Suprise

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lepas…

Nak dijadikan cerita…

Sehari sebelum Depavali, aku kena pergi Kemaman. Ada seminar anjuran Intan Wilayah Timur. Punyala malas aku nak pergi seminar tu. Tapi disebabkan aku ni jenis pekerja yang rajin, aku pergi juga la.

suprise

Sempat lagi layan bola (JDT vs Felda) di Hostel Intan Wilayah Tmur

Susah tau nak dapat pekerja yang baik, bertanggungjawab dan dedikasi terhadap kerja yang diamanahkan. ‘Like Me’. Betul tak Encik Bos? Haha. Ok. Ada sedikit POYONYA kat situ. Aku tak menyesal sebab pergi seminar tu walaupun malas yang amat pada peringkat awalnya.

Seminar tentang Ancaman Siber banyak menyedarkan aku bahawasanya setiap perilaku kita dalam media sosial banyak mempengaruhi keselamatan Negara. Oleh yang demikian, penggunaan media sosial seperti Facebook hendaklah digunakan dengan sewajarnya.

Yang penting, jangan mudah terpedaya dan percaya dengan BERITA PALSU yang diwarkan-warkan dalam wall Facebook. Sebaliknya kita hendak selidik dahulu kesahihan berita tersebut. Dan selalulah bertanya kepada diri sendiri.

“Betul ke Minah buat macam ni?”
“Betul ke Abang kacak tidur dengan wanita kurang suiman?”
“Betul ke dia ni sanggup buat perkara ni?”
“Betul ke?”

Selalulah bertanya akan kesahihan setiap berita yang diwar-warkan.

Banyak lagi yang diceritakan oleh penceramah tersebut. Tapi sayang. Aku tak sempat nak tulis semuanya.

Semalaman berada di Kemaman. Selesai aje seminar tersebut, aku pun pulang ke kampung. Esok kan hari Depavali. Tak sabar rasanya nak balik kampung jenguk anak isteri yang ditinggalkan. Haha. Walaupun semalaman aje, rasanya macam berbulan-bulan lamanya.

Dipendekkan cerita….

Sampai aje kat rumah…

Isteri panggil masuk bilik…

Aku ingatkan dia nak lepaskan rindu. Maklum aje lah. Dah lama kena tinggal. Haha. Tapi sangkaan aku meleset jauh kedasar lautan. Terkejut sangat masa tu…. Memang terkejut. Suprise yang tersangat suprise. Rasa macam nak melompat-lompat dan war-warkan pada dunia yang aku sangat gembira hari tu.

suprise

Suprise yang sangat menjadi… Haha

Walaupun ini barang cina yang punya, tapi aku sangat menghargainya. Hadiah ini sangat bernilai lebih daripada intan dan permata. Dan aku sangat beruntung sebab dapat isteri yang suka menyimpan dan melaburkan ia bila perlu sahaja.

Tetiba aku rasa macam nak naikkan lagi nafkah duit belanja bulanannya. Hahaha. Dan secara tidak langsung, aku rasa macam nak jadi suami yang TERLEBIH baik dari sebelum ni. Sebelum ni tolong isteri masak dan jemur kain. Lepas ni nak tolong mandikan isteri, nak tolong potong kuku isteri, nak rebondingkan rambut isteri, nak mop tikar getah selalu dan segala bagai lagi yang aku rasa nak buat.

Haha…

Ini juga merupakan salah satu tips untuk menggoda suami. Bagi aje hadiah yang agak RANGGI sikit. Lepas tu, goda lah Encik Suami dengan berhemah sekali. Nak lagi mujarab, pastikan hadiah itu mahal la sikit. Orang laki ni, ada ego yang melampau gak kadang-kadang tu. Haha.

Ok. Dah cukup sampai di sini.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

52 thoughts on “Suprise

  1. Nurul Fazreen Othman

    wow..seronoknya dpt hadiah HP walaupun HP cap cina tp pemberian tu lebih berharga dr harga HP tu. Pasni bleh la naikkan elaun orang rumah. hehe

    Reply
    1. hafizul Post author

      Yo ko?haha..tapi gak dia jadi ado tulisan cino..sekian hal pulok, bila update OS, dia jadi banyak tulisan Cina daripada bahasa mat salleh.. jeng kreng meta kawe nok paham bahasa cino tu…hahahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge