Tag Archives: blog budak felda

Pageviews Meningkat Kerana Replytocom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contest Denaihati – Bonus Raya Adidilfitri 2012 sudah melabuhkan tirainya kelmarin. Contest sempena Raya Aidilfitri 2012 sangat meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari blogger sekalian. Banyak pengajaran yang aku perolehi dari contest ini dan salah satu pengajaran yang ketara aku perolehi adalah, ketepikan kepentingan sendiri demi kepentingan semua rakan blogger. Seramai 63 orang pemenang telah berjaya dalam entri yang bertajuk 10 Entri Terbaik Denaihati.

Terima kasih kepada denaihati kerana mengajar hidup ini menjadi lebih matang. Hehe. Contest anjuran Budak Felda sedang hangat berlangsung sekarang ini. Memang menarik contest yang dianjurkan. Seronok juga buat review ringkas berkenaan blog beliau. Aku nak lupakan sekejap berkenaan dengan contest.

Continue reading

Check List 20 Penyertaan Bonus Raya Aidilfitri 2012 by Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni terasa nak buat siasatan dekat blog denaihati berkenaan dengan contest beliau yang bertajuk Bonus Raya Aidilfitri 2012. Emm aku teruja sangat nak buat siasatan tu sebab aku nk ketahui blog pondok kecil duduk di penyertaan yang ke berapa. Adakah masuk kategori 20 penyertaan pertama?

Akhirnya persoalan aku terjawab la. Hasil siasatan mendapati blog pondok kecil berada pada kedudukan yang amat jauh kebelakang. Sekali ganda dari syarat yang ditetapkan. Betul sangkaan aku. Blog yang terkenal macam blog denaihati ni, 5 minit entri disiarkan, dah dekat 100 pelawat. Adoiii. Tapi tak apala sekurang-kurangnya persoalan aku terjawab juga. Masih ada peluang untuk menang. Bak kata rakan blogger, kalau dah rezki tu tak kan kemana.

Continue reading

2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama aku tinggalkan Pondok Kecil ni. Tetamu pun macam biasa la. Bila dah tuan rumah tak adakan majlis makan dan santai, sedikit je la yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Hehe. Tak apa la. Janji tetamu setia selalu jer singgah di Pondok Kecil. Terima kasih semua.

Setelah berjaya menang tempat pertama hadiah saguhati Top Up dari contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil? anjuran Jebeng Otai, aku menyepi seketika. Berangan apakah aku akan jadi juara pula untuk contest Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz.

Perasaan gembira terasa dihati bila diumumkan sebagai pemenang saguhati. Tak sangka dapat habuan juga Pondok Kecil walaupun entri yang dihasilkan tak la menarik sangat. Inilah yang dinamakan rezki. Membujur lalu melintang patah. Haha. Hajat dihati, duit tu nak simpan biar banyak sikit lepas tu aku nak anjurkan contest. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni juga. Kalau tak ada rezki, bawa ke tahun depan. Hehe.

Sumber : Blog Jebeng Otai

Continue reading