Tag Archives: agi idup agi ngaban

Contest Eizil dan Contest Denaihati Serta Contest Hatiputera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah contest iphone 5 gadjet impian telah pun melabuhkan tirainya. Tak sabar rasanya nak tunggu pengumuman tugasan kedua yang akan saudara Amir pemilik blog Denaihati umumkan. Mungkinkah lebih mencabar atau sebaliknya? Sama-sama la kita nantikan. InsyaAllah ada kelapangan waktu, akan aku sambung balik aktiviti melawat rakan blogger yang menyertai contest iphone 5 tu. Sepanjang aku duk baca entri korang semua, rata-rata memilih rekabentuk dan camera iphone 5 ni. Ada la satu dua artikel yang lebih kurang sama dengan minat aku tu. Hehe. Semoga rezeki korang semua murah yer. Iphone 5…….. Siapa yang tak nak kan.

Tak lupa juga contest yang saudara Eizil anjurkan juga sudah nak sampai ke penghujungnya. Bagi mereka yang belum melengkapkan kesemua tugasan yang diberikan, apa tunggu lagi. Ambil masa lapang anda sekejap dan siapkan tugasan yang saudara Eizil mahukan tu. Hehe. Bagi pendapat peribadi, rugi kalau korang tak siapkan tugasan tu kerana untuk tugasan pertama, korang semua dah sertai. Alang-alang menyelup pekasan, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah buat tugasan pertama dan kedua, biarlah sempurna sampai ke tugasan ketiga. Hehe. Amacam cantik tak pantun aku tu. Terbaik kan. Hehe. Tugasan ketiga ni ada pecahan iaitu Cadangan dan Kritikan serta Produk Yang Anda Inginkan Dari Eizil Network.

Continue reading