Tag Archives: blog earncent

Akibat Raya Sakan, Ranking Alexa Dah Jatuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah musim raya dah habis. Dalam kamus hidup aku, masa yang diperuntukkan untuk menyambut hari raya adalah seminggu sahaja. Banyak kenangan dan pengalaman manis mesti aku bukukan dalam diari hidup aku. Kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama kedua-dua keluarga disambut dengan meriah sekali. Alhamdullillah dipanjangkan umur untuk merasa semua ini.

Dalam kegembiraan menyambut hari raya, tetiba hidup aku diselitkan dengan sedikit perasaan hiba. Akibat kurangnya perhatian pada pondok kecil menyebabkan ranking Alexa jatuh ke tahap yang membanggakan mendukacitakan. Asam garam kehidupan. Ada kalanya kita sedih, adakalanya kita gembira.

Bak kata pepatah, gembira berpada-pada, sedih jangan sekali. Hehe. Harapnya pakcik Alexa tak benci la pada pondok kecil ni. Sebut jer perkataan benci ni aku teringat akan satu cerita rakan blogger ni. Dalam entrinya yang bertajuk Pakcik Alexa Dah Benci Aku. Emm dalam entri ni banyak juga ilmu yang aku dapat sebabnya ada beberapa jurus yang diceritakan.

Continue reading