Tag Archives: blog eizil

#SBB2013 – Aku Terpaksa Lepaskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

23 Januari 2013

Hatiku berbunga lagi. Hatiku terasa bahagia sekali. Walaupun dugaan untuk menghadirkan diri ke Majlis Sepetang Bersama Blogger hadir menguji, namun ia belum dapat mematahkan semangat aku. Dalam kebuntuan mencari jalan penyelesaain untuk masalah aku tu, akhirnya Allah mengutuskan seorang hamba yang baik hati untuk menolong. Terima kasih saudara Eizil. Kesudian saudara Eizil membantu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Kegembiraan yang aku rasakan tidak mampu diluah dengan kata-kata.

24 januari 2013

Selepas sarapan pagi, aku bersiap-siap untuk ke Jerteh. Hajatnya untuk mencari tiket bas disamping membeli sedikit barangan keperluan dapur. Lama dah tak beli tiket. Mahal juga tiket ke Klang yer. Ingatkan murah jer. Selepas berbual bicara dengan penjaga kaunter tiket, akhirnya dapatlah tiket untuk ke Klang. Beli tiker pergi dan balik. Malam tu sms Eizil yang aku akan bertolak dari Jerteh jam 9 malam. Malam ni pasti aku tidur dengan nyenyak sekali.

Continue reading

Blog Popular Pemangkin Kejayaan Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selama berkecimpung dalam dunia blogging, banyak senarai-senarai blog popular yang menjadi pemangkin kejayaan pondok kecil. Tempias daripada kemasyhuran itu telah memberi kesan yang agak mendalam dalam kehidupan aku sebagai blogger sambilan. Walaupun sekarang emosi aku berada dalam keadaan yang tak stabil akibat beberapa contest SEO yang pondok kecil sertai, namun harus aku ingat bahawasanya kejayaan tidak akan ditempa selagi emosi mengawal segala-galanya. Oleh yang demikian aku hasilkan artikel ini sebagai pendorong untuk aku terus berjaya dalam contest SEO yang telah aku sertai. Bagi sesetengah rakan blogger, mungkin mereka dapat mengagak apakah tujuan dan apakah objektif aku disebalik penulisan artikel ini. Hehe. Bagus korang semua memang pandai dan bijak.

blog popular

Kredit : simonsim.wordpress.com

Continue reading

Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cadangan Dan Kritikan Saya Untuk Menambah Baik Eizil.com. Entri ini adalah untuk melengkapkan tugasan yang ketiga sempena contest eizil yang berlangsung sekarang ini. Sedar tak sedar sudah dua tugasan yang aku siapkan. Walaupun hakikatnya gaya penulisan aku yang aku rasa teruk, dan impian yang tak masuk akal, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya sokongan pembaca setia menemani. Tugasan pertama yang bertajuk Pengalaman Membina Pondok Kecil dan tugasan kedua pula bertajuk Impian Dan Perancangan Pondok Kecil. Terima kasih aku ucapkan kepada saudara Eizil kerana sudi menganjurkan contest yang sungguh bermakna ini tambahan pula hadiah yang ditawarkan sangat-sangat lumayan. Aku tak mengharapkan apa-apa kemenangan sebaliknya apa yang aku harapkan adalah kesan sampingan menyertai contest ini.

Untuk tugasan ketiga merangkap tugasan terakhir ini, saudara Eizil mahukan cadangan dan kritikan untuk menambahbaik halaman blog Eizil. Dan sejujurnya penyertaan kali ini amat sukar sedikit untuk aku sertai. Mungkin pengalaman usia antara blog Eizil dan pondok kecil menjadi taruhan dan titik tolak untuk aku menulis entri ni. Pengalaman dalam dunia blogging yang cetek juga mempengaruhi emosi aku untuk menyiapkan tugasan ketiga ini. Namun, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Apa yang akan aku nyatakan ini nanti hanyalah pandangan peribadi aku sahaja dan bukannya kritikan tak berasas. Aku tahu kalau nak dibandingkan pencapaian blog Eizil dengan blog pondok kecil, memang jauh ketinggalan. Bak kata pujangga, mengukur baju biarlah dibadan sendiri.

cadangan dan kritikan saya untuk menambah baik eizil.comKredit : Facebook Uztaz Azhar Idrus

Pada pandangan peribadi aku, beberapa perkara sahaja aku nak tulis dan huraikan berkenaan dengan kritikan dan cadangan untuk menambahbaik halaman blog Eizil. Antara kritikan dan cadangan itu adalah :-

Continue reading

Pengalaman Membina Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman membina pondok kecil sudah semestinya tidak pernah aku lupakan. Walaupun seminit, ia tetap segar bermain dalam kotak fikiran. Andai hati dan fikiran berada dalam ketenangan, pastinya halaman pondok kecil sentiasa menjadi mainan fikiran. Bukan aku terlalu teruja dengan blog aku, tapi aku terlalu memikirkan apakah masalah dan apakah cara yang terbaik dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Berbekalkan sedikit ilmu di dada, sudah semestinya keputusan yang aku buat ini amat sukar untuk diterima oleh akal fikiran yang waras. Namun sedikit pendedahan berkenaan hal-hal perkomputeran, telah memberi aku semangat untuk membuat satu halaman bertemakan kehidupan dalam alam maya. Agar apa yang hendak aku ceritakan ini dijadikan bahan bacaan yang dikategorikan sebagai bahan kelakar, bahan sedih dan bahan yang amat membosankan.

Segala-galanya mungkin terjadi jika diselitkan dengan usaha yang tak pernah mengenal erti putus asa. Seawal penubuhan blog pondok kecil, aku begitu bersemangat dalam mempelajari selok belok dunia blogging. Banyak masa dikorbankan demi memenuhi slogan pondok kecil iaitu di sini impian bermula. Slogan ini aku fikir logik untuk diletakkan bersama kerana blog pondok kecil adalah langkah pertama untuk aku menggapai impian aku. Maka lahirlah Pondok Kecil – Di Sini Impian Bermula.

Continue reading

Pemenang Tak Rasmi Contest Eyriqazz Vs Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama aku menunggu keputusan untuk contest Eyriqazz Vs Denaihati. Akhirnya, semalam keputusan diumumkan di blog Eyriqazz secara tidak rasminya. Kenapa tidak rasmi? Aku sendiri pun tak tahu. Terima kasih kepada mereka yang telah memenangi contest ini.

Akhirnya penat lelah korang semua dah terbalas kan. Aku kena perbaiki lagi di masa depan dengan harapan aku menjadi seorang otai SEO. Hehe. Tak sabar rasanya untuk membaca pengalaman dan rahsia kejayaan korang semua.

Sempena perkongsian cerita korang nanti, aku ada link baik punya untuk santapan korang sebelum menulis rahsia kemenangan tu. Haha.

Klik Jer Link Baik Punya ni.

Continue reading