Sugar Glider Yang Popular

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali dalam hidup aku mendengar perkataan Sugar Glider. Seorang sahabat baik telah membela Sugar Glider dan walaupun hanya melihat dalam gambar sahaja, namun aku begitu teruja untuk melihat sendiri macam mana rupa paras Sugar Glider ni. Malam ni terasa nak kongsi sedikit cerita berkenaan dengan Sugar Glider yang popular ini. Walaupun hakikatnya haiwan ini telah lama hidup dimuka bumi, namun ia sentiasa menjadi perhatian penggemar haiwan peliharaan.

Tahukah Anda?

Sugar Glider adalah merupakan sejenis haiwan yang boleh didapati di seluruh bahagian Utara dan Timur Tanah Besar Australia, Tasmania, Papua New Guinea dan beberapa jenis kepulauan lagi termasukkan Indonesia dan Kepulauan Bismarck. Haiwan ini telah diperkenalkan di Tasmania pada tahun 1835 dan ia menghabiskan masanya dengan berada di atas pokok dan lubang pada pokok dijadikan sebagai tempat tinggal.

sugar galider yang popular

Haiwan ini dikategorikan sebagai haiwan yang sama spesis dengan kanggaroo kerana Sugar Glider betina mempunyai poket sebagai tempat berlindung untuk anaknya. Rupa paras yang sangat kacak dengan matanya yang agak luas dan coraknya sungguh menarik. Ia mempunyai keupayaan untuk meluncur di udara sama seperti tupai terbang. Sifatnya yang suka dimanja menjadikan ia sebagai impian yang harus dimiliki walaupun harganya yang agak mahal.

Waktu siang ia lebih gemar menghabiskan masanya di dalam sarang manakala di waktu malam ia begitu aktif mencari makanan. Sepanjang malam ia akan memburu serangga dan disebabkan oleh pemakanan mereka yang gemar makan madu bunga dan getah kayu putih di dalam hutan menjadi penyebab kepada gelaran Sugar Glider. Sugar Glider senang dijinakkan kerana ia mempunyai sifat semulajadi yang cenderung kepada ikatan yang baik serta berkasih sayang. Pemilik Sugar Glider juga haruslah selalu bermain dan bermanja dengan Sugar Glider. Ini penting kerana ia boleh mempercepatkan lagi proses menjinakkan Sugar Glider tersebut. Sugar Glider menggunakan deria bau untuk mengenal pasti siapakah pemiliknya.

Saiz tubuh haiwan ini kalau diukur dari hidung hingga ke hujung ekor adalah kira-kira 24 hingga 30 cm. Pada waktu malam, mata yang besar akan membantu haiwan ini untuk melihat serangga dan telinganya bergerak untuk mengesan mangsa dalam gelap. Begitulah kehebatan sang pencipta. Terdapat beberapa kelenjar bau yang terletak pada tubuh haiwan ini iaitu di hadapan (dahi) dan dada. Kegunaan deria untuk menandakan bahawasanya haiwan itu adalah haiwan jantan.

Aku rasa setakat ni jer yang mampu aku cari dan kongsikan di ruangan pondok kecil ini. Beberapa persoalan telahpun terjawab berkenaan dengan haiwan yang popular ini. Sekiranya korang semua ada pengalaman memelihara haiwan ni, sudi-sudi kan lah berkongsi di ruangan komen dibawah yer. Hehe.

p/s : Contest iphone 5 sedang hangat berlangsung. Kalau korang semua tak keberatan dan baik hati, sudilah kiranya sokong pondok kecil untuk meraih bilangan G +1 yang paling banyak dengan menekan butang G+ yang terdapat di ruangan artikel iphone 5 gadget impian ni. Terima kasih atas sokongan korang semua.

64 thoughts on “Sugar Glider Yang Popular

    1. hafizul Post author

      Hehe..itu la bro..sy kalau murah dan tak cerewet dalam penjagaannya dah lama sy beli..hehe..bagi mereka yang hidup keseorangan, haiwan ni sangat sesuai dijadikan peneman..hehe

      Reply
        1. hafizul Post author

          Emm terasa memang nak bela..tapi resiko bila anak mengamuk nak main ngn sugar nanti masalah la..tak pasal2 di kenyetkan sugar glider yang comel tu..rugi saje2..haha

          Reply
  1. hairul

    Bawu beli seekor dua hari lepas.name die jojie.pd mulanya was2 juge nk pegang..tp bile tgok tang matanya yg bulat, hati jd tertawan..huhuhu..try pegang mulanya x gigit..tp maybe second round die terkejut ke ape trus je gigit..tp x skit sgt..nie nk cept2 cri kn jojie kwn supaye pas nie die x lonely lg..

    Reply
  2. hairul

    dh booking , next week sampai..nie skunk dh start kenal tuan..hbis baju tuan nyer kene gunting tuk jd kn pouch bag die..nk suwo manje punyer pasal..redo je lh..nk manje kn punyelah pyh..nk kene bg makan ulat dulu..tp disebabkan faktor KEGELIAN tuannyer thdp ult mmg x lh kn tuk sy pegang ulat tu..fkir punyer fkir..last skali bg cengkerik ngn aym rebus je..alhamdulillah dier x membentak..nseb bek dier nk..kalo x mask sy nk kene pegang ulat tu..smenjk dh ade jojie nie..mase cuti bnyk dihabiskan utk mngadap dier je..mmg seronok. Fizul ade pelihara juge ke SG nie?

    Reply
    1. hafizul Post author

      Ehhh sama la ngn kawan sy..dia pun bg ayam rebus jugak..mulanya sy rasa memang tak logik bg makan ayam rebus..tapi itulah hakikatnya..hehe..untung sugar tu..makan ayam rebus free….

      Reply
  3. hairul

    hihihihihi..skunk nie SG dh ikut peredaran zaman.kalo ikutkan kt habitatnyer mane de aym rebus nie kan..tp x pe try tukar taste SG nie..mane tau tahun dpn leh bg makan chicken chop plak..hahaha..

    Reply
  4. hairul

    hihihi..SG (jojie ) semakin sihat lg2 dh dpt geng baru nie ( jonie )..semakin aktif lh dier..tp kene beri perhatian lebih skit ngn yg baru nie ( jonie )..manje mmg manje..tp die sush nak minum gune teknik botol.kene gune pcagari..agk pyh skit coz dier masih kecik lagi..tp alhamdulillah dier nk minum ckit..disebabkn kekangan kerje..kekadang tu x sempt juge tuk luangkan mase dgn die. so terpakse lh sy bg campuran buah-buahan yg di cmpurkan dgn madu & diblend supaya jd jus tuk die minum..nie skunk tgh mencari idea tuk timbulkan minat dier mkn syur..sejak beberapa hari nie baik jojie atau pun jonie punyelah mengeliat nk mkn sayur..bile letak sayur kat tgh2 sangkar, dier akan bergotong royong tolak ke tepi sangkar..x mau nyer dier makn..tp kalo buah2an belum sempt masuk ke dalam sangkar..dier dulu dh tggu depan pintu sangkar ( sambil wat muke kesian )..risau juge tgok perangai c jojie n jonie nie ..kdg2 tergelak sorang2 tgok perangai SG due ekor nie..maybe minggu nie nak ambil cuti 2 ari nak bwk dier g klinik wat check up..nk tau juge bape besar cacing yg de kt dlm perut jojie n jonie nie sampai x mau mkn langsung syur2an.pas tu de mase ckit leh spend time tuk mereka…hahaha..

    Reply
    1. hafizul Post author

      Emm macam tu kisahnya..sy baca pun tersenyum jugak..wak muka kesian tu tak tahan..emm SG kawan sy tu naik bengkak kat tgn..dia bawak pergi klinik..dia kata dah ok..emm mcm baby ler menjaga SG ni..tu la kurang kasih sayang kot SG tu..haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge