Suami Makan Tak Ikut Selera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Buat kaum-kaum isteri yang mana mempunyai suami yang makan tak ikut selera, sila jaga baik-baik. Sila sayang ketat-ketat. Sila cintai walaupun semakin hari kulit semakin berkedut. Sila wujudkan perasaan bahagia sebagaimana menikmati suasana malam pertama. Sila mengekalkan dan menambah lagi kebahagian sedia ada sampai ke Jannah. Ok?

Sekadar hiasan : Google Images

Untung sangat dapat suami makan tak ikut selera. Tapi kadang-kadang aku hairan juga. Kalau suami memilih, para bini complain. Kalau suami punya selera hentam sahaja, si bini tetap juga complain. Aku hairan sangat.

Kenapa ehh korang kaum bini-bini suka complain?

Bini yang cerewet memang suka complain kan? Tapi korang yang baca ni, mesti bini yang baik. Mesti hati korang sebaik bini aku kan? Kan???

Bukan kata orang lain. Tapi kalau terasa, itu hanya sekadar kebetulan sahaja.

Sejujurnya…

Kalau bab makan, aku tak kesah mana pun. Asalkan halal dan tidak memudaratkan. Awal perkahwinan dulu, bini aku memang tak pandai masak. Alahhhhh setakat goreng ikan, goreng telur, rebus telur masak separuh, itu memang dia handal.

Tapi bila masuk bab “gulai”, memang hancur.

Daging masak merah, daging masak kicap, ayam kerutuk, asam pedas ikan merah, patin masak tempoyak, ikan siakap 3 rasa, dia memang terrer bab order kat kedai.

Nak masak sendiri? Emmm memang tak.

“Maaf yang. Abang cakap yang benar sahaja.”

Ini cerita dihari pertama selepas kahwin.

Tapi sekarang, dah masuk sembilan tahun kawin, perghhhhhhh. Pantang order.

“Yangggg, masak ikan siakap 4 rasa. Masam lebih, pahit lebih, masin lebih. Cuma manis je yang kurang sebab ayang dah manis…”

Pantang order. Mesti dibuatnya. Menjadi pulak tu. Kadang-kadang aku rasa bini aku patut resign kerja. Bukak warung kopi. Mesti meletup. Letak pula perawan atau janda.

” Abang pilih yang mana. Perawan atau janda. Perawan memang menawan, janda lebih menggoda. “

Tu dia.. Punya sedap korang nyanyi kan?

Tapi itulah. Bila aku buka cerita bab kedai makan, dia mesti suka ha ha ha ha.

“Elehhh nak buka kedai makan. Orang makan pagi, kena masak jam 4 pagi. Abang subuh pun sipi-sipi nak habis waktu solatnya. Ada hati suruh ayang buka warung kopi…”

Aku lagi yang kena. Ehhh suami memang susah bangun awal kan?? Kan???

Kalau dikenangkan kembali masa mula-mula kawin sampai la ni, banyak perubahan yang paling ketara. Bini tak pandai masak, dah pandai masak. Sedap pula tu.

Walaupun masakan dia selalu sedap-sedap, perut aku tak juga gemuknya. Tak ada kemajuan pada perut.

Kadang-kadang aku hairan. Kenapa tang perut suami korang nak pertikaikan kebahagiaan?

“Ehhh bro… Perut cam tak berubah pun. Slim je. Tak bahagia ke hidup dengan bini???”

Amboi mulut korang kan…. Apa boleh buat, dimata korang bahagianya perkahwinan itu terletak pada perut suami aje kan?

Dan tu ramai jer aku tengok perempuan montel dengan lelaki kurus. Elok je bahagia sampai mati. Kan?

Ramai dah yang aku jumpa, asal perut tak boroi, mesti cop tak bahagia. Asal perut boroi, ha dialah hidup yang paling bahagia.

Come on… Bahagia itu subjektif. Susah untuk dihuraikan dengan penglihatan semata-mata. Ianya tersirat.

Jadi, kalau korang dapat suami yang makan tak ikut selera, korang sebenarnya beruntung. Sangat beruntung. Kena hargai lebih istimewa lagi.

Korang pun tak payah pening-pening nak fikirkan menu. Masak je telur dadar dengan nasi panas. Perghhh sedap.

Tapi jangan pula melampaui batas. Seminggu makan telur dadar sama nasi panas, aku pun hangin satu badan. Suami yang sengaja hipokrit pun tak mampu nak tahan menu sama setiap minggu.

Jangan diambil kesempatan diatas selera suami yang tak berbelah bagi tu. Kan dia buka cawangan lain baru padan muka. Haha.

Ok. Bagaimana pula dengan suami korang? Mesti kami kaum suami ni makan tak ikut selera kan?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

10 thoughts on “Suami Makan Tak Ikut Selera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge