Tag Archives: awek cun

Top Komentator Oktober 2012 Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali ini diteruskan lagi dengan top komentator pondok kecil untuk bulan Oktober 2012. Rasanya baru semalam mengarang entri Top Komentator September 2012 Pondok Kecil. Tetiba pagi ni kena karang lagi entri top komentator ni. Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar tahun 2012 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kisah suka dan duka. Banyak kenangan pahit manis yang di lalui sepanjang penglibatan dalam arena blogging. Semoga dugaan yang dilalui ini, dan yang bakal dilalui menguatkan lagi semangat aku untuk mengejar impian di halaman pondok kecil.

Dalam dunia blogging, tidak meriah sekiranya tiada hubungan di antara rakan blogger yang lain. Sokongan daripada rakan blogger sekalian, menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjaya dalam dunia blogging. Tidak kepada rakan blogger sahaja, kepada pembaca yang setia, yang tidak mempunyai blog, semuanya aku hargai. Sepanjang penglibatan aku dalam arena blogging sehingga sekarang, tidak ada seorang pun dari mereka yang tak mempunyai blog berjaya menjadi top komentator pondok kecil. Adakah blog pondok kecil tidak mendapat perhatian daripada mereka semua? Adakah entri yang terdapat di halaman pondok kecil masih belum buat korang teruja? Adakah plugin top komentator hanya untuk mereka yang mempunyai blog sahaja? Hehe.

Continue reading