Tag Archives: 2012 tahunku yang kacak

Tempias Daripada Contest SEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contest SEO memainkan peranan penting dalam mempromosikan blog. Banyak faktor yang boleh dijadikan alasan untuk membuat contest. Selain daripada mempromosikan blog, contest dibuat untuk mendapatkan sokongan rakan blogger lain berkaitan sesuatu contest yang di sertai. Seperti blog Qash Mere ni. Kadang-kadang pemilik blog buat contest untuk menghargai kesetiaan pembaca dengan menganjurkan contest yang senang dengan harapan untuk mendapatkan lebihan traffic. Penyertaan aku untuk contest SEO seperti contest iphone 5 gadget impian, contest blog popular dan contest 2012 tahunku yang kacak adalah kerana ingin mendalami kemahiran SEO. Tak kan selamanya selesa dengan gelaran “kalah”. Sekali sekala nak juga meraih gelaran ” menang ” untuk contest SEO yang pondok kecil sertai.Contest SEO

Sumber : Google

Continue reading

Wordless Wednesday #35 – Terima Kasih Suri – Blog cahayacinta.com

lagi menarik jika diambil dengan iphone 5 gadget impian

Cenderahati pemberian daripada Suri pemilik blog cahayacinta.com. Terima kasih suri. akan disimpan sebagai tanda kenangan.

p/s : Sokonglah Pondok Kecil dalam contest SEO iphone 5 gadget impian, blog popular dan 2012 tahunku yang kacakdengan mengklik pada butang media sosial yang ada di setiap artikel tersebut. Terima kasih.

Selamat Tinggal Nuffnang Pondok Kecil Ucapkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat tinggal Nuffnang. Tajuk diberi berdasarkan kepada jawapan untuk persoalan aku selama ini. Mungkin ini adalah keputusan muktamad aku sebagai peneraju bahtera pondok kecil. Satu tajuk yang telah mendapat jawapan yang pasti selepas meminta pandangan daripada rakan blogger, saudara Eizil. Terima kasih kepada saudara Eizil kerana begitu yakin menjawab persoalan yang terbuku selama seminggu dua ni.

gambar menyokong iphone 5 gadget impian

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Sepertimana yang korang semua perasan, bahagian atas header tu aku telah gantikan iklan nuffnang dengan banner insentif tunai denaihati. Di bahagian sidebar pula aku letakkan iklan berkenaan dengan hartanah yang mana iklan ni sangat popular di kalangan rakan blogger sekalian. Manakala di bahagian tengah antara entri pertama dan kedua, aku juga letakkan iklan berkenaan dengan samseng Facebook. Siapa yang nak jadi samseng Facebook, klik la iklan tu dan belajar macam mana nak jadi samseng media sosial. Haha.

Continue reading

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

2012 tahunku yang kacak. Tajuk artikel ini adalah sebagai penyertaan untuk contest rakan blogger, spudinpunya dot com. Contest yang sungguh unik kerana terpaksa diolah jalan cerita berpandukan kepada tajuk yang diberi. Apakah pengisian yang terdapat dalam hidup aku untuk tahun 2012 ni? Sebelum memulakan penulisan artikel ni, aku merenun dan mengimbas kembali apakah perkara yang bermanfaat yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2012 ni. Sepanjang tahun 2012 ni, tiada yang paling berharga melainkan wujudnya blog pondok kecil. Selebihnya adalah perkara biasa sahaja yang berlaku sepertimana tahun-tahun sebelumnya.

2012 tahunku yang kacak

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus

Continue reading