Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Mencari tips untuk menambat hati Google supaya blog Pondok Kecil berada pada page yang pertama amatlah susah. Bagi aku yang kekurangan ilmu berkaitan dengan perkara ni, secara tidak langsung telah membantut sedikit semangat untuk terus berusaha. Berbekalkan keyword Pondok Kecil, entah halaman mana la Pondok Kecil berada sekarang. Sukarnya menambat hati google.
Berbagai tips dan panduan telah aku cuba. Namun hasil tetap sama. Tiada sebarang perubahan yang Pondok Kecil tunjukkan. Tak apa lah. Ada kot silap kat mana-mana yang aku belum jumpa. Mungkin aku kekurangan masa untuk buat semua ni. Aku terus memujuk hati supaya terus berkarya dalam Pondok Kecil ini. Aku tak mahu suasana pondok kecil terus suram dan tidak seceria mentari pagi.
Kerana mereka yang melawat Pondok Kecil mungkin mengharapkan sesuatu. Mungkin keceriaan, mungkin kegembiraan, mungkin kesedihan dan mungkin jua infomasi. Usia juga menjadi penghalang sekarang ni. Usia Pondok Kecil masih belum matang untuk berada di halaman pertama Google.
Tak sama dengan blog lama aku dulu. Hari ni buat, esok lusa terus boleh tengok dalam halaman google. Bila taip keyword pictb (blog lama), terus keluar pada page pertama google. Maybe ada kelebihan dan kekurangan masing2 yang aku belum jumpa. Buat masa ni, teruskan menulis dan cuba untuk hasilkan entri yang tidak membosankan pembaca disamping belajar bagaimana cara untuk meningkatkan traffic Pondok Kecil.
Sambil-sambil duk selongkar blog Denaihati, tetiba aku baca entri yang bertajuk Takut Untuk Berjaya. Entri ni sedikit sebanyak telah memulih semangat aku di mana satu perkara yang aku dapat, ” Kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan untuk menuju kejayaan yang lebih hebat.”
p/s : Korang ada tips tak untuk meningkatkan traffic blog?

{ 28 comments… read them below or add one }
teruskan usaha, inshaAllah akan jumpa jalan yang terang….akak pun menulis terus menulis tanpa tekanan, yang penting istiqamah, ishaAllah ada kesenangan disebalik kepayahan….
sweetkurma recently posted..sayang bersebab….
Terima kasih kak ct
good luck bro.. pengalaman & kepakaran akan meningkat seiring usia.
Hehe..kepakaran tu memang pyh nak dapat kan..
Sejak google memperkenalkan penguin ni memang susah sikit kita nak main ngan seo. Menulis, menulis dan menulis.. Itu je la kot cara terbaik.
Cikgu Hairul recently posted..Header Untuk Cikgu..
Emm terima kasih cikgu..
aku teringat kata seorang otai seo,,,content is king….teruskan usaha tanpa jemu bro…banyakkan sertai contest ataupun jadi penaja contest tersebut
hatiputera recently posted..Juara Euro 2012
Ooo ok..terima kasih..skarang tumpuan diberi untuk menulis jer..baiki kesilapan penulisan maybe boleh meningkatkan jum pelawat jot..hehe
Content yang berkualiti adalah kunci utk long term.
shraqs recently posted..Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin
Oooo ye ke??terima kasih..hehe
xper..kdg2 faktor usia blog memainkan peranan juga..kene sabar sbb ianya ambil masa..

Jebeng Otai™ recently posted..Menghargai Komentator Tegar
Emm terima kasih..tengok jela apa akan jd nanti..hehe
mmg sukar..kdg2 mmg rasa jemu..kan
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Bertugas @ Karnival Jelajah Sihat
Emm betul tu..biar la..nak tumpu untuk baiki cara penulisan dulu..hehe
Jangan cepat putus asa,.. teruskan berblog seperti biasa & jangan terlalu memaksa diri.
shraqs recently posted..Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin
Emmm terima kasih..memang terlalu memaksa diri la ni jdi mcm ni..hehe
masih sedang belajar juga ni
tak tahu bila nak pandai
hehe
tehr recently posted..Pantun Hati Gembira
Tapi tak pe..traffic blog tehr ni memang cun dah..hehe
QG pun masih belajar… Harap usaha hafizul akan menemui kejayaan.
Qaseh Gifts recently posted..Hamper Ramadhan & Aidilfitri 2012/1432
Ooo masih baru ke dlm dunia blog??terima kasih..hehe
Rilek boh…gaduh mano gak…tak dok ore nok maroh eh kalu pong dok duk di 1st google page…ko demo ado doh target dale maso terdekat nih?acu derito gak sikit…huhu
yusri recently posted..Apa Ada Pada WWW1
Hahaha..target tak dop lagi boh dale maso terdekat ni..kawe gak jeles bena la tgok blog ore lain hok ado di page 1 google..hahaha..bakpo x tau..
maso tu akan sapa jugok…cumo cepat atau lambat jah…kawe dok panda kalu bab-bab goni…tengoh belaja jugok nih…korek rahsio dengan otai-otai blogger…
yusri recently posted..Apa Ada Pada WWW1
aku pun samo bro kesana kemari mengorek skil otai2 bloger nih
onlajer recently posted..Segmen Tambah Follower Dan Rakan Blogger
Hehe…kadang2 masa memang taksempat untuk mencari ilmu dari blogger2 lain..tapi tak apa la..nya ada la tu rezki pondok kecilkekgi..hehe
hola..biar maso jah menentukan..bagus jugok idel tu..tapi bogger otai mana hok nak bg rahsia kito???hehe
Teruskan usaha bro…
Ada la nanti dekat google tu 

Izzuddin Fauzi recently posted..Memang Masa Selalu Cemburu Dengan Manusia
Ooo okterima kasih broo..hehe