Anak merupakan pemberian yang paling berharga. Juga merupakan anugerah terindah dalam kehidupan berumahtangga. Kebanyakan wanita yang berkahwin, sudah semestinya akan melahirkan seorang anak. Dan kuantitiĀ anak dalam sesebuah keluarga akan bergantung kepada kekerapan dan kerajinan pasangan tersebut.
Anak merupakan aset yang paling penting dalam kehidupan sebuah keluarga. Anak juga adalah sebahagian watak utama dalam cerita keluarga kita. Manakala ibu dan ayah pula adalah pengarah kepada cerita tersebut. Cerita sebuah keluarga bahagia akan semakin menarik apabila peranan dan tanggungjawab setiap watak dilaksanakan dengan sempurna.
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri untuk di jaga dan di didik agar menjadi insan yang soleh. Anak ibarat kain putih yang akan dicorakkkan oleh ibu bapa menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Dalam kehidupan ahli keluarga Pondok Kecil, anak adalah segala-galanya. Dia membawa sinar, keceriaan dan kegembiraan buat kami suami isteri. Tanpa anak, suram lah cahaya dalam Pondok Kecil ini. Impian untuk melihat anak berjaya memang kami nanti-nantikan.
Jalan-Jalan @ Bukit Keluang
Memang tidak dinafikan pasangan yang berkahwin pasti akan mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bagi ibu mengandung pula, anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari akan dijaga sebaik mungkin. Sanggup bersusah-payah membawa kandungan kemana sahaja dia pergi. Pengorbanan ibu memang tiada nilainya. Susah senang semasa melahirkan anak menjadi memori terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Taman Permainan @ Bukit Keluang
Masa yang terluang akan aku habiskan untuk anak dan keluarga tercinta. Lima hari sibuk dengan tugasan kerja, masa yang lapang tidak pernah aku sia-siakan. Dulu banyak masa aku habiskan diluar bersama kawan-kawan. Tapi dengan hadirnya anak, aku lupakan segala-gala. Aku isikan memori yang terindah dalam Pondok Kecilku ini.
p/s : Adik, cepat besar yer..Kita main Polis Entri Pulak. Haha.