Tag Archives: biji gajus dibakar

@pondok kecil

Pencuci Mulut – Biji Buah Gajus Yang Di Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa Tak Kenal Buah Gajus???

Lama sudah mengidam untuk makan biji buah gajus yang dibakar. Mujurla semalam ada masa free. Dapatlah aku makan biji buah gajus yang dibakar. Nak beli dekat kedai memang tak puas hati. Dari segi rasa memang sedap giler. Tak sama macam yang dibuat sendiri. Tapi harganya memang tak memuaskan hati aku. Harga mahal tapi kuantiti sikit jer. Maklumla kalau makanan favorite aku, tak cukup kalau makan sikit-sikit. Nak makan biar puas hati.

Buah Ketereh @ Buah Gajus

Banyak yang diperkatakan oleh orang ramai tentang cara penghasilan biji buah gajus ni. Ada yang kata, biji buah gajus ditanam bersama-sama bara dalam tanah. Ada yang kata, goreng bersama-sama dengan pasir. Ada yang kata, gaul dengan bara dan tunggu sampai bara habis, barula biji buah gajus tadi diambil. Macam-macam cara untuk mendapatkan isi dalam biji buah gajus ni. Lain cara penghasilan, lainla rasanya.

Cara Penghasilan Biji Buah Gajus

Aku lebih suka bakar sebab banyak part-part yang mendebarkan semasa proses pembakaran biji buah gajus ni. Situasi semasa pembakaran biji buah gajus ni, memang tak boleh aku ceritakan sebab ianya kompleks. Hehe. Korang kena cuba sendiri baru korang tahu. Yang pasti, asap banyak giler, bunyi meletup “pop” dan banyak lagi la. Keadaan rumah aku semalam macam jerebu peringkat tertinggi je. Haha. Lantak la apa jiran nk kata. Asalkan aku boleh makan biji buah gajus ni.

Gambar semasa proses penghasilan biji buah gajus yang aku ambil semalam.

p/s : Sedap tau makan biji buah gajus yang dihasilkan sendiri. Puas Hati.