari ni pula rasa kebas di lengan sampailah ke jari. Cuma yang menjadi persoalan aku, kenapa bahagian badan sebelah kanan sahaja yang rasa kebas ni. Badan sebelah kiri ok jer. Entah esok apa pula dugaan yang Allah berikan.

Semasa sedang minum dengan kawan aku pagi tadi, aku ada bertanyakan pada beliau. Kenapa tangan dan kaki aku sebelah kanan terasa kebas. Selamber jer dia menjawab. Tanda-tanda nak kena stroke kot. Alamak. Kenapa pagi-pagi dah ada yang nak mengganggu emosi aku yer. Kenapa jawapan tu yang aku terima? Kalau lah ditakdirkan aku akan menerima dugaan macam ni, aku redha dan aku pasrah. Mungkin hadiah daripada sang pencipta untuk perangai buruk aku yang lepas.

Kredit : Google

Kaki aku terasa terikat setiap kali hati ini terdetik untuk ke klinik. Aku tak sanggup menerima kata-kata dari seorang yang pakar dalam kesihatan. Aku tak bersedia. Masih banyak perkara yang belum aku selesaikan dalam hidup ni. Masih banyak perkara yang belum aku sempurnakan untuk kehidupan keluarga aku ni. Selesai minum, aku terus berjumpa dengan pakcik Google. Aku tahu dalam isi perut pakcik Google banyak perkara yang akan aku dapat berkenaan dengan penyakit stroke ni.

Berdasarkan kepada petanda-petanda gejala angin ahmar, ada satu yang berkaitan dengan aku rasa sekarang ni. Ya aku rasa kebas dan menaip pun tak selesa. Stroke terbahahagi kepada dua jenis iaitu stroke pendarahan dan stroke iskemia. Gejala dan petanda-petanda angin ahmar bergantung kepada jenisnya dan bahagian otak yang terlibat. Dibawah ni aku kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan petanda-petanda dan puncanya. Petanda-petanda yang aku kongsikan ini adalah umum dan tidak terperinci mengikut jenis stroke dan bahagian otak yang terlibat.

Petanda-petanda angin ahmar.

1. Kelemahan otot atau kekebasan anggota badan

2. Perubahan deria hidu, rasa, pendengaran, atau penglihatan

3. Tidak berupaya untuk memusingkan kepala. Gerak kepala ke kanan ke kiri. Kalau kepala boleh pusing 360 darjah, tu bukan gejala stroke. Tu namanya hantu tocang dah tu. Haha.

4. Kelayuan kelopak mata dan kelemahan otot-otot okulus. Otot-otot okulus meliputi bola mata, saraf otak dan tonika okuli. Tonika okuli adalah kornea dan sklera. Nak tahu apa itu sklera dan kornea, korang cari sendiri. Haha. Kejam tak aku? Sakit-sakit pun masih nak kejam kan?

5. Anak mata tidak aktif terhadap cahaya. Tapi kalau dalam gelap, boleh skodeng orang mandi, tu dah gejala stroke yang amat melampau. Tahap kritikal.

5. Kadar pernafasan dan denyutan jantung mengalami perubahan.

6. Lidah tidak mampu nak menjelir atau menggerakkannya. Kalau korang suka main jelir lidah, korang patut bersyukur kalau dapat gejala ni. Sebabnya orang tua kata main jelir lidah ni tak senonoh. Bab jelir lidah ni mengingatkan kisah masa kecil dahulu. Mak selalu kata, “Tak baik kalau suka menjelirkan lidah. Nanti bangun tidur, lidah dah tak ada”.

Setiap perkara yang berlaku, ada puncanya. Sama juga dengan stroke ni. Orang jatuh cinta pun ada puncanya. Orang kawin pun ada puncanya. Kita hidup ni pun, ada puncanya. Pendek kata, semua hal dalam dunia ni, ada puncanya.

Punca Angin Ahmar

1. Merokok. Kadang-kadang bila sentuh topik merokok ni, aku teringat akan alasan perokok tegar. Pertama, kalau berhenti merokok, pendapatan negara akan terjejas. Kedua, orang tak merokok pun kena stroke juga.

2. Faktor usia. Biasala manusia. Makin lama makin berusia. Tak kan selamanya muda dan remaja. Bila dah berumur, kalau tak jaga kesihatan dengan baik, macam-macam penyakit datang. Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, semua itu merupakan risiko kepada penyakit ini.

Aik? Sikit jer punca stroke ni? Haha. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi, korang cari sendiri yer. Sebab aku tak ada banyak masa nak study benda ni. Maklum la kat rumah masalah 3G tak selesai lagi. Ni pun tumpang buat kat pejabat jer. Kalau bos aku tahu, jenuh la aku nak menjawabnya. Apa yang penting, aku buat ni masa free. Bila sebut masa free, nantikan ada yang mengata. Ha masa free banyak pun kerja tertangguh lagi? Emm what ever. Who the bos right now. You or me? Hahaha.

p/s : Aku terpaksa kuatkan semangat untuk menaip artikel ni. Walaupun jari jemari aku terasa begitu tak selesa untuk menaip. Aku tahu aku akan dapat sesuatu daripada artikel ni. Mungkin ada rakan pembaca yang nak kongsikan tentang pengalaman kena stroke, boleh la berkongsi diruangan komen dibawah.

54 thoughts on “Stroke – Ya Allah Aku Redha

    1. hafizul Post author

      Hahaha..tok sir kawe g ngurut nagn dia..kawe g doh skali..tak leh tahan dia urut kuat sgt..hehe..kena g release tension air panas bokalih..haha

      Reply
  1. diana

    rasa berdebar2 je baca post ni takut2 ada tanda2 yang sama dengan yang tertulis tu..huhu..mujur la tak de..tapi masa akan datang tak tahu la..makin hari makin tua,bukan makin muda..beringt je la.
    diana recently posted..KING OF AMBITIONMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Terima kasih sangat kerana kongsikan maklumat berguna nih..alhamdulillah..boleh baca dan tambah ilmu sikit..bila dah tua macam2 akan rasai..kan?

      Reply
  2. matpapaya

    asssaalam…sy mr. matpapaya….nk kongsi penyakit stroke??? ya…sy telah diserang stroke pd 1/6/2013 baru ni, hanya Allah yag tau betapa seksanya stroke ni. Sy pernah sakit n accident patah riuk tp stroke sgt2 berat utk dtanggung.
    okey…!st of all..sintom pertama saya rasa kebas kiri..semalaman sy kena attack 3 kali sebelum tidur.bila bangun nak solat subuh..sy lumpuh sebelah kiri n wife x larat nak pikul sbb sy seberat 82kg.Sy aktif bersukan bdminton n futsal..bdn x gemuk cuma kerangka kasar.
    seringkas mungkin sy bg tips…andainya mulut herot,cucuklah cuping telinga dengan jarum peniti atau bahagian jari.Mulut sy herot teruk,alhamdulillah..5-10 minit..kembali asal setelah wife cucuk.Bukan dari org lain,,,tp saya sendiri.
    Kini,sy dah dapat bjalan,cuma kaki kiri x stabil lagi(Masuk 4 bulan dah,,) student sy ada yg simpati,ada yg sinis dan mcm@ lg..insyaallah sy tabahkan hati dengan ujiaan Allah ni..ada banyak hikmat sebaliknya.Nak kongsi lg?..insyaallah p[ada lain masa sbb jari saya agak kaku kini assalam.

    Reply
  3. zainab

    Assalam saudara Hafizul..
    Disamping exersice yang kita lakukan ..saya rasa kita perlu ambil supplement bagi melancarkan proses dalam badan kita.
    Menjelang peningkatan usia sel-sel dalam badan kita juga turut menurun fungsinya.
    Kalau ingin mencuba boleh hubungi saya.
    pm/whatsapp : 0192523868 .

    Reply
  4. Erma Aiyrin

    Boleh cerita balik,mcm mana boleh sihat?n amal kan Cara apa Rawatan apa..sy sedang mengalami sekarang.

    Reply
    1. hafizul Post author

      saya makan ubat saraf sahaja.. Pergi jumpa doktor klinik dan dia bagi ubat tu.. Alhamdulillah.. pas makan dah kembali normal.. tapi kadang-kadang tu masih ada rasa kebas.. jarang-jarang sahaja..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge