Tag Archives: blog beautiful nara

10 Blogger Terbaik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebelum memulakan penceritaan berkenaan dengan 10 blogger terbaik Malaysia, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur contest ini iaitu blog ohcikgu.com. Sejujurnya aku belum mengenali siapakah gerangan pemilik blog ohcikgu.com. Sudah lama aku perhatikan. Dari segi gaya penulisan dan gaya penceritaan aku dapat mengagak siapakah dia pemilik blog ohcikgu.com ini. Mungkin apa yang aku ramalkan ini tepat. Hehe. Orang kata hati tak pernah berbohong dan apa yang hati rasa selalunya betul.

10 blogger terbaik malaysia

Continue reading

Blog Popular Pemangkin Kejayaan Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selama berkecimpung dalam dunia blogging, banyak senarai-senarai blog popular yang menjadi pemangkin kejayaan pondok kecil. Tempias daripada kemasyhuran itu telah memberi kesan yang agak mendalam dalam kehidupan aku sebagai blogger sambilan. Walaupun sekarang emosi aku berada dalam keadaan yang tak stabil akibat beberapa contest SEO yang pondok kecil sertai, namun harus aku ingat bahawasanya kejayaan tidak akan ditempa selagi emosi mengawal segala-galanya. Oleh yang demikian aku hasilkan artikel ini sebagai pendorong untuk aku terus berjaya dalam contest SEO yang telah aku sertai. Bagi sesetengah rakan blogger, mungkin mereka dapat mengagak apakah tujuan dan apakah objektif aku disebalik penulisan artikel ini. Hehe. Bagus korang semua memang pandai dan bijak.

blog popular

Kredit : simonsim.wordpress.com

Continue reading

Takziah Buat Rini AF Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama sudah emel aku tak bukak. Bila bukak jer dekat 150 emel yang belum aku baca. Biasa la emel dari kaki komen pondok kecil, emel dari nuffnang yang ajak join contest, dan segala macam lagi emel yang masuk. Dan aku terkejut bila membuka emel blog beautifulnara.com. Entri yang bertajuk (TAKZIAH)Anak Sulung Rini AF Meninggal Dunia, Al-Fatihah.

Entri yang aku langgan dari blog beautifulnara.com

Tersentak juga hati aku dan berita ini terus mengingatkan aku pada entri yang pernah aku ceritakan dulu. Entri yang bertajuk Anak Perempuan Rini AF Kritikal – Ingat Kenangan Lama. Takziah buat keluarga Rini AF. Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi ujian yang diberikan.

Takziah buat mereka.

p/s : Semoga keluarga Rini AF cekal dan tabah di atas pemergian anak sulung mereka itu.

Anak Perempuan Rini AF Kritikal – Ingat Kenangan Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempat juga petang ni singgah di blog Abang Nara. Terbaca pula entri yang bertajuk Bayi Perempuan Rini AF Kritikal Selepas Dilahirkan 2 Hari. Bila baca entri ni, tetiba teringat pada pengalaman aku semasa anak kena sakit kuning tahun lepas. Hehe. Bila di ingatkan balik rasa macam nak tergelak sorang jer. Saat entri ni ditulis aku asyik duk senyum jer. Takut juga nak kongsi cerita macam ni. Takut diketawakan oleh pembaca pula. Haha. Muka nampak ganas tapi dalam hati ada taman.

Sumber : Blog Abang Nara

Banyak pengalaman yang aku tempuhi sebelum bergelar seorang ayah. Pengalaman menunggu isteri bersalin, pengalaman melihat anak aku lahir, pengalaman kalut semasa mengetahui anak aku lemas dalam perut, dan berbagai-bagai pengalaman lagi. Dan bagi mereka yang sudah menjadi bapa, pasti pernah merasa semua ni.

Continue reading