Tag Archives: blog elqashrinqaisara

Pondok Kecil @ Projek Amal EQQ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk kedua kalinya Pondok Kecil menyertai projek amal secara sukarela dan tiada paksaan dari penjuru kanan mahupun kiri. Tiada godaan dan tiada hasutan dari bahu sebelah kiri dan ia adalah naluri ikhlas dari hati ke hati. Insan yang bergelar manusia seagama, memang macam ni la. Tolong menolong amalan mulia bulan puasa ni. Dah la terawih tak penuh dah. Orang mintak tolong bagi support, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Haha.

Inilah kehebatan apabila membuat blog walking. Ada sesetengah perkara yang kita tak tahu, kita akan tahu. Ada sesetengah perkara yang kita tahu sikit, akan jadi banyak. Paling penting dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Saat entri di ditulis, aku masih lagi tak dapat melihat bagaimana rupanya hasil kraftangan yang dihasilkan oleh warga Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham ni. Tapi menurut pemilik blog El Qashrin Qaisara akan dikemaskini tak lama lagi. So, aku akan tunggu dengan penuh sabar sekali. Haha.

Saje jer nak tampal kat sini. Huhu

Continue reading Pondok Kecil @ Projek Amal EQQ